Rabu, 30 Disember 2015

Tentatif Hari Suaikenal Tahun 1 sesi 2016

Berikut tentatif Hari Suaikenal Tahun 1 sesi 2016 pada 31hb Disember 2015.

Selasa, 29 Disember 2015

Jualan buku hari ke-2

Berikut suasana jualan buku pada hari ke-2.

Jumaat, 18 Disember 2015

Tarikh Jualan Buku, uniform, Bayaran Yuran dan Hari Suaikenal Tahun 1 sesi 2016



Jualan Buku dan Uniform
Tarikh:  28hb hingga 30hb Disember 2015 (Isnin - Rabu)
Tempat: Surau sekolah
Masa: 8.30 pagi - 3.00 petang

Tarikh:  31hb Disember 2015 (Khamis)
Tempat: Kedai sekolah
Masa: 8.30 pagi - 3.00 petang

Bayaran Yuran 2016
Tarikh:  28hb hingga 30hb Disember 2015 (Isnin - Rabu)
Tempat: Kelas yang telah ditetapkan
Masa:  8.30 pagi - 1.00 petang

Hari Suaikenal Tahun 1 2016
Tarikh:  31hb Disember 2015 (Khamis)
Tempat: Kelas Tahun 1 dan surau
Masa:  7.50 pagi - 12.30 tengahari

Pejabat Sekolah ditutup 21hb hingga 23hb Disember 2015


Pada 21hb hingga 23hb Disember 2015 (Isnin - Rabu), pejabat sekolah dan Kaunter Khidmat Pelanggan akan ditutup kerana guru-guru dan staf-staf akan mengikuti Retreat SERI / SEMI 2016. Segala kesulitan amat dikesali.

Rabu, 18 November 2015

Keputusan UPSR 2015 SERI memberangsangkan.


Berikut analisa UPSR 2015 SERI ABIM Sg. Ramal











Isnin, 2 November 2015

Jadual fotografi An-Najah 2015

Berikut Jadual fotografi An-Najah 2015





Ahad, 1 November 2015

Carta Organisasi

Dalam kemaskini

Rabu, 21 Oktober 2015

Penutupan sekolah 22hb Oktober 2015 (Khamis) akibat jerebu.

Penutupan sekolah 22hb Oktober 2015 (khamis) akibat jerebu.
Assalamualaikum wbt.
Pihak pengurusan sekolah bersetuju mengikut arahan Kementerian bagi penutupan sekolah termasuk pejabat sekolah pada hari esok, Khamis 22/10/2015.
Sekian makluman.
Terima kasih.

Bengkel Pemantapan BI Tahun 5

Berikut gambar-gambar yang dirakamkan oleh lensa sekolah sepanjang Bengkel Pemantapan BI Tahun 5 yang dijalankan pada 17hb Oktober 2015 bertempat di surau sekolah bermula pukul 8.00 pagi hingga 1 petang.









Selasa, 20 Oktober 2015

Perubahan peperiksaan Akhir Tahun (Tahun 1 - 6)

Assalamualaikum ibubapa SERI yang dihormati.

Berikut ialah pengumuman rasmi tentang peperiksaan akhir tahun untuk Tahun 1 hingga 6 daripada pihak sekolah:

Memandangkan keadaan jerebu yang tidak menentu, peperiksaan dalaman untuk Tahun 1-6 ditunda ke Isnin minggu hadapan iaitu pada 26/10/2015.

Ini bermakna, jadual peperiksaan ialah sama, cuma tarikh mula ialah pada hari Isnin hadapan (26/10/2015).

Harap maklum.

Isnin, 19 Oktober 2015

Penutupan sekolah 20hb Oktober 2015

Assalamu'alaikum wbt.

SERI / SEMI ABIM Sg Ramal akan mengikut arahan Kementerian. Oleh itu, sekolah termasuk pejabat akan ditutup esok (selasa, 20 Okt 2015). Guru-guru dan staf-staf juga tidak perlu hadir ke sekolah.

Makluman mengenai peperiksaan akhir tahun.

Jadual hari isnin 19/10/2015 untuk tahun 1,2,3 dan 5 akan dibawa ke isnin minggu hadapan iaitu pada 26/10/2015.

Manakala bagi tahun 4 pula, jadual hari isnin,
19/10/2015 akan dibawa ke hari rabu minggu hadapan iaitu pada 28/10/2015.

Jadual hari selasa 20/10/2015 untuk tahun 1,2,3 dan 5 akan dibawa ke selasa minggu hadapan iaitu pada 27/10/2015.

Manakala bagi tahun 4 pula, jadual hari selasa, 20/10/2015 akan dibawa ke hari khamis minggu hadapan iaitu pada 29/10/2015.

