Sabtu, 29 September 2012

Lawatan Pegawai dan Dosen Fakulti Ilmu Pendidikan Universiti Negeri Padang, Indonesia

Pegawai dan Dosen / Pensyarah Fakulti Ilmu Pendidikan Universiti Negeri Padang,  Indonesia akan melawat SERI dan SEMI ABIM pada hari Isnin, 1hb Oktober 2012.

Rombongan seramai 41 orang pensyarah dan pegawai ke SERI SEMI adalah dalam rangka lawatan untuk Seminar Internasional Pendidikan, Simposium Mahasiswa UNP dengan USIM dan studi lapangan berkaitan dengan pelaksanaan pendidikan sekolah di Malaysia.

Majlis taklimat akan diadakan di Bilik Syura, KDH.

Jumaat, 28 September 2012

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2012

Peperiksaan Akhir tahun 2012 akan dijalankan bermula 8hb Oktober 2012 hingga 15hb Oktober 2012.

Berikut Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2012.

Semoga semua pelajar dapat menyediakan diri untuk menghadapi peperiksaan ini. Semoga semua berjaya.

    Rabu, 26 September 2012

    SERI keluar Majalah Asuh Oktober 2012 !!

    Majalah Asuh keluaran Oktober 2012 telah mengeluarkan artikel mengenai SERI ABIM Sg Ramal di dalam ruangan "Klik! sekolahku". Artikel sebanyak 2 muka surat ini (muka surat 20 & 21) menceritakan tentang pembentukan peribadi pelajar SERI melalui solat. 

    Di sampingkan itu, artikel ini menceritakan serba sedikit tentang pendidikan, ko-kurikulum dan syarat kemasukan ke SERI ABIM.

    Pada muka surat 21, artikel ini mencatatkan temubual bersama guru, Guru Besar dan pelajar-pelajar SERI ABIM. Kepada sesiapa yang ingin mengetahui kandungan keseluruhan artikel tersebut, boleh dapatkan Majalah Asuh Oktober 2012 di kedai-kedai majalah yang berhampiran.

    Sebahagian artikel yang dimuatkan di dalam Asuh.

    Sabtu, 22 September 2012

    Hubungi Kami (Prezi Slideshow)

    Sekolah Rendah dan Menengah Islam ABIM Sungai Ramal

    Alamat: Lot 1662, Jalan ABIM, Kg. Sg Ramal Dalam, 43000 Kajang
    Tel: 03-8926 1220 (Pentadbiran) 03-8926 5341 (Kewangan)
    Fax: 03-8926 1962 (Pentadbiran) / 03-8926 7518 (Kewangan)

    Portal: http://seriabimpusat.blogspot.com
    Email: serisgramal@gmail.com 

    Jumaat, 21 September 2012

    SPRA, PSRA: Pelajar SERI balik 12.30 tengahari

    Murid-murid Tahun 6 akan menghadapi peperiksaan PSRA JAIS bermula 24hb hingga  27hb September 2012 dan murid-murid Tahun 5 juga akan menghadapi peperiksaan SPRA ABIM bermula 24hb hingga  26hb September 2012.

    PSRA JAIS yang melibatkan peperiksaan 9 mata pelajaran manakala  SPRA ABIM melibatkan 6 mata pelajaran. PSRA JAIS akan diadakan pada sesi petang manakala SPRA ABIM akan dijalankan pada sesi pagi.

    Oleh kerana surau dan beberapa bilik darjah digunakan untuk PSRA sekolah SERI dan sekolah Tahfiz ABIM, murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 5 dibenarkan pulang awal pada pukul 12.30 tengahari.

    Rabu, 19 September 2012

    Lawatan Guru Besar dari Kota Sabang, Indonesia.

    Seramai 32 orang Guru Besar Sekolah Dasar di Kota Sabang, Banda Aceh telah mengadakan lawatan "Study Banding" ke SERI SEMI ABIM Sungai Ramal hari ini. Kota Sabang adalah sebuah kepulauan di utara Banda Aceh.

    Setibanya mereka di perkarangan sekolah seawal pukul 8.30 pagi, mereka telah dibawa melawat ke SERI oleh Guru Besar SERI dan Pengetua SEMI. Mereka melihat persekitaran kelas, bilik guru, surau dan Pusat Sumber Sekolah.

    Kemudian mereka telah dibawa ke Bilik Syura, KDH untuk mendengar taklimat mengenai sekolah dan YTP. Taklimat-taklimat telah disampikan oleh CEO SERI SEMI, Ustaz Mohd Naim, KPP YTP, Tn Hj Mahyuddin Ashaari dan Pengarah Pengurusan Sekolah YTP, Tn. Hj. Ahmad Tajuddin.

