Sabtu, 23 Mac 2013

Surat Tawaran Wakaf Buku untuk PSS



Pusat Sumber Sekolah SERI ABIM Sungai Ramal memerlukan sumbangan buku dan bahan bacaan untuk menambah bahan bacaan di PSS. Bahan bacaan yang banyak dan menarik akan memupuk minat  membaca di kalangan murid - murid.

Kepada ibu bapa atau syarikat yang ingin mewakafkan buku atau bahan bacaan di Pusat Sumber Sekolah, boleh menghubungi Cikgu Ramlah Husain ( Penyelaras PSS). Berikut surat tawaran yang telah diedarkan kepada murid-murid SERI.

Jumaat, 22 Mac 2013

KELAS TAMBAHAN UPSR / PSRA CUTI SEKOLAH



KELAS TAMBAHAN UPSR / PSRA CUTI SEKOLAH
Didoakan agar semua ibu/bapa murid Tahun 6 berada di dalam kemanisan iman.

2.         Berhubung perkara di atas Unit Peperiksaan akan mengadakan Kelas tambahan UPSR/ PSRA dalam cuti sekolah ini bagi memantapkan penguasaan mata pelajaran dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka dalam peperiksaan tersebut. Maklumat kelas tambahan adalah seperti berikut :

1.      Tarikh           : 25 Mac-27 Mac 2013 ( Isnin,Selasa, dan Rabu )
2.      Masa              : 8.00 pagi hingga 1.30 tgh
3.      Tempat          : Kelas
4.   Sasaran          : Semua pelajar Tahun 6

3.         Kami berharap agar tuan dapat melapangkan aktiviti keluarga anak tuan pada tarikh tersebut sebagai tanda sokongan dan komitmen bersama.

4.         Bersama-sama ini disertakan Jadual Kelas Tambahan Semasa Cuti bagi memudahkan pihak tuan/puan untuk menghantar dan mengambil anak tuan/puan. 

Kerjasama daripada pihak tuan sangat kami harapkan bagi memastikan program ini berjalan lancar . Sekian terima kasih.

Khamis, 21 Mac 2013

Pengumuman SPPBS ( MENENGAH )



Dimaklumkan bahawa SPPBS (Menengah) telah dibuka mulai 19 Mac 2013 untuk pengisian data SEGAK.

 Guru Tingkatan (1 dan 2) perlu melaksanakan:

 a. Mengemaskini profil (kali pertama login)

 b. Mendaftar murid untuk Menu Non-Akademik (SEGAK dan PAJSK);

 c. Melaksanakan kemasukan data murid - SEGAK (mulai 19 Mac 2013) dan PAJSK (mulai 25 Mac 2013).


*SPPBS (Menengah) akan dibuka untuk kemasukan prestasi akademik bermula 25 Mac 2013.

 -Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Pengurusan Maklumat-

 19 Mac 2013

Isnin, 18 Mac 2013

Jadual Ujian 1

Berikut jadual Ujian 1.
Jadual Ujian 1 Tahun 4 /5 


SETARA 1 TAHUN 6


Khamis, 14 Mac 2013

Pencarian wakil Catur Ihtifal Sukan Bermula


Sekolah sedang mencari bakat yang berkebolehan bermain catur untuk mewakili sekolah di dalam Ihtifal ( Sukan ) Kebangsaan yang akan diadakan di Pahang ( Tuan rumah SRI Indera Mahkota) pada 24hb -27hb Mei 2013.

Seorang wakil SERI dan SEMI lelaki diperlukan kerana seorang wakil SERI dan SEMI lelaki telah ditemui. Manakala SERI dan SEMI perempuan masih lagi tiada wakil ( diperlukan 2 orang setiap kategori ).

Murid-murid SERI dan SEMI yang berminat, boleh berjumpa dengan Ustaz Syakir semasa rehat di Bilik Guru SERI sebelum 22hb Mac 2013.


Rabu, 13 Mac 2013

Tambahbaik Dokumen Standard Prestasi KSSR 2013




Mohon kerjasama daripada guru-guru yang terlibat dengan pbs sekolah rendah dan menengah untuk menyemak semula dokumen standard prestasi dari web lembaga peperiksaan.

Berlaku banyak perubahan ketara pada sesetengah mata pelajaran yang memerlukan guru mata pelajaran berkenaan untuk memuat turun dokumen standard prestasi yang terkini dari laman web lembaga peperiksaan.

Sumber

Selasa, 12 Mac 2013

Guru boleh Akses SPPBS (KSSR) selepas 15 Mac


Dimaklumkan bahawa SPPBS dibuka kepada SU Peperiksaan mulai 1 Mac 2013.
Sehubungan dengan itu, SU Peperiksaan perlu melaksanakan perkara-perkara berikut dalam tempoh 1 Mac 2013 sehingga 15 Mac 2013:

a. Mendaftar dan menjana kata laluan Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan ke SPPBS (kali pertama).
b. Mendaftar kelas dan menjana kata laluan Guru Kelas 2013 ke dalam SPPBS.
c. Mendaftar/Mengemaskini mata pelajaran dan menjana kata laluan Guru Mata Pelajaran 2013 ke dalam SPPBS.

* Menu Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan dan Guru boleh diakses mulai 15 Mac 2013 setelah segala urusan Daftar Guru oleh SUP selesai.

-Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Pengurusan Maklumat

Sumber: 

Isnin, 11 Mac 2013

Gambar menarik Kejohanan Sukan Tahunan 2013

Sekolah Rendah dan Menengah Islam ABIM Sungai Ramal telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-25 pada hari Ahad (3hb Mac 2013) di Kompleks Sukan MPKJ, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Berikut beberapa gambar menarik Kejohanan Sukan Tahunan 2013 tersebut.







Khamis, 7 Mac 2013

Gambar sekitar Merentas Desa 2013

SERI dan SEMI telah mengadakan Merentas Desa pada 26hb Feb 2013 ( Selasa ) yang melibatkan murid Tahap 2 SERI dan pelajar-pelajar SEMI. Terdapat 2 laluan yang dibahagikan kepada murid perempuan dan murid lelaki.

Selepas Acara Merentas Desa, penyampaian hadiah telah dijalankan di Dataran Bas Sekolah.

Berikut beberapa gambar sepanjang acara tersebut.























Tahniah kepada pemenang-pemenang Merentas Desa.



Selasa, 5 Mac 2013

Kempen Wakaf 2/2013: Rak buku untuk kelas Diperlukan!


Sekolah memerlukan sumbangan / wakaf untuk membeli rak buku untuk kegunaan kelas. Sebanyak 10 buah rak diperlukan di mana harga untuk setiap rak ialah RM200.

Sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan  wakaf, sila hubungi Pejabat Kewangan di talian 03-8926 5341.

Wakaf anda diperlukan untuk kesejahteraan murid-murid..