Jadual peperiksaan bagi tahun 6 pula;

👉🏻 Rabu: (21/10/2015): Hadith, KH, Al-Quran

👉🏻 Jumaat: (23/10/2015): Tafsir

Ahad, 18 Oktober 2015

Usrah Gabungan Bersama Presiden ABIM

Usrah Gabungan Bersama Presiden ABIM telah diadakan pada 16/10/2015 (Jumaat) di Surau Sekolah pukul 3.00 hingga 4.00 ptg. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh CEO sekolah, Tn. Haji Baharuddin  Ibrahim.

Kemudian Presiden Abim, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim menyampai ceramah. Selepas itu Naib Presiden Abim, Saudara Khairudin Abas telah menyampaikan ucapan ringkas.



Berikut gambar-gambar menarik yang sempat dirakamkan oleh lensa sekolah.


Presiden Abim, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim menyampaikan ceramah.
Tn. Haji Baharuddin  Ibrahim.menyampaikan ucapan alu-aluan.
Guru-guru SERI / SEMI mendengar amanat Presiden ABIM
Guru-guru SERI / SEMI mendengar amanat Presiden ABIM

Jumaat, 9 Oktober 2015

Preview An-Najah 2014 on-line

Sambungan

Khamis, 8 Oktober 2015

Jadual peperiksaan akhir tahun 2015

Berikut jadual peperiksaan akhir tahun untuk murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 5.


Ahad, 27 September 2015

Perubahan jadual PSRA (Jais)

KENYATAAN MEDIA

Selaras dengan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia dan keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar, pendidik dan pengurus sekolah, semua sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor akan ditutup pada hari Isnin, 28 September 2015.

Oleh kerana cuaca semasa adalah tidak kondusif untuk pelajar menduduki peperiksaan, Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dijadualkan pada 28 September 2015 juga ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Justeru, semua calon PSRA akan memulakan peperiksaan pada hari Selasa, 29 September 2015 dengan kertas Bahasa Arab (Kod BA02) pada jam 2.40 petang.

Semua sekolah yang terlibat hendaklah memastikan maklumat mengenai penangguhan ini sampai kepada semua calon dan pihak-pihak yang terlibat dalam kadar segera.

Terima kasih.

Tuan Hj. Ahmad Zaki Bin Hj. Arsad
Timbalan Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor

Maklumat dari unit peperiksaan.

Perubahan Jadual PSRA 2015
29.9.15(SELASA) BAHAS A ARAB

30.9.25(RABU)
JAWI,IMLAK&KHAT

1.10.15(KHAMIS)
TAUHID&FEKAH

2.10.15(JUMAAT)
TAJWID

9.10.15(JUMAAT)
AKHLAK&SIRAH

Penangguhan SPRA akibat jerebu.

Kenyataan rasmi daripada YTP:

Assalamualaikum wbt...  setelah perbincangan bersama KPP YTP  tentang kegawatan cuaca jerebu...maka diputuskan pada hari esok Isnin 28 Sept 2015, sekolah di negeri Selangor, Wilayah, Negeri Sembilan dan Sarawak ditutup. Bagaimanapun guru-guru dan staf datang bertugas seperti biasa. 

Sekolah akan dibuka semula pada 29 Sept. sekiranya cuaca dan bacaan jerebu tidak di tahap bahaya.  Maka peperiksaan SPRA Tahun 5 akan bermula pada 29 Sept hingga 1 Okt 2015 ( Selasa-Khamis) seluruh Malaysia. 

Pelajar-pelajar diminta memakai 'mask' ke sekolah. Sekian. Harap maklum.

Daripada:   Nur Jannah Keman, Bhg. Pengurusan Sek dan Akademik, YTP.

Nota admin: pengumuman tentang peperiksaan PSRA (JAIS) tahun 6 akan dimaklumkan kemudian setelah pihak sekolah menerima pekeliling daripada JAIS.

Isnin, 14 September 2015

Senarai murid Tahun 1 sesi 2016

Berikut senarai murid Tahun 1 yang diterima masuk untuk sesi persekolahan 2016.










Selasa, 8 September 2015

Bengkel Pemantapan PJ dan PK

Panitia Kemahiran Hidup dan Pendidikan Jasmani / Kesihatan telah mengadakan bengkel pemantapan PJK di Bilik Syura, KDH.

Bengkel telah disampaikan oleh dua orang penceramah dari  IPG Kampus Pendidikan Islam iaitu En. Kamarudin Daud dan Mohd Rizal Mohtar.

Berikut gambar-gambar semasa bengkel tersebut.