Ahad, 7 Ogos 2011

Kem Kepimpinan Pengawas PSS 2011

PSS Seri / Semi Abim Sg Ramal telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas PSS 2011 pada 29hb April yang lalu bermula pukul 12.00 tengahari hingga 5 petang.

Kem ini bertujuan supaya

1. setiap pengawas yang dilantik dapat memahami dan menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan penuh dedikasi.

2. dapat melahirkan pengawas PSS yang mempunyai semangat setiawan dalam menjalankan tugas.

Seramai 51 orang pengawas PSS Seri dan Semi telah mengikuti kem ini yang dijalankan di Bilik Seminar.

Pada pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang, ceramah yang bertajuk "Tanggungjawab Pustakawan" telah disampaikan oleh Puan Nozaida Nurhalim, guru Pusat Sumber SK Rawang, Selangor.

Selepas itu, program bengkel pemprosesan buku telah dijalankan untuk memberi pendedahan tentang cara-cara yang betul pemprosesan buku di PSS. Bengkel ini berjalan selama sejam. Lagi gambar menarik.

Lawatan Semi ke Taiping, Perak

Pada 22-23 April 2011, pelajar SEMI tingkatan 1 dan 2 telah mengadakan lawatan sambil belajar disekitar Taiping, Perak. Antara tempat yang dilawati adalah Hutan Paya Bakau Kuala Sepetang, Zoo Taiping dan Bukit Merah Resort.

Lawatan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Sebanyak 45 orang pelajar dan 5 orang guru menyertai program ini.

Kesemua aktiviti yang dirancangkan berjalan dengan lancar dengan sedikit pengubahsuai disebabkan oleh masalah cuaca.

OBJEKTIF

Di akhir lawatan ini diharapkan pelajar dapat:

1. pengetahuan berkenaan dengan pemeliharaan hutan paya bakau.
2. pengetahuan mengenai kaedah pembuatan arang kayu bakau.
3. mengenali pelbagai spesis binatang di Zoo, Taiping.
4. meredakan ketegangan sebelum menghadapi peperiksaan.

JANGKAMASA PROGRAM

Tarikh : 22 – 23 April 2011

Hari : Jumaat - Sabtu

LOKASI

Hutan Paya Bakau Kuala Sepetang, Zoo Taiping dan Bukit Merah Resort.

PENYERTAAN

Lawatan ini disertai oleh:

1. Pelajar Tingkatan 1 ( 20 orang )
2. Pelajar Tingkatan 2 ( 23 orang)
3. Guru Pengiring ( 5 orang)

LAPORAN AKTIVITI

1.0 Taklimat Program

Pelajar diberikan taklimat mengenai perjalanan program dan keselamatan di tempat lawatan. Pelajar boleh menggunakan segala fasiliti dan kemudahan yang disediakan dengan pengawasan oleh cikgu Lina.

2.0 Lawatan ke Hutan Paya Bakau Larut Matang

En. Rizamudin, pegawai renjer Jabatan Perhutanan Larut Matang menyampaikan taklimat berhubung dengan sejarah pekan Taiping, dan kesedaran dalam pemuliharaan dan kepentingan hutan paya bakau kepada ekosistem.

Pelajar dibawa ke muzium hutan paya bakau untuk melihat pelbagai spesis pokok bakau dan fauna. Dis amping itu juga pelajar dapat melihat produk-produk hasilan daripada kayu bakau seperti arang kayu pelbagai bentuk dan air kayu bakau yang digunakan dalam produk kosmetik.

Pelajar juga berpeluang menyusuli hutan paya bakau melalui teratak yang disediakan. Pelbagai spesis paya bakau ditemui seperti jenis bakau minyak, bakau kesat dan pokok nipah. Kepelbagaian serangga dan rama-rama juga turut ditemui disamping kelihatan kawanan monyet mencuri pandang sambil menyelongkar tong sampah.

