Rabu, 29 April 2015

Penilaian SKIPS 2015

28hb April. SUNGAI RAMAL. Seramai 4 orang pegawai Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melawat sekolah untuk membuat penilaian Standard Kualiti Institut Pendidikan Swasta (SKIPS).

Penilaian yang diketuai oleh En. Mohd Ashaari (JPN Selangor) bersama 3 orang pegawai iaitu En. Shahfadir B. Drahman (JPN Johor), En.Ismail (PPD Muar) dan En. Mohd Rizal Salimin (PPD Sabak Bernam).

Sekolah telah dinilai dari 15 aspek iaitu pendaftaran institusi, pengurusan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, pengurusan penilaian / peperiksaan, pengurusan dan pembangunan guru, pengurusan kesihatan murid, disiplin, piawaian, kecemerlangan akademik, pencapaian ko-kurikulum, kemenjadian murid, perwatakan sekolah, ko-kurikulum, kebersihan dan keceriaan.


Pegawai-pegawai telah menilai fail-fail yang telah disediakan oleh setiap bahagian pengurusan, gpk dan panatia di Kamar Solusi dan melawat kelas-kelas untuk penilaian pengajaran dan pembelajaran.


Penilaian SKIPS berakhir pada pukul 1.33 petang.

Berikut gambar-gambar yang telah dirakamkan oleh lensa sekolah.










Ahad, 26 April 2015

Buletin BAKA April 2015


BULETIN BAKA 2015 edisi April boleh diperolehi dengan memuat turunnya di sini
 Dapatkan sekarang.

Video Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015


Video ini telah ditayangkan di Jamuan Kesyukuran Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015 yang dianjurkan oleh BAKA pada 17hb April 2015 yang lalu.


Selasa, 14 April 2015

Video Tamrin Al-Fateh Tahun 4 & 5 2015



Saksikan video di bawah untuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Tamrin Al-Fateh Tahun 4 & 5 2015 pada 10hb hingga 12hb April 2015.




Khamis, 9 April 2015

Flyers dana pembinaan bangunan tambahan

Berikut flyers dana pembinaan bangunan tambahan. Sila sebarkan flyers ini di whatapps, facebook dan lain-lain.