Isnin, 19 Januari 2015

JOM SERTAI PROGRAM GOTONG-ROYONG 2015




Berikut surat program gotong-royong menceriakan kelas dan kawasan sekolah.


Tarikh             : 12 Januari 2015
Rujukan           : SERI ABIM/03/CERIA/01/15

Kepada
Ibu bapa/penjaga
SER1 ABIM Sg. Ramal

Tuan,

PROGRAM GOTONG-ROYONG MENCERIAKAN KELAS DAN KAWASAN SEKOLAH

            Didoakan semoga tuan dan sesi keluarga berada dalam perlindungan Allah S.W.T. Merujuk perkara di atas, sekolah akan mengadakan aktiviti gotong-royong menceriakan kelas dan beberapa kawasan sekolah yang  terpilih. Program ini diujudkan adalah bertujuan untuk;
1.      Menambah baikkan kebersihan dan keceriaan kelas dengan pelbagai idea untuk keselesaan pelajar dalam kelas
2.      Mengeratkan hubungan dan Kenal mengenal antara guru dan ibu bapa.
3.      Melahirkan sikap kerjasama antara guru, murid dan ibu bapa.

Sehubungan dengan itu besarlah harapan kami untuk menjemput tuan puan menghadirkan diri ke sekolah pada,
            Tarikh             : 24 Januari 2015 ( Sabtu )
            Masa               : 08.00 pg – 12.30 tgh
            Tempat           : Kelas thn 1 hingga thn 6
            Tentatif           : Sila rujuk lampiran belakang
           
            Aktiviti yang dijalankan dalam program ini seperti menceriakan kelas dengan susun-atur peralatan kelas, susunan bahan bantu mengajar, mengemop lantai, menyediakan langsir yang seragam, menyediakan rak kasut dan rak buku yang mencukupi. Bagi memenuhi keperluan tersebut pihak sekolah mengalu-galukan sumbangan berupa wang bagi menampung program berkenaan serta sumbangan tenaga mahir dalam keceriaan kelas, tandas dan surau.

            Segala kerjasama yang diberikan terlebih dahulu diucapkan terima kasih dan semoga mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Kami berharap tuan puan dapat mengisi borang maklum balas di bawah ini dan memulangkan semula slip jawapan berserta sumbangan dengan segera kepada guru kelas anak tuan puan.

Sekian dan terima kasih

Yang Benar

TG NOOR KETINA BT TG ABDULLAH
Guru Besar SERI/ABIM

Sk,  Pendaftar
       GPK Ko-Kurikulum
       Fail



TENTATIF PROGRAM KECERIAAN KELAS ( SEKOLAH KU SYURGA KU )



08-00 pg              Pendaftaran ibubapa mengikut pilihan kelas anak masing-masing



08.30 pg               Aktiviti gotong-royong di kelas yang telah di tentukan



10.30 pg               Rehat dan jamuan



11.00 pg               Aktiviti gotong-royong disambung semula



12.30tgh              Bersurai             



Sumbangan yang diperlukan


Bil
Bentuk sumbangan

Jenis sumbangan /jumlah
1.
Wang

RM
2.
Tenaga /pekerja


3.
Peralatan
-cat kelas

-penyapu / tong sampah

-mop lantai

-carta matapelajaran

-alas meja

-bunga-bungaan

-Sejadah yang panjang

-Buku cerita yang sesuai dgn tahap
 pelajar

-penaja bahan langsir utk semua kelas  
 yg seragam

 


Jumaat, 16 Januari 2015

Blog Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015

Maklumat Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015 boleh dilayari di sini. KlikBlog disediakan oleh tuan rumah iaitu SERI / SEMI  ABIM Pulau Pinang.

Isnin, 12 Januari 2015

Sekitar Hari pertama persekolahan 2015

Murid-murid SERI dan pelajar-pelajar SEMI memulakan sesi persekolahan hari ini selepas ditangguhkan selama seminggu akibat banjir di negeri-negeri  pantai Timur, Kedah, Perak dan Johor.

Berikut gambar-gambar sekitar hari pertama persekolahan 2015.

Kenderaan dari arah Jalan Kg. Sg Ramal Dalam ke sekolah.

Kenderaan dari arah Taman Surada ke sekolah

Lalu lintas sesak tetapi terkawal

Ibu bapa / penjaga beratur panjang utk membeli buku di Kedai Kita.

Suasana di kelas Tahun 1.

Suasana di kelas Tahun 1.

Keadaan tempat letak kereta sebelah SEMI

Guru sedang menyerahkan buku komunikasi dan kad perubatan kepada murid-murid Tahun 1.

