Rabu, 23 Februari 2011

Biru Juara!



Kejohanan Sukan Sekolah Seri Semi Abim Sg Ramal Tahun 2011 telah diadakan di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, Seksyen 15 pada hari Ahad 20hb Februari 2011.

Kejohanan bermula dengan perbarisan Unit Beruniform (Briged Bakti, PBSM, Puteri Islam) dan kontigen Rumah Sukan.

Selepas ucapan Puan Pengetua dan ucapan Perasmian, kejohanan sukan telah dimeriahkan dengan pertunjukan Kawad Formasi oleh Unit Beruniform dan pertunjukan senamrobik oleh pasukan sorak sekolah yang terdiri daripada murid-murid tahun 4 & 5.

Acara sukan yang diadakan pada hari tersebut ialah acara balapan 80M, 100M, 200M, 4x100M dan lompat jauh. Manakala acara sukaneka ialah Tarik Bola untuk Tahap 1 dan acara Cek Mek Molek untuk Tahap 2 perempuan.

Setelah semua acara berakhir, Rumah Biru mendapat tempat pertama, kedua Rumah Hijau, ketiga Rumah Merah dan keempat Rumah Kuning.

0 comments:

Catat Ulasan