3.0 Lawatan ke Kilang arang kayu bakau

Pelajar dibawa melawat ke kilang arang kayu untuk melihat proses pembuatan arang. En Rizamudin menerangkan serba ringkas bagaimana pokok bakau ditebang dan diangkut menggunakan tongkang ke kilang arang. Untuk membuat arang, hanya pokok yang berusia 20 tahun dan berukurlilit 30 sm sahaja digunakan. Pokok bakau yang dipotong akan dibuang kulit sebelum dimasukkan ke dalam relau untuk dikeringkan selama sebulan dengan kecil. Arang yang siap diproses kemudiannya dibungkus untuk dieksport dan dijual dipasaran tempatan.

4.0 Lawatan ke Bukit Merah Resort

Kemuncak lawatan adalah berehat dan mandi di Bukit Merah Resort. Pelajar dibenarkan mencuba pelbagai permaian air yang menarik seperti menyusuri sungai kecil, belon gergasi gelunsur air dan pantai buatan dengan pengawasan guru.

5.0 Lawatan ke Zoo Taiping

Pelajar dapat mengenali pelbagai spesis haiwan seperti gajah, kuda belang, tenuk, beruang, harimau dan haiwan lain yang diancam kepupusan. Pelajar tidak bosan membaca papan tanda sambil bergambar di sepanjang jalan dengan menaiki traktor.

6.0 Lawatan ke Tasik Taiping

Pelajar berpeluang menikmati keindahan tasik Taiping yang berusia ratusan tahun, hasil tinggalan penempatan British di Taiping. Ini disahkan lagi dengan jajaran pokok-pokok besar yang ditanam di sepanjang jalan bagaikan gergasi yang menyambut kedatangan pengunjung dengan saiz batang dua hingga tiga pemeluk dewasa. Dahan-dahan pokok memayungi jalan dan sesetengahnya rapat menongkat bumi.

Di sini juga terdapat tasik buatan yang sejuk mata memandang. Pemandangan di sini amat indah sekali. Rugi jika datang ke Taiping tidak menyinggah ke sini. Pelajar juga berpeluang berkayak dengan menaiki perahu berbentuk itik dan angsa disekeliling tasik.

PENUTUP

Secara keseluruhan, lawatan ini memberi banyak menfaatnya kepada pelajar. Banyak pengetahuan baru yang diperolehi. Lawatan ini amat bersesuai dan membantu pemahaman pelajar dalam subjek Sejarah tingkatan 1 dan 2 dan juga subjek Sains Tingkatan 2.

Walaupun lawatan ke dusun durian tidak dapat dilaksanakan kerana kesuntukan masa dan halangan cuaca, ianya merupakan lawatan berbaloi dari segi kewangan dan menfaatnya. Diharapkan aktiviti lawatan ini akan diteruskan lagi untuk masa-masa akan datang ditempat yang lebih menarik lagi dengan pelbagai aktiviti.

Ahli jawatankuasa mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya kepada guru-guru pengiring, pihak sekolah dan juga kepada ibu bapa yang sudi membenarkan pelajar bersama-sama menyertai lawatan ini untuk kebaikan bersama. Lagi gambar menarik.

Laporan disediakan oleh:

En. Samsuddin bin Musa

Rabu, 4 Mei 2011

Lawatan Tahun 3 ke Animal World Safari A' Famosa, Melaka

Murid-murid Tahun 3 seramai 141 orang murid bersama 12 orang guru telah membuat lawatan ke Animal World Safari A' Famosa, Melaka pada 21hb April 2011. Mereka bertolak pada pukul 9.00 pagi dengan menaiki 4 buah bas.

Mereka sampai di Safari World pada pukul 10.30 pagi. Selepas diberi tiket, mereka melihat binatang yang terdapat di Safari World seperti kuda, burung merak, landak, kambing gurun, emu dan lain-lain lagi.

