Isnin, 2 Disember 2019

Majlis Graduasi kali ke-11 2019


SERI & SEMI ABIM Sungai Ramal telah mengadakan Majlis Graduasi kali ke-11 pada 24hb. November 2019 yang lalu. Program ini telah diadakan pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari di Dewan Anuwar Mahmud, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.  Program telah disertai oleh 143 orang murid SERI dan 60 orang pelajar SEMI .
Ucap Utama dan penyampaian sijil Tahun 6 dan Tingkatan 3 telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof .Madya Dr. Ts. Nur Izura
( Pengarah Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM ) dan Tuan Haji Abd. Rahman Mohd Yasin (Ketua Pengarah Pendidikan YTP)

Selain itu penyampaian Anugerah Cemerlang Hafazan, Anugerah Pelajar Cemerlang, Tokoh Pelajar SERI dan SEMI telah dilakukan.
Tahniah kepada pelajar berikut atas anugerah yang telah diterima.

Pelajar Cemerlang SERI: TUN MUHAMMAD SYUKRI BIN TUN ABDUL KARIM

Pelajar Cemerlang SEMI: AHMAD AZRAF BIN MOHD FARIZA

Tokoh Pelajar Lelaki SERI: AHMAD RAMZIL HAFIIZIE BIN RUSLI

Tokoh Pelajar Perempuan SERI: AMIRAH HUSNA BINTI FADLY

Tokoh Pelajar Lelaki SEMI: AMIIR HUSAINI BIN AHMAD FAIZAL

Tokoh Pelajar Perempuan SEMI: IRDHINA HUMAIRA BINTI MOHD FAISAL

Klik di sini untuk biodata pelajar cemerlang dan tokoh pelajar.

Sebelum sesi fotografi, persembahan Tinta buat Guru telah disampaian oleh tokoh Pelajar Lelaki dan perempuan SERI.

Tahniah kepada semua pelajar dan guru.

Untuk video-video graduasi, sila klik di sini


Isnin, 11 November 2019

Majlis Khatam Al-Quran Tahun 6 2019


Seramai 101 orang murid Tahun 6 telah diraikan di Majlis Khatam Al-Qur'an pada 8 November 2019 di Dewan Serbaguna SERI.

Majlis telah dirasmikan oleh Ustaz Hj. Mohd Naim B. Mohd Noor, Timbalan Pengarah (Kaderisasi) YTP.
Manakala guru pembimbing Khatam ialah Ustaz Mohd Suhaizi B. Ismail.

Sebelum majlis selesai, penyampaian cenderahati kepada peserta khatam, guru pembimbing dan Perasmi.
Majlis yang bermula pukul 10.00 pagi berakhir pada pukul 12.00 tengahari.




Isnin, 29 Julai 2019

Bertutur di dalam bahasa Arab semasa berjual-beli

SERI ABIM Sungai Ramal telah mengadakan program Mukhayyam Arabi 2019 pada 27hb Julai 2019 (Sabtu) yang lalu. Program ini telah diadakan di Dataran al-Hikmah. Program ini bertujuan untuk menarik minat murid dalam subjek bahasa arab, melatih murid berkomunikasi dalam Bahasa Arab, menyerlah keyakinan murid dan mencapai prestasi yg cemerlang dalam subjek bahasa arab.

Program yang dianjurkan oleh  Panitia Bahasa Arab ini  telah disertai oleh 154 orang murid Tahun 4. Seramai 17 orang guru dan 4 orang fasilitator telah menjayakan program ini.
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan ialah:
Slot 1: Pasar pagi (komunikasi membeli)

Slot 2: Secerah pelangi (nombor 1-1000)
Slot 3: 1 2 3 (mufrod, muthanna, jamak)
Semoga murid-murid yang menyertai program ini akan lebih mencintai Bahasa Arab.





