Murid-murid Tahun 3 seramai 141 orang murid bersama 12 orang guru telah membuat lawatan ke Animal World Safari A' Famosa, Melaka pada 21hb April 2011. Mereka bertolak pada pukul 9.00 pagi dengan menaiki 4 buah bas.
Mereka sampai di Safari World pada pukul 10.30 pagi. Selepas diberi tiket, mereka melihat binatang yang terdapat di Safari World seperti kuda, burung merak, landak, kambing gurun, emu dan lain-lain lagi.
Kemudian mereka menonton pertunjukan binatang seperti memerang, kucing dan banyak lagi. Pelbagai aksi yang menarik yang ditunjukkan oleh binatang tersebut seperti menyelesaikan masalah matematik, memanjat dan memetik buah kelapa.
Selepas itu mereka menonton pertunjukan burung seperti burung nuri yang pandai melukis, burung kakak tua yang pandai berkata-kata dan burung kenyalang yang pandai mendengar arahan.
kemudian mereka menonton pertunjukan aksi lasak dan tembak-menembak "Wild Wild West". Pertunjukan ini berlangsung selama 45 minit. Seterusnya mereka menaiki kenderaan khas untuk mengelilingi safari melihat fauna liar. Akhir sekali, murid-murid dan guru-guru bersolat sebelum makan tengahari.
Rombongan Tahun 3 tiba di sekolah pada pukul 6.35 petang. Perasaan gembira terpancar di wajah-wajah murid-murud Tahun 3 kerana dapat mengetahui kehidupan fauna yang dicipta oleh Allah s.w.t. Lagi gambar menarik.
Rabu, 4 Mei 2011
Lawatan Tahun 3 ke Animal World Safari A' Famosa, Melaka
Rabu, Mei 04, 2011
No comments
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan