Selasa, 28 Ogos 2012

Kelab Catur SERI SEMI ABIM


Sekolah akan menubuhkan Persatuan Catur SERI SEMI ABIM Sungai Ramal. Persatuan ini terbuka kepada pelajar-pelajar yang balik lewat dan tiada kelas tambahan petang.

Aktiviti persatuan akan diadakan di surau bermula pukul 4.05 petang hingga sebelum Asar. Sekolah mengalu-alukan sumbangan peralatan catur dan khidmat kejurulatihan.

Antara peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Set Catur.
  • Bekas penyimpanan.
  • Jam catur.
  • Alat Bantuan Mengajar catur.
Sesiapa yang ingin menyumbang boleh hubungi pejabat di talian 03-8926 5341. Marilah kita menyokong usaha ini untuk kebaikan anak-anak kita.


Rabu, 15 Ogos 2012

Salam Aidilfitri



Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Selasa, 14 Ogos 2012

Sumbangan untuk water cooler sekolah



Sekolah memerlukan sumbangan derma, wakaf dan infaq untuk pembelian water cooler sekolah yang telah rosak. Sekolah memerlukan beberapa buah water cooler di mana harga setiap unit water cooler adalah RM1300.

Sumbangan boleh disalurkan kepada

1207-0001849-71-8 (Bank Muamalat)
SRI/SMI ABIM

12-029-01-003762-7 (Bank Islam)
SEK. REN. ISLAM ABIM
1237-0001764-102 (CIMB)
SEKOLAH RENDAH ISLAM ABIM
SUNGAI RAMAL

562263006713  (MAYBANK)
(SEKOLAH RENDAH ISLAM SERI/SEMI ABIM PUSAT)
 
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI:
PEJABAT KEWANGAN 03-8926 5341 / EMAIL: serisgramal@gmail.com

Isnin, 13 Ogos 2012

Ruang iklan untuk disewa.


Kepada individu atau syarikat yang berminat untuk menyewa ruang iklan yang terletak berhampiran dengan Dataran Bas boleh menghubungi pihak Pejabat Kewangan di talian 03-8926 5341.

Berikut adalah kadar sewaan untuk ruang tersebut:

1 MINGGU RM300
2 MINGGU RM550
3 MINGGU RM800
1 BULAN RM1,050

Program Creative Innovation


Pelajar-pelajar Tingkatan 1 telah mengikuti Program Creative Innovation pada 10-11hb Ogos 2012 di Makmal Komputer. 

Program Creative Innovation (i- Creative) ini adalah anjuran mahasiswa mahasiswi Tahun 2 Program Pengajian Multimedia dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Program iCreative dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam ABIM tentang dunia IT khususnya multimedia agar dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan berinovasi.

Pelajar-pelajar SEMI telah didedahkan kepada perisian Adobe Flash dan Adobe Photoshop. Seramai 16 orang mahasiswa dan mahasiswi UKM yang terlibat dalam menganjurkan program ini yang bertindak sebagai fasilitator dan tenaga pengajar.

Sekolah mengucapkan penghargaan kepada penasihat program Creative Innovation (i-Creative), Dr Nur Fazidah binti Elias dan pelajar-pelajar UKM yang terlibat di dalam program ini. Lagi gambar menarik.


Berikut adalah montaj yang disediakan oleh pelajar-pelajar UKM.


Ahad, 12 Ogos 2012

Juara Jambori Amal Islami


Jumaat, 10 Ogos 2012

Kaedah Pembayaran Yuran


Pihak Pengurusan Sekolah ada menyediakan beberapa kaedah Pembayaran yuran antaranya :
i. Tunai di kaunter
ii. Bank in terus ke Bank
iii. Internet Banking

iv. Cek
v. 'Post Dated' cek

Bank in slip hendaklah dihantar/difaxs @ diemail ke pejabat kewangan utk direkod & dikeluarkan resit. Sila sertakan nama pelajar, kelas & no daftar pelajar.
Kami boleh dihubungi ditalian:
No. Tel : 03-8926 5341 @ 017 312 0018 @ 013 250 0977
No. Fax : 03-8926 7518
email : serisgramal@gmail.com

Senarai akaun bank kami :
Bank Muamalat - SRI/SMI ABIM
1207-0001849-71-8

BIMB - Sekolah Rendah Islam Abim Sg Ramal
12-029-01-006637-9

CIMB - Sekolah Rendah Islam Abim Sg Ramal
1237-0001764-102

MAYBANK - Sekolah Rendah Islam
562263006713

Waktu kami beroperasi :
Isnin & selasa - 8.00 - 12.45
2.00 - 5.00

Rabu & Khamis -7.00 - 12.45
2.00 - 5.00

Jumaat - 7.00 - 12.30
2.30 - 5.00

Sabtu - 8.30 - 1.00

Semoga perkhidmatan kami, dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada semua ibubapa/penjaga.

Majlis Tahlil dan Iftar KGS


Kelab Guru dan Staf telah mengadakan Majlis Tahlil dan Iftar pada 10hb Ogos yang lalu. Program bermula dengan solat Asar berjemaah dan diikuti dengan bacaan Ma'thurat. 

Pada pukul 5.15 petang, pembentangan Buku Perlaksanaan Mazhab Imam Shafie di Malaysia oleh Ustaz Halim Muhammadi.

Program telah diteruskan dengan ucapan Presiden ABIM, En. Amidi b. Abdul Manan. Kemudian beliau telah menyampaikan Imbuhan Hari Raya Sekolah kepada guru-guru dan staf-staf.

Pada pukul 7.10 petang, Ustaz Awang telah memimpin bacaan tahlil. Seterusnya tetamu dan guru-guru berbuka puasa di kantin sekolah. Program diakhiri dengan solat Maghrib berjemaah di surau.  Lagi gambar menarik.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Rebutlah peluang ini.


Sumbangan boleh disalurkan kepada

1207-0001849-71-8 (Bank Muamalat)
SRI/SMI ABIM

12-029-01-003762-7 (Bank Islam)
SEK. REN. ISLAM ABIM

1237-0001764-102 (CIMB)
SEKOLAH RENDAH ISLAM ABIM
SUNGAI RAMAL

562263006713  (MAYBANK)
(SEKOLAH RENDAH ISLAM
SERI/SEMI ABIM PUSAT)
 
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI:
PEJABAT KEWANGAN 03-8926 5341 / EMAIL: serisgramal@gmail.com