Kemudian mereka menonton pertunjukan binatang seperti memerang, kucing dan banyak lagi. Pelbagai aksi yang menarik yang ditunjukkan oleh binatang tersebut seperti menyelesaikan masalah matematik, memanjat dan memetik buah kelapa.

Selepas itu mereka menonton pertunjukan burung seperti burung nuri yang pandai melukis, burung kakak tua yang pandai berkata-kata dan burung kenyalang yang pandai mendengar arahan.

kemudian mereka menonton pertunjukan aksi lasak dan tembak-menembak "Wild Wild West". Pertunjukan ini berlangsung selama 45 minit. Seterusnya mereka menaiki kenderaan khas untuk mengelilingi safari melihat fauna liar. Akhir sekali, murid-murid dan guru-guru bersolat sebelum makan tengahari.

Rombongan Tahun 3 tiba di sekolah pada pukul 6.35 petang. Perasaan gembira terpancar di wajah-wajah murid-murud Tahun 3 kerana dapat mengetahui kehidupan fauna yang dicipta oleh Allah s.w.t. Lagi gambar menarik.

Mesyuarat BAKA: Anugerah Pelajar Cemerlang

Pada hari Sabtu yang lalu (16hb April 2011) telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan BAKA SERI SEMI ABIM Sg Ramal kali ke 20. Sempena mesyuarat tersebut telah diadakan Penyampaian Anugerah Cemerlang Tahun 2010.

Seramai 29 orang pelajar menerima Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR (5A), 31 orang pelajar menerima Anugerah Pelajar PSRA (Mumtaz), 40 orang murid menerima Anugerah Pelajar Cemerlang SPRA ABIM dan 5 orang pelajar menerima Anugerah Pelajar Cemerlang PMR (9A).

Senarai Nama Pelajar Cemerlang Upsr (5a) Dan Psra (Mumtaz) :

1. Ahmad Arif Bin Suhaili

2. Aiman Hilmi Bin Johan

3. Bilal Bin Kamarudin

4. Hanis Bin Md Mahir

5. Khairunnisa Aimin Binti Saifuddin

6. Liyana Binti Mohd Fadzel

7. Maisarah Binti Hassan

8. Maryam Binti Hassan

9. Muhammad Asyraf Bin Mohd Anwar

10. Nur Atiqah Binti Halil

11. Nur Izzati Husna Binti Rusli

12. Nurfaadhilah Binti Abu Hanifah

13. Nurfadlin Sakina Binti Zakaria

14. Nurul Hanisah Binti Saiful Azmi

15. Raihan Izzati Binti Ruhaizam

16. Siti Nur Izzati Binti Mohd Isa

17. Wan Athirah Murshadah Binti Wan Ahmad Kusairy

Senarai Pelajar Cemerlang Upsr (5a) :

1. Aizad Bin Azman

2. Mohd Afifuddin Bin Suhaimi

3. Muhammad Aliff Bin Mohamad Muhazni

4. Mohammad Amirul Bin Badrulzaman

5. Muhammad Badzli Mifzal Bin Mohd Zaki

6. Muhammad Syafiq Bin Nor Azlan

7. Muzaffar Ikhwan Bin Abdul Latif

8. Nurul Nadiah Binti Zulkifli

9. Umar Bin Ibrahim

10. Umir Bin Nazaruddin

11. Yusuf Bin Mohd Suhair

12. Zulfadhli Anwar Bin Che Hassan

Senarai Pelajar Cemerlang Psra (Mumtaz)

1. Muhammad Fariduddin Bin Hassan

2. Muhammad Hakimi Bin Mohamad Azmy

3. Azyani Fatini Binti Noor Azman

4. Siti Nurulhuda Binti Rahmat

5. Siti Nur Irfaniy Binti Zolkphli

6. Muhammad Asyraf Bin Mohd Anwar

7. Muhammad Taqiuddin Bin Rosli

8. Hanis Aqilah Binyi Tajuddin

9. Ili Aqilah Binti Muhaemin

10. Nur Afiqah Aqmar Binti Norazam

11. Nur Insyirah Binti Azman

12. Nursuhaibah Binti Suhaimi

13. Nurul Balqis Binti Abdul Ghani

14. Syuhada Binti Jalaludin

Senarai Pelajar Cemerlang Spra (8a)

1. Anuar Zaki Bin Salleh

2. Farhan Sidqi Bin Ahmad Naidi

3. Mohd Adly Naufal Bin Azlysham

4. Muaz Bin Mohd Khusairi

5. Muhammad Nazhan Zikry Bin Suhaimizan

6. Khairunnasuha Binti Nazzil Saifuddin

7. Rajwa Binti Rahman @ Abd Rahman

8. Ahmad Muhaimin Bin Shamsul Ariffin

9. Fadhil Haziq Bin Abdul Malik

10. Muhammad Aizat Bin Othman

11. Amalina Nadiah Binti Azmi

12. Aqilah Solihin Binti Ahmad

13. Maisarah Binti Ismam Shahrin

14. Nur Afiqah Binti Amir

15. Nurul Izzati Binti Mohd Jailani

16. Siti Syafiqah Binti Azman

17. Anas Syafi Bin Haji Idris

18. Muhammad Azim Bin Sharir Razlan

19. Muhammad Fath’huddin Bin Muslim

20. Muhammad Nur Aiman Ahmad Mokhtaza

21. Wan Adam Muzaffar Bin Wan Musa

22. Wan Amzar Imran Bin Wan Amir Hashim

23. Nur Ain Munirah Binti Ahmad Nor

24. Siti Nur Akmar Niza Binti Yaacob

25. Sophia Mariah Binti Mohamma Kamal

26. Syamimie Nasrin Binti Rosdi

27. Wan Nurhanis Sofia Binti Wan Mohd Suhaimi

28. Ahmad Haziq Husaini Bin Muhammad

29. Faiz Asyraf Bin Suhardi

30. Muhammad Ikhwan Bin Herman

31. Muhammad Luqman Bin Zaini

32. Atiqah Najihah Binti Mohd Yusri

33. Hani ‘Aqilah Binti Ibrahim

34. Hasya Qistina Binti Mohd Hishamuddin

35. Nurul Ameera Binti Abdul Halim

36. Shahida Mardhiah Binti Syarqawi

37. Usamah Binti Haji Mohd Naim

38. Batrisya Syaurah Binti Moktar

39. Nursamihah Binti Ibrahim

40. Nurul Izzah Binti Shahiri

Senarai Pelajar Cemerlang Pmr (9a)

1. Anis Syakirah Binti Ruhaizam

2. Fatin Najwa Binti Borhannudin

3. Miza Nazihah Binti Mat Noor

4. Nik Azimah Zainab Binti Nik Mohd Rahimi

5. Siti Nur Allyana Binti Yaacob

Lagi gambar menarik

Laporan penuh Ihtifal (Sukan) Kebangsaan 2011

Yayasan Takmir telah menganjurkan Ihtifal Kebangsaan (Sukan) SERI/SEMI ABIM Kali ke-11 dengan jayanya pada 13 hingga 15 Mac 2011. SERI/SEMI ABIM Sg. Ramal, Kajang telah dilantik sebagai tuan rumah. Ihtifal Sukan telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi dan Kompleks Dar Al-Hikmah. Penginapan untuk kontigen di SERI/SEMI Sg. Ramal dan Kolej Dar Al-Hikmah.