    Tidak lupa juga ketua rombongan menyampaikan ucapan untuk menyatakan penghargaan kepada YTP dan sekolah kerana sudi menerima kunjungan mereka. Akhir sekali, pihak YTP dan ketua rombongan bertukar-tukar menyampaikan cenderahati.

    Ahad, 16 September 2012

    Majlis Sambutan Aidilfitri 2012 Meriah.

    SERI SEMI ABIM Sungai Ramal telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri 2012 pada 15hb September 2012 yang lalu di kantin. Majlis yang dianjurkan bersama BAKA ini bermula pukul 8.00 pagi dengan kehadiran ibu bapa, pelajar-pelajar dan guru-guru yang memakai baju raya yang berwarna-warni.

    Kelainan pada majlis tahun ini ialah ibu bapa membawa juadah seperti sate, nasi impit, ayam goreng, nugget, mee goreng, biskut raya serta bermacam-macam lagi juadah.

    Pada majlis ini, CEO SERI SEMI ABIM, Ustaz Mohd Naim telah menyampaikan ucapan di samping Pengerusi BAKA, En Romli Ishak.

    Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan kumpulan nasyid Fitrah dengan menyampaikan empat buah lagu nasyid. Majlis yang sederhana tetapi meriah ini berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

    Murid-murid Tahun 6 sedang menjamu selera.

    Kumpulan nasyid Fitrah sedang menghiburkan hadirin.

    Khamis, 13 September 2012

    Bengkel Guru semasa UPSR

    l

    Semasa murid-murid Tahun 6 sedang bertungkus-lumus menjawab soalan UPSR pada 11hb September 2012 hingga 13hb September 2012 yang lalu, guru-guru SERI mengambil kesempatan untuk menambah ilmu dalam pedagogi dengan menghadiri bengkel yang dianjurkan oleh panitia.

    Bengkel perkembangan guru telah diadakan selepas Solat Hajat dan bacaan Yasin untuk calon-calon UPSR. Panitia agama telah menganjurkan Bengkel Khat yang disampaikan oleh pakar khat yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Zamri Kadir. Panitia agama juga menganjurkan Bengkel Jawi yang disampaikan oleh Ustaz Shairul Azri.

    Unit ICT juga menganjurkan Bengkel ICT yang disampaikan oleh guru ICT iaitu Cikgu Mohd Syakir. Beliau berkongsi teknik-teknik di dalam Microsoft Word dan Powerpoint bersama guru-guru.

    Selain bengkel-bengkel, guru-guru SERI disibukkan dengan mesyuarat panitia dan penggubalan kertas peperiksaan akhir tahun.

    Bengkel Khat: Ustaz Zamri sedang menunjukkan teknik menulis khat yang betul kepada guru-guru.

    Suasana Bengkel ICT yang dijalankan di Makmal Komputer..

    Isnin, 10 September 2012

    Selamat Menghadapi UPSR

    Mulai esok 11hb September 2012 hingga 13hb September 2012, seramai 142 orang putera puteri Tahun 6 SERI ABIM akan menghadapi UPSR.

    Peperiksaan akan dijalankan di Surau, Kelas Tahun 1 Abu Bakar, 1 Hamzah dan 1 Uthman.

    Warga pendidik SERI SEMI ABIM, ibu bapa mendoakan pelajar-pelajar dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan dipermudahkan oleh Allah untuk menjawab soalan-soalan.

    Sempena UPSR, murid-muraid Tahun 1 hingga 5 dicutikan selama 3 hari dan kembali ke sekolah pada hari Jumaat. Manakala murid-murid Tahun 6 akan dicutikan pada hari Jumaat.

    MOU bersama SMP Muhammadiyah 3 Yogyakarta (PIC + VIDEO)

     SEMI ABIM Sungai Ramal telah menandatangani MOU bersama SMP Muhammadiyah 3 Yogyakarta pada 7hb September 2012 yang lalu di Bilik Syura, KDH.

    Pengetua SEMI, Puan Rogayah Sebli bersama Ibu Heriyanti selaku kepala sekolah SMP Muhammadiyah 3 Yogyakarta telah menandatangani MOU tersebut.

    Peristiwa bersejarah itu telah disaksikan oleh CEO SERI SEMI ABIM, Ustaz Mohd Naim Mohd Noor, guru-guru SEMI, guru-guru SMP Muhammadiyah 3 Yogyakarta, 35 orang pelajar SMP Muhammadiyah 3 Yogyakarta dan pelajar-pelajar Tingkatan 1.

     Pada majlis yang sama, pelajar SEMI mengadakan persembahan nasyid dan pelajar SMP Muhammadiyah 3 Yogyakarta mengadakan persembahan tradisional Indonesia.

    Semoga hubungan silaturrahim ini akan memberi faedah kepada kedua-dua sekolah dan dapat mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia.