Sabtu, 26 Januari 2008

Multaqa Staf ABIM 2008

Sabtu, 26 Jan. Angkatan Belia Islam Malaysia telah mengadakan Multaqa Staf Abim 2008 di Anjung Rahmat, Gombak. Seramai lima orang guru SERI / SEMI ABIM Pusat telah menerima penghargaan di majlis tersebut.

Jumaat, 25 Januari 2008

Sambutan Maal Hijrah Sekolah

25 Jan. SERI / SEMI ABIM Pusat telah mengadakan sambutan Maal-Hijrah peringkat sekolah. Antara aktiviti yang diadakan ialah tayangan video cerita berunsur Islam dan Forum Perdana.


Sabtu, 19 Januari 2008

Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah 2008

Sabtu, 19hb. Januari 2008, Sekolah SERI/SEMI ABIM Pusat, Sg. Ramal Dalam telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah 2008.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengawas sekolah tentang kepimpinan pengawas.

Ahad, 13 Januari 2008

Guru Besar

Jumaat, 4 Januari 2008

Taklimat Ko-Kurikulum

Pada hari ini, satu taklimat ko-kurikulum untuk murid-murid Thn 4, 5, 6 dan SEMI telah diadakan di surau sekolah. Taklimat ini telah disampaikan oleh GPK Ko-Kurikulum, Puan Nurnisah Bt. Ismail.

Beliau telah menerangkan kegiatan ko-kurikulum untuk 2008. Antara pembaharuan yang akan dilaksanakan ialah setiap kegiatan ko-kurikulum murid akan direkodkan di dalam buku rekod ko-kurikulum yang khas.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang taklimat tersebut.

Taklimat pengawas

Pada 4hb Jan 2008, satu taklimat pengawas sesi 2008 diadakan pertama kali di surau sekolah. Taklimat disampaikan oleh GPK Hal Ehwal Murid, Ustazah Azian Bt Seman.

Taklimat diadakan untuk memberi penerangan tentang pembahagian tugas pengawas dan lain-lain lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang taklimat tersebut:


Khamis, 3 Januari 2008

Hari Suaikenal Tahun Satu 2008

Murid-murid Tahun Satu SERI ABIM PUSAT 2008 telah menjalani Hari Suaikenal pada 29hb Disember 2007. Antara aktiviti yang dijalankan ialah penerangan tentang peraturan sekolah, perhimpunan dan lawatan ke surau, kantin dan lain-lain lagi.

Selain itu ibubapa murid-murid Tahun 1 menghadiri taklimat mengenai sekolah.

Berikut adalah gambar-gambar yang menarik sepanjang Hari Suaikenal.


Rabu, 2 Januari 2008

Selamat Kembali ke sekolah

Selamat Kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga SERI/SEMI ABIM Pusat.

Semoga sesi persekolahan 2008 membuka lembaran baru dgn semangat yang berkobar-kobar untuk mencapai visi dan misi sekolah.

Sukses!!!