Ihtifal dimulakan dengan acara balapan, bola sepak dan bola jaring dan majlis perasmian telah disempurnakan pada 15 Mac jam 9.00 malam oleh YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Hassan b. Basri, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, UKM, Bangi. Majlis perasmian pada malam itu agak meriah dan ceria dengan persembahan-persembahan oleh pelajar SERI/SEMI Sg. Ramal seperti pakaian beruniform oleh Briged Bakti, Bulan Sabit Merah, Pengakap, Tae Kwando, senamrobik berirama, perbarisan dari kontigen-kontigen seluruh SERI/SEMI seluruh negara. Suasana gemerlapan di Stadium oleh pancaran bunga api yang berwarna warni serta paluan gendang oleh Kumpulan Nasyid Al-Fitrah telah memeriahkan lagi suasana pada malam itu. Lebih dari 1000 orang memenuhi stadium pada malam itu yang terdiri daripada kalangan pelajar, guru, ibu bapa dan para jemputan. Majlis peramian ini turut diserikan dengan kehadiran para pentadbir Yayasan Takmir Pendidikan, Ketua Pegawai Eksekutif, Pendaftar, Pengetua dan Guru Besar SERI/SEMI selaku ahli jawatankuasa Induk dan wakil pimpinan ABIM, WADAH Pusat, negeri dan daerah di sekitar Lembah Klang.

Sebanyak 48 acara pertandingan lelaki dan perempuan SERI dan SEMI iaitu acara 100m, 200m, 4x100m, lompat jauh, lontar peluru, badminton, ping-pong, bola sepak, futsal, sepak-takraw, bola tampar, renang, catur dan bola jaring, Sebahagian besar acara dilaksanakan di Stadium UKM kecuali futsal di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi dan catur di Kolej Dar Al-Hikmah. Lebih dari 600 orang peserta telah mengambil bahagian. Majlis penyampaian hadiah dilaksanakan sebaik sahaja selesai permainan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Pengetua atau Guru Besar SERI/SEMI dari seluruh negara.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Muhammad Razak b. Idris, Presiden ABIM pada 15 Mac 2011 jam 11.00 pagi selepas tamat pertandingan akhir bola sepak sekolah menengah dan guru-guru. Majlis perasmian penutup diserikan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang. Bola sepak dan futsal untuk kategori sekolah rendah dimenangi oleh SERI Seremban dan kategori sekolah menengah dimenangi oleh SEMI Seremban juga. Manakala bola jaring untuk kategori sekolah rendah dan menengah digondol oleh SERI/SEMI Sg. Ramal. Olahragawan SERI dimenangi oleh Adik Abdul Manaf b Shafiee dari SERI Al-Hikmah, Kelantan (mendapat dua piala emas) dan Olahragawati SERI Adik Nur Amirah bt Mohamed Nasir dari SERI Seremban.(mendapat 2 emas, 1 perak dan 1 gangsa). Manakala pemenang olahragawan SEMI digondol oleh Adik Syed Aiman Syakir b. Syed Osman dari SEMI Sg. Ramal (3 emas, 1 perak dan 2 gangsa) dan olahragawati dimenangi oleh adik Aisyah bt Che Anuwar juga dari SEMI Sg. Ramal mendapat tiga pingat emas.

Secara keseluruhan SERI Seremban diwakili oleh YBhg. Pn. Khairani bt Mokhtar, Guru Besar telah menjulang piala pusingan ABIM kategori sekolah rendah merebut juara bertahan dari SERI Alor Setar. SERI Seremban telah memungut 7 emas, 4 perak dan 4 gangsa. Manakala kategori sekolah menengah SEMI Sg Ramal. telah merebut juara bertahan dari SEMI Seremban. Pn. Tg. Noor Ketina bt Tg. Abdullah, Pengetua sekolah tersebut menjulang piala pusingan ABIM dengan penuh girang sekali disusuli dengan tepuk sorak oleh penyokong-penyokongnya. SEMI Sg. Ramal telah merangkul 10 emas, 6 perak dan 9 gangsa.