Jumaat, 19 Julai 2019

Rak kasut Ajaib cipta keajaiban rangkul perak

SERI & SEMI ABIM Sungai Ramal telah menghantar 2 kumpulan untuk menyertai pertandingan inovasi Karnival Akademik Penyelidikan dan Inovasi Peringkat Kebangsaan 2019 yang telah diadakan pada 16hb hingga 17hb Julai 2019 yang lalu di IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi. Karnival ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Dr. Amin Senin.

2 kumpulan yang mewakili sekolah ialah Kumpulan Super Gotcha (Panitia Bahasa Inggeris) dan Kumpulan Awraq (Panitia Matematik). Mereka telah bertandingan dengan 82 kumpulan yang terdiri wakil daripada IPG dan sekolah-sekolah KPM di seluruh Malaysia.

Walaupun ini adalah pertama kali sekolah menyertai pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan, produk Rak Kasut Ajaib daripada kumpulan Awraq telah mencipta keajaiban dengan merangkul pingat Perak untuk kategori Inovasi Guru. Tahniah.



Isnin, 15 Julai 2019

Tak puas bermain sambil belajar di Petrosains KLCC

SERI ABIM Sungai Ramal telah mengadakan program Lawatan Sambil Belajar Tahun 3 pada 10 Julai 2019 (Rabu) yang lalu. Program ini telah diadakan pada pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang di Petrosains, KLCC.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Dunia Sains dan Teknologi. Lawatan ini telah disertai oleh 184 murid Murid Tahun 3 dan 11 orang guru pengiring.

Memang tak puas bermain sambil belajar di Petrosains,KLCC




Rabu, 10 Julai 2019

Lawatan Tahun 2: Alhamdulillah kami dah berjaya buat pizza.

SERI ABIM Sungai Ramal telah mengadakan program Lawatan tahun 2 pada 9hb Julai 2019  (Selasa) semalam. Lawatan ini telah diadakan pada pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang di Domino's Putrajaya, Cruise Tasik Putrajaya dan Beryl's Serdang.
Lawatan ini bertujuan untuk menyemai rasa cinta terhadap alam semulajadi dan mengenal ciptaan Allah yg Maha Esa.  Lawatan Tahun 2 telah disertai oleh 180 murid dan 13 orang guru pengiring.

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan ialah:
1. melihat pemandangan dan bangunan mercu tanda Putrajaya di sekitar Tasik Putrajaya menggunakan bot.
2. Membuat pizza.
3. Melihat video cara-cara membuat coklat.


Semoga murid-murid Tahun 2 dapat menyemai rasa cinta terhadap alam semulajadi, mengenali mercu tanda Putrajaya serta mengetahui proses pembuatan makanan kegemaran mereka iaitu pizza dan coklat.



Lawatan Tahun 5: Seronok melawat Pusat Sains Negara dan Muzium Bank Negara

SERI ABIM Sungai Ramal telah mengadakan program Lawatan Tahun 5 pada 9hb Julai 2019 (Selasa) semalam. Lawatan ini telah diadakan pada pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang. Murid-murid telah melawat Pusat Sains Negara dan Muzium Mata Wang Bank Negara. Program ini bertujuan untuk pendedahan ilmu dan pengalaman murid di luar bilik darjah. 
Lawatan ini telah disertai oleh 167 murid Murid Tahun 5 dan 12 orang guru pengiring. Murid-murid telah melihat pameran-pameran yang telah disediakan oleh Pusat Sains Negara dan Muzium Bank Negara. Mereka juga telah melakukan aktiviti yang telah disediakan oleh 2 institut berkenaan bersama guru-guru pengiring.

Semoga murid-murid gembira melakukan aktiviti-aktiviti lawatan sambil belajar di luar kelas secara tidak langsung.



Selasa, 9 Julai 2019

Pengalaman pertama kali duduk kem

SERI ABIM Sungai Ramal telah mengadakan program Tamrin Pengukuhan Tahun 4 pada 5hb hingga 7hb Julai 2019 (Jumaat - Ahad) yang lalu. Program ini telah diadakan di Eco Millenium, Beranang.

