Isnin, 17 Januari 2011

Watikah Perlantikan Pengawas Seri 2011


Watikah Perlantikan Pengawas Seri 2011 telah disampaikan oleh Guru Besar, Pn. Tengku Noor Ketina semasa perhimpunan Isnin pagi tadi. Tahun ini seramai 85 orang pengawas Seri Tahap 1 dan 2 telah dilantik.

Sekolah telah melantik adik Ahmad Muhaimin Shamsul Ariffin sebagai Ketua Pengawas Seri manakala Penolong Ketua Pengawas ialah adik Norafiqah Amir.

Selepas penyampaian watikah, barisan pengawas membaca ikrar Pengawas di hadapan murid-murid dan guru-guru. Lagi gambar menarik

0 comments:

Catat Ulasan