Acara penutup diakhiri dengan Penyerahan Bendera Kejohanan oleh pasukan Pengakap dan guru pengiring SERI/SEMI Sg. Ramal dibawa kepada En. Suhaili b Husin, selaku Pengerusi Induk Ihtifal (Sukan) Ke-11. Penyerahan Simbol itu diserahkan kepada Tn. Hj. Mahyuddin b Ashaari, Ketua Pengarah Pendidikan, Yayasan Takmir Pendidikan lalu disampaikan kepada YBhg. Tn. Hj. Ashaari b. Mohd. Yatim, Guru Besar SERI Indera Mahkota, Kuantan iaitu tuan rumah Ihtifal Kebangsaan (Sukan) Ke-13 pada tahun 2013 nanti.

Semoga Ihtifal Kebangsaan yang dilaksanakan dapat mencapai objektifnya dan dapat memperkukuhkan lagi ikatan silatur rahim dan semangat setiakawan di antara sekolah SERI/SEMI ABIM dan sekiranya ada persepsi yang kurang menyenangkan haruslah dibendung. Kalah dan menang adalah adat permainan namun sikap tolerensi, bermaaf-maafan dari hati ke hati dan amalan sifat mahmudah adalah dipuji oleh Allah S.W.T.

Disediakan oleh
NURJANNAH BT KEMAN
Setiausaha Induk Ihtifal Kebangsaan

sumber: www.ytp.my

Jumaat, 25 Mac 2011

Ihtifal Sukan: Semi Juara, Seri Naib Juara Keseluruhan

Selepas tiga hari Ihtifal (Sukan) Kebangsaan Seri Semi ABIM kali ke 11 berlangsung, Sekolah Menengah Islam Abim Sg Ramal telah

menjadi juara keseluruhan dengan 10 pingat emas manakala Seri menduduki tempat kedua dengan 3 pingat emas.

Catur pungut 6 pingat untuk ihtifal

Lagi keputusan Ihtifal (Sukan) Kebangsaan Seri Semi Abim YTP kali ke 11. Peserta catur Seri Semi Abim Sg Ramal telah membawa 6 buah pingat semasa temasya sukan tersebut.

Sabtu, 5 Mac 2011

JADUAL PERLAWANAN SEPAK TAKRAW SEMI

JADUAL PERLAWANAN SEPAK TAKRAW SEMI

Rabu, 2 Mac 2011

Portal Ihtifal Sukan Kebangsaan Seri Semi YTP

Sekolah akan menjadi tuan rumah untuk Ihtifal Sukan Kebangsaan Seri Semi YTP. Untuk mengetahui info terkini, sila lawati http://ihtifalsukanytp2011.blogspot.com/

Perkampungan Ilmu PMR 2011

Pelajar-pelajar Tingkatan 3 telah mengikuti Program Perkampungan Ilmu PMR pada 25hb hingga 26hb Februari 2011 yang lalu. Program dua hari ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang teknik menjawab PMR.

Slot teknik menjawab PMR matapelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia disampaikan oleh guru pemeriksa PMR dari sekolah-sekolah di daerah Hulu Langat. Pada pukul 2.30 petang hari Sabtu, para pelajar dan ibubapa mengikuti taklimat dan slot motivasi. Taklimat disampaikan oleh Puan Pengetua dan guru kelas Tingkatan 3, En. Samsuddin Musa. Manakala slot motivasi disampaikan oleh Ustaz Nazzil Saifuddin.

Khamis, 24 Februari 2011

Portal berwajah baru

Portal sekolah www.serisgramal.net berwajah baru. Penampilan keempat ini dilakukan kerana masalah hosting dan joomla portal sekolah sebelum ini.

Majalah An-Najah sudah diterbitkan

Majalah An-Najah, majalah sekolah Seri Semi Abim Sg Ramal telah diterbitkan di dalam bulan ini. Majalah edisi 6 ini yang mempunyai muka depan tentang Anugerah Kecemerlangan 2010 diterbitkan oleh sidang redaksi Unit Majalah yang diketuai oleh GPK Sahsiah, Ustaz Nazzil Saifuddin Abd Rahim.

Pelajar-pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 Tahun 2010 boleh mendapatkan majalah ini di Pejabat Pentadbiran Sekolah.

Rabu, 23 Februari 2011

Biru Juara!

Kejohanan Sukan Sekolah Seri Semi Abim Sg Ramal Tahun 2011 telah diadakan di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, Seksyen 15 pada hari Ahad 20hb Februari 2011.

Kejohanan bermula dengan perbarisan Unit Beruniform (Briged Bakti, PBSM, Puteri Islam) dan kontigen Rumah Sukan.

Selepas ucapan Puan Pengetua dan ucapan Perasmian, kejohanan sukan telah dimeriahkan dengan pertunjukan Kawad Formasi oleh Unit Beruniform dan pertunjukan senamrobik oleh pasukan sorak sekolah yang terdiri daripada murid-murid tahun 4 & 5.

Acara sukan yang diadakan pada hari tersebut ialah acara balapan 80M, 100M, 200M, 4x100M dan lompat jauh. Manakala acara sukaneka ialah Tarik Bola untuk Tahap 1 dan acara Cek Mek Molek untuk Tahap 2 perempuan.

Setelah semua acara berakhir, Rumah Biru mendapat tempat pertama, kedua Rumah Hijau, ketiga Rumah Merah dan keempat Rumah Kuning.

Rabu, 16 Februari 2011

Rumah Biru berjaya memintas Rumah Hijau.

16hb Feb: Pertandingan Merentas Desa Sekolah Rendah dan Menengah Abim Sg Ramal telah diadakan pada hari ini. Pertandingan ini bermula pada pukul 9.30 pagi telah dilepaskan oleh Pengetua / Guru Besar, Puan Tengku Noor Ketina.

Laluan pelajar lelaki tahap 2 dan semi ialah Jalan Abim, Jalan Sg Ramal hingga Taman Surada dan melalui Jalan Abim semula sebelum sampai ke sekolah.

Manakala pelajar perempuan Tahap 2 dan Semi melalui Jalan Abim hingga Taman Surada serta berpatah balik ke Jalam Abim semula sebelum sampai ke sekolah.

Pada pukul 10.30 pagi, murid-murid Tahap 1 telah mengadakan Pertandingan Sukaneka acara bawa bola ping-pong dalam sudu.

Selepas pertandingan tersebut telah diadakan majlis penyampaian hadiah untuk acara sukan dan sukaneka yang telah diadakan. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Puan Pengetua dan GPK Ko-Kurikulum, Puan Nurnisah.

Setelah beberapa bertandingan, Rumah Biru berjaya memintas Rumah Hijau dengan kelebihan 5 mata. Acara balapan dan acara sukaneka yang lain akan diadakan di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi pada hari Ahad, 20hb Februari 2011.

Pungutan Markah setakat 16hb Feb 2011.
Biru - 416
Hijau - 411
Merah - 322
Kuning - 281

Selasa, 8 Februari 2011

Sukaneka Sukan Tahunan bermula

Pagi ini diadakan sukaneka Sukan Tahunan 2011 di dataran perhimpunan sekolah. Acara sukaneka yang diadakan ialah gelek rim dan boling takraw murid perempuan Tahap 2 dan Semi.

Manakala pelajar lelaki tahap 2 dan Semi mengadakan pertandingan sukaneka gelek rim dan tarik tali. Selain itu diadakan pertandingan balapan untuk pelajar Semi perempuan yang diadakan di padang Tasik Cempaka.

BERIKUT PUNGUTAN MATA SUKAN TAHUNAN 2011 SETAKAT 8HB FEB 2011

Hijau- 195

Biru - 156

Kuning - 125

Merah - 119

Lagi gambar menarik.

Isnin, 7 Februari 2011

Persediaan awal UPSR

Murid-murid Tahun 6 Seri Abim Sg Ramal telah mengadakan persediaan awal untuk menghadapi UPSR dengan mengikuti Program Permata Gemilang (PPG) bermula 28hb hingga 29hb Januari 2011 yang lalu.