Program ini bertujuan untuk:
1. Memperkukuh kefahaman tentang solat
2. Menghubungkait solat dengan aspek-aspek kehidupan
3. Melatih amalan solat sempurna
 
Program yang dianjurkan oleh Unit Sahsiah SERI ABIM Sungai Ramal ini  telah disertai oleh 163 orang murid Tahun 4. Seramai 15 orang fasilitator yang terdiri daripada ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan 13 orang guru telah menjayakan program ini. 
 
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan ialah:
1. Hadiah dari Tuhan
2. Kenapa mesti Bersolat?
3. Peta Solat
4. Rahsia Solat
5- Solat dan Akhlak
6. Sujud kepada Tuhan
7. Pelaburan Akhirat
8. Pengurusan Solat.

Semoga murid-murid Tahun 4 dapat memperkukuh kefahaman tentang solat dan berdikari.



Rabu, 3 Julai 2019

PENYAMPAIAN HADIAH NILAM 2019

SERI ABIM Sungai Ramal telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Nilam pada 1hb Julai 2019 (Isnin) yang lalu. Program ini telah diadakan pada pukul 8.30 pagi di Dataran Al-Hikmah semasa Perhimpunan Isnin.  Program ini telah dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ustaz Alias Ya'acob. 
Berikut adalah senarai pemenang-pemenang.

Hadiah NILAM 2 Bintang.

1. Nur Eiman Qaysara Bt. Mohammad Hafiz (4 Uthman)
2. Farah Nabila Bt. Rafizi (6 Omar)

Hadiah NILAM 1 Bintang.
1. Arifah Auni Bt. Azlan (2 Hamzah)
2. Adam Darwisy B. Mohd Adzmin (3 Ali)
3. Nur Alya Qistina Bt. Azhar (4 Uthman)
4. Fatin Nadia Bt. Rafizi (4 Abu Bakar)

Selain itu pengampaian hadiah saguhati kepada murid-murid yang telah melengkapkan Buku Rekod NILAM sebanyak 2 buah dan hadiah 
Penggayaan NILAM serta Sudut Bacaan Kelas.

Berikut keputusan Sudut Bacaan Kelas.

Pertama: Kelas 1 Abu Bakar
Kedua: Kelas 2 Ali
Ketiga: 4 Ali

Tahniah kepada pemenang-pemenang.
Semoga murid-murid SERI yang lain bermotivasi untuk membaca buku setelah melihat kejayaan rakan-rakan yang telah menerima hadiah.




Isnin, 29 April 2019

Pemenang Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas (Januari - April) 2019



Senarai pemenang Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas (Januari - April) 2019
SERI ABIM Sungai Ramal

🌏 Tahun 1

🏷Tempat pertama: 1 Abu Bakar
🏷Tempat kedua: 1 Ali
🏷 Tempat ketiga : 1 Hamzah

🔮 Tahun 2

🏷Tempat Pertama : 2 Abu Bakar
🏷Tempat kedua : 2 Zaid
🏷Tempat ketiga : 2 omar

🔮 Tahun 3

🏷Tempat Pertama : 3 Hamzah
🏷Tempat kedua : 3 Ali
🏷Tempat ketiga : 3 uthman

🔮 Tahun 4

🏷Tempat Pertama : 4 omar
🏷Tempat kedua : 4 Ali
🏷Tempat ketiga : 4 hamzah

🔮 Tahun 5

🏷Tempat Pertama : 5 Abu Bakar
🏷Tempat kedua : 5 Omar
🏷Tempat ketiga : 5 Uthman

🔮 Tahun 6

🏷Tempat Pertama : 6 Hamzah
🏷Tempat kedua : 6 omar
🏷Tempat ketiga : 6 Ali


Lagi gambar menarik