Sabtu, 29 November 2014

Borang tempahan buku 2015



Klik link untuk Borang tempahan buku 2015.




Rabu, 26 November 2014

Tahniah 21 orang 5A, 42 orang 4A 1B

Ucapan tahniah kepada murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR yang telah diserahkan pada tengahari tadi.

Berikut info grafik analisa Upsr 2014 yang sempat disediakan.






Gambar sekitar penyerahan keputusan UPSR 2014


Berikut gambar-gambar sekitar penyerahan keputusan UPSR 2014 yang sempat dirakam oleh lensa kamera sekolah tengahari tadi.




Sebahagian murid-murid yang menerima keputusan cemerlang 5A




Sebahagian murid-murid yang menerima 4A 1B

Penyerahan sumbangan dana bangunan sekolah

 Penyelaras PSS, Cikgu Ramlah Husain menyerahkan sumbangan berjumlah RM1755 hasil Karnival PSS 2014 kepada Ketua Pengarah YTP, Tn. Hj Abdul Rahman Mohd Yasin


Wakil guru Tahun 6, Cikgu Norhayati Omar menyerahkan wang berjumlah RM1106 hasil sumbangan murid-murid Tahun 6 (2014) daripada penjualan buku-buku terpakai kepada Ketua Pengarah YTP, Tn. Hj Abdul Rahman Mohd Yasin.

Penyerahan tersebut telah diadakan pada  21hb November 2014 sempena Hi-Tea Akhir Tahun di kantin sekolah.

Jumaat, 14 November 2014

Keputusan SPRA 2014

Berikut analisa keputusan SPRA 2014 yang diumumkan pada Khamis yang lalu.

SERI ABIM Sg Ramal mendapat 98.6 % lulus keseluruhan. Manakala adik MUHAMMAD THAQIF NIDZAMUDDIN B. RUSLAN adalah pelajar terbaik keseluruhan SPRA 2014 SERI ABIM Sg Ramal. Tahniah!!