Ahad, 7 Ogos 2011

Kem Kepimpinan Pengawas PSS 2011



PSS Seri / Semi Abim Sg Ramal telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas PSS 2011 pada 29hb April yang lalu bermula pukul 12.00 tengahari hingga 5 petang.

Kem ini bertujuan supaya

1. setiap pengawas yang dilantik dapat memahami dan menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan penuh dedikasi.

2. dapat melahirkan pengawas PSS yang mempunyai semangat setiawan dalam menjalankan tugas.

Seramai 51 orang pengawas PSS Seri dan Semi telah mengikuti kem ini yang dijalankan di Bilik Seminar.


Pada pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang, ceramah yang bertajuk "Tanggungjawab Pustakawan" telah disampaikan oleh Puan Nozaida Nurhalim, guru Pusat Sumber SK Rawang, Selangor.

Selepas itu, program bengkel pemprosesan buku telah dijalankan untuk memberi pendedahan tentang cara-cara yang betul pemprosesan buku di PSS. Bengkel ini berjalan selama sejam. Lagi gambar menarik.

0 comments:

Catat Ulasan