Antar perisian Program PPG 2011 siri 1 yang diadakan di sekolah ialah bengkel menjawab soalan UPSR untuk mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan slot Motivasi.

Guru-guru yang mengendalikan bengkel-bengkel tersebut terdiri daripada guru-guru penyemak kertas jawapan UPSR dari sekolah-sekolah sekitar Bandar Baru Bangi. Manakala slot motivasi disampaikan oleh Cikgu Mohd Fuad dari SBPI Gombak.

Seramai 120 murid Tahun 6 yang diawasi oleh 6 orang guru bertugas tinggal di sekolah selama satu malam. Selain bengkel UPSR, murid-murid mengadakan solat sunat malam yang dikendalikan oleh Ustaz Shairul Azri pada pukul 5.00 pagi.

Ibu bapa juga dilibatkan di dalam PPG dengan menghadiri Taklimat Ibu bapa yang disampaikan oleh Puan Pengetua. Selepas taklimat, para ibu bapa mengadakan perbincangan dengan guru-guru Tahun 6. Selepas itu, para ibu bapa menghadiri slot Motivasi bersama anak masing-masing di surau.

PPG berakhir pada pukul 6.30 petang.

Isnin, 31 Januari 2011

Watikah Perlantikan Pengawas Semi 2011

Watikah Perlantikan Pengawas Semi 2011 telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Sahsiah, Ustaz Nazzil semasa perhimpunan Jumaat minggu lepas. Seramai 23 orang pengawas Semi telah dilantik.

Sekolah telah melantik adik Muhammad Amirul Firdaus Mohd Sharifuddin (pelajar Tingkatan 3) sebagai Ketua Pengawas Semi manakala adik Siti Farhana Mohd Halimi (pelajar Tingkatan 3) sebagai Penolong Ketua Pengawas Semi.

Selepas penyampaian watikah, barisan pengawas membaca ikrar Pengawas PSS di hadapan murid-murid dan guru-guru. Lagi gambar menarik.

Isnin, 24 Januari 2011

Watikah Perlantikan Pengawas PSS Seri 2011

Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Seri 2011 telah disampaikan oleh Guru Besar, Pn. Tengku Noor Ketina semasa perhimpunan Isnin pagi ini. Tahun ini seramai 92 orang pengawas PSS Seri Tahap 1 dan 2 telah dilantik.

Sekolah telah melantik adik Muhammad Arif Budiman Mohd Hakim murid Tahun 6 Ali sebagai Ketua Pengawas PSS Seri.

Selepas penyampaian watikah, barisan pengawas membaca ikrar Pengawas PSS di hadapan murid-murid dan guru-guru. Lagi gambar menarik

Isnin, 17 Januari 2011

Watikah Perlantikan Pengawas Seri 2011

Watikah Perlantikan Pengawas Seri 2011 telah disampaikan oleh Guru Besar, Pn. Tengku Noor Ketina semasa perhimpunan Isnin pagi tadi. Tahun ini seramai 85 orang pengawas Seri Tahap 1 dan 2 telah dilantik.

Sekolah telah melantik adik Ahmad Muhaimin Shamsul Ariffin sebagai Ketua Pengawas Seri manakala Penolong Ketua Pengawas ialah adik Norafiqah Amir.

Selepas penyampaian watikah, barisan pengawas membaca ikrar Pengawas di hadapan murid-murid dan guru-guru. Lagi gambar menarik

Selasa, 11 Januari 2011

Peperiksaan Diagnostik Tahun 6

Bermula hari ini 11hb Januari 2011, semua pelajar Tahun 6 Seri Abim Sg Ramal mengadakan Ujian Diagnostik. Ujian selama 2 hari yang berakhir Rabu 12hb Jan 2011 melibatkan matapelajaran UPSR.

Isnin, 3 Januari 2011

Selamat Kembali ke sekolah 2011

Selamat Kembali ke sekolah 2011