Isnin, 9 April 2018

Pendaftaran ONLINE ke SERI ABIM Sungai Ramal


Syarat-syarat asas :

1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
2. Pemohon mengemukakan permohonan secara talian daripada tarikh iklan dikeluarkan sehingga tarikh tutup yang telah ditetapkan.
3. Pemohon hendaklah mencapai umur tujuh (7) tahun daftar kemasukan bagi pemohon ke Tahun 1 Sekolah Rendah Islam (SERI) ABIM Sg Ramal.
4. Pemohon adalah berkeadaan normal daripada aspek fizikal dan mental.
5. Pemohon perlu membayar yuran Ujian Kelayakan sebanyak RM 150.00 semasa menghantar borang permohonan. Hanya pemohon yang telah membuat bayaran sahaja yang layak menduduki Ujian Kelayakan.
6. Pemohon hendaklah menduduki Ujian Kelayakan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan mencapai keputusan LULUS dalam ujian tersebut.
7. Ibu bapa atau penjaga pemohon mempunyai kemampuan kewangan yang ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu pendapatan isi rumah dengan tanggungan adalah munasabah.
8. Ibu bapa atau penjaga pemohon mempunyai komitmen yang tinggi dalam menyokong semua program yang dianjurkan oleh Sekolah SERI ABIM Sg Ramal.



Keutamaan :
1. Pemohon dari Taski ABIM
2. Pemohon yang mempunyai adik-beradik masih bersekolah di SERI/SEMI ABIM Sg Ramal
3. Pemohon yang mempunyai adik-beradik pernah bersekolah di SERI/SEMI ABIM Sg Ramal
4. Anak kepada kakitangan SERI/SEMI ABIM Sg Ramal, Lembaga Pengelola Sekolah SERI/SEMI ABIM Sg Ramal atau Agensi-agensi dibawah naungan WAP.
5. Waris adalah ahli WAP.
6. Ibu bapa atau penjaga pemohon mempunyai komitmen yang tinggi dalam usaha membantu menjayakan segala bentuk program yang dikelolakan oleh SERI/SEMI ABIM Sg Ramal.
Hilang Kelayakan Memohon :
1. Ibu bapa atau penjaga pemohon yang telah disenarai hitamkan oleh Unit Kewangan Sekolah SERI/SEMI ABIM Sg Ramal.
2. Ibu bapa atau penjaga pemohon yang masih mempunyai baki tertunggak adik beradik yang masih bersekolah di SERI/SEMI ABIM Sg Ramal.
3. Ibu bapa atau penjaga pemohon yang pernah terlibat dalam kegiatan yang boleh mencemarkan nama baik SERI/SEMI ABIM Sg Ramal secara langsung atau tidak langsung melakukan khianat kepada SERI/SEMI ABIM Sg Ramal.
4. Ibu bapa atau penjaga pemohon yang pernah mempunyai anak bersekolah di SERI/SEMI ABIM Sg Ramal. dan memberhentikan tanpa sebab yang munasabah.
5. Ibu bapa atau penjaga pemohon yang mempunyai anak bersekolah di SERI/SEMI ABIM Sg Ramal tetapi tidak menunjukkan minat dan tidak memberi sokongan kepada program sekolah di SERI/SEMI ABIM Sg Ramal

Ibu bapa / penjaga perlu menghantar salinan berikut ke Kaunter Khidmat Pelanggan Sekolah.
 1 Salinan sijil kelahiran / mykid anak
 1 Salinan ic ibu dan bapa
 1 Salinan bil utiliti
 1 Salinan slip gaji ibu dan bapa

Sekiranya bekerja sendiri, sila lampirkan penyata bank peribadi
 setiap salinan perlu disahkan terlebih dahulu.
 Borang perlu dicetak dan hantar ke Kaunter Khidmat Pelanggan  beserta bayaran untuk ujian kelayakan sebanyak *RM150*


Tarikh-tarikh penting:

1)Tarikh tutup penghantaran borang: 28 Jun 2019
2) Ujian Kelayakan: 6 Julai 2019






 Klik untuk apply ONLINE