Ahad, 7 Ogos 2011

Lawatan Semi ke Taiping, Perak



Pada 22-23 April 2011, pelajar SEMI tingkatan 1 dan 2 telah mengadakan lawatan sambil belajar disekitar Taiping, Perak. Antara tempat yang dilawati adalah Hutan Paya Bakau Kuala Sepetang, Zoo Taiping dan Bukit Merah Resort.

Lawatan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Sebanyak 45 orang pelajar dan 5 orang guru menyertai program ini.

Kesemua aktiviti yang dirancangkan berjalan dengan lancar dengan sedikit pengubahsuai disebabkan oleh masalah cuaca.

OBJEKTIF

Di akhir lawatan ini diharapkan pelajar dapat:

1. pengetahuan berkenaan dengan pemeliharaan hutan paya bakau.
2. pengetahuan mengenai kaedah pembuatan arang kayu bakau.
3. mengenali pelbagai spesis binatang di Zoo, Taiping.
4. meredakan ketegangan sebelum menghadapi peperiksaan.

JANGKAMASA PROGRAM

Tarikh : 22 – 23 April 2011

Hari : Jumaat - Sabtu


LOKASI

Hutan Paya Bakau Kuala Sepetang, Zoo Taiping dan Bukit Merah Resort.


PENYERTAAN

Lawatan ini disertai oleh:

1. Pelajar Tingkatan 1 ( 20 orang )
2. Pelajar Tingkatan 2 ( 23 orang)
3. Guru Pengiring ( 5 orang)


LAPORAN AKTIVITI

1.0 Taklimat Program

Pelajar diberikan taklimat mengenai perjalanan program dan keselamatan di tempat lawatan. Pelajar boleh menggunakan segala fasiliti dan kemudahan yang disediakan dengan pengawasan oleh cikgu Lina.


2.0 Lawatan ke Hutan Paya Bakau Larut Matang

En. Rizamudin, pegawai renjer Jabatan Perhutanan Larut Matang menyampaikan taklimat berhubung dengan sejarah pekan Taiping, dan kesedaran dalam pemuliharaan dan kepentingan hutan paya bakau kepada ekosistem.

Pelajar dibawa ke muzium hutan paya bakau untuk melihat pelbagai spesis pokok bakau dan fauna. Dis amping itu juga pelajar dapat melihat produk-produk hasilan daripada kayu bakau seperti arang kayu pelbagai bentuk dan air kayu bakau yang digunakan dalam produk kosmetik.

Pelajar juga berpeluang menyusuli hutan paya bakau melalui teratak yang disediakan. Pelbagai spesis paya bakau ditemui seperti jenis bakau minyak, bakau kesat dan pokok nipah. Kepelbagaian serangga dan rama-rama juga turut ditemui disamping kelihatan kawanan monyet mencuri pandang sambil menyelongkar tong sampah.

3.0 Lawatan ke Kilang arang kayu bakau

Pelajar dibawa melawat ke kilang arang kayu untuk melihat proses pembuatan arang. En Rizamudin menerangkan serba ringkas bagaimana pokok bakau ditebang dan diangkut menggunakan tongkang ke kilang arang. Untuk membuat arang, hanya pokok yang berusia 20 tahun dan berukurlilit 30 sm sahaja digunakan. Pokok bakau yang dipotong akan dibuang kulit sebelum dimasukkan ke dalam relau untuk dikeringkan selama sebulan dengan kecil. Arang yang siap diproses kemudiannya dibungkus untuk dieksport dan dijual dipasaran tempatan.

4.0 Lawatan ke Bukit Merah Resort

Kemuncak lawatan adalah berehat dan mandi di Bukit Merah Resort. Pelajar dibenarkan mencuba pelbagai permaian air yang menarik seperti menyusuri sungai kecil, belon gergasi gelunsur air dan pantai buatan dengan pengawasan guru.

5.0 Lawatan ke Zoo Taiping

Pelajar dapat mengenali pelbagai spesis haiwan seperti gajah, kuda belang, tenuk, beruang, harimau dan haiwan lain yang diancam kepupusan. Pelajar tidak bosan membaca papan tanda sambil bergambar di sepanjang jalan dengan menaiki traktor.

6.0 Lawatan ke Tasik Taiping

Pelajar berpeluang menikmati keindahan tasik Taiping yang berusia ratusan tahun, hasil tinggalan penempatan British di Taiping. Ini disahkan lagi dengan jajaran pokok-pokok besar yang ditanam di sepanjang jalan bagaikan gergasi yang menyambut kedatangan pengunjung dengan saiz batang dua hingga tiga pemeluk dewasa. Dahan-dahan pokok memayungi jalan dan sesetengahnya rapat menongkat bumi.

Di sini juga terdapat tasik buatan yang sejuk mata memandang. Pemandangan di sini amat indah sekali. Rugi jika datang ke Taiping tidak menyinggah ke sini. Pelajar juga berpeluang berkayak dengan menaiki perahu berbentuk itik dan angsa disekeliling tasik.

PENUTUP

Secara keseluruhan, lawatan ini memberi banyak menfaatnya kepada pelajar. Banyak pengetahuan baru yang diperolehi. Lawatan ini amat bersesuai dan membantu pemahaman pelajar dalam subjek Sejarah tingkatan 1 dan 2 dan juga subjek Sains Tingkatan 2.

Walaupun lawatan ke dusun durian tidak dapat dilaksanakan kerana kesuntukan masa dan halangan cuaca, ianya merupakan lawatan berbaloi dari segi kewangan dan menfaatnya. Diharapkan aktiviti lawatan ini akan diteruskan lagi untuk masa-masa akan datang ditempat yang lebih menarik lagi dengan pelbagai aktiviti.

Ahli jawatankuasa mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya kepada guru-guru pengiring, pihak sekolah dan juga kepada ibu bapa yang sudi membenarkan pelajar bersama-sama menyertai lawatan ini untuk kebaikan bersama. Lagi gambar menarik.

Laporan disediakan oleh:

En. Samsuddin bin Musa

0 comments:

Catat Ulasan