Suasana di kelas Tahun 1.

Suasana di kelas Tahun 1.

Suasana di kelas Tahun 1.

Guru menerangkan cara meletakkan kasut dan selipar kepada murid-murid Tahun 1.

Suasana di kelas Tahun 1.

Suasana di kelas Tahun 1.

Pelbagai ragam murid tahun 1 pada hari pertama persekolahan.

Pelbagai ragam murid tahun 1 pada hari pertama persekolahan.

Pelajar-pelajar baru Tingkatan 1

Tingkatan 1 2015 lelaki

Tingkatan 1 2015 perempuan


Ustaz Awang mempengerusikan perhimpunan SEMI

Sebahagian guru lelaki SEMI

Pelajar-pelajar SEMI khusyuk mendengar amanat awal tahun daripada guru-guru.



Pelajar-pelajar SEMI khusyuk mendengar amanat awal tahun daripada guru-guru.

Sebahagian guru SEMI perempuan.

Pengetua SEMI, Puan Rogayah menyampaikan amanat kepada pelajar-pelajar.


PEMAKAIAN KASUT DAN SELIPAR

MEMO
TARIKH : 12 JANUARI 2015 / 21 RABIULAWAL 1436H
PERKARA : PEMAKAIAN KASUT DAN SELIPAR
KEPADA : IBU BAPA MURID SERI ABIM SG RAMAL

Assalamu’alaikum wbt. Sukacita pihak sekolah ingin memberi makluman bertulis tentang pemakaian kasut dan selipar sesi persekolahan 2015 seperti berikut:

1. Murid diWAJIBkan memakai kasut sekolah lengkap berstokin semasa ke sekolah, semasa berada di sekolah dan semasa pulang ke rumah.
2. Murid diWAJIBkan menyediakan sepasang selipar yang bertanda nama dan diletakkan di atas rak kasut kelas untuk kegunaan berwudhu’.
3. Tempoh penyediaan selipar adalah bermula 12 hingga 16 Januari 2015. Murid yang didapati membawa selipar ke sekolah selepas tempoh ini tanpa sebab yang wajar akan dikenakan tindakan disiplin.
4. Murid DILARANG membawa selipar ke sekolah dan pulang ke rumah. Selipar yang murid sediakan hendaklah ditinggalkan di sekolah dan dibawa pulang ke rumah pada hari terakhir persekolahan sesi 2015.
5. Murid yang didapati memakai selipar ke sekolah tanpa sebab yang wajar akan dikenakan tindakan disiplin.

Pihak sekolah amat mengharapkan kerjasama ibu bapa untuk memastikan anak-anak mematuhi peraturan-peraturan sekolah. JazakAllahu khairan kathira di atas perhatian, kerjasama dan pengorbanan yang diberikan.

Sekian, harap maklum.

WAKTU AKTIVITI PERSEKOLAHAN 2015

MEMO

TARIKH : 12 JANUARI 2015 / 21 RABIULAWAL 1436H
PERKARA : WAKTU AKTIVITI PERSEKOLAHAN
KEPADA : IBU BAPA MURID SERI ABIM SG RAMAL

Assalamu’alaikum wbt. Sukacita pihak sekolah ingin memberi makluman bertulis tentang waktu aktiviti persekolahan harian murid sesi 2015 yang dinyatakan seperti berikut:

HARI : Isnin hingga Khamis
WAKTU : 7.45pg – Perhimpunan
: 7.51pg – Ops Lewat
 Murid lewat ditahan & diambil nama
: 8.00pg – Perhimpunan Rasmi (isnin)
: 8.00pg – Sesi PdP bermula (selasa hingga khamis)
: 9.00pg – Sesi PdP bermula (isnin)
: 4.30ptg – Aktiviti persekolahan harian tamat

HARI : Jumaat
WAKTU : 7.45pg – Perhimpunan
: 7.51pg – Ops Lewat
 Murid lewat ditahan & diambil nama
: 8.00pg – Sesi PdP bermula
: 12.00tgh – Aktiviti persekolahan murid tahun 1, 2 dan 3 tamat
: 12.30tgh – Aktiviti persekolahan murid tahun 4, 5 dan 6 tamat

Pihak sekolah amat mengharapkan kerjasama ibu bapa untuk memastikan anak-anak hadir seawal 7.30 pagi ke sekolah. JazakAllahu khairan kathira di atas perhatian, kerjasama dan pengorbanan yang diberikan.

Sekian, harap maklum.

Rabu, 7 Januari 2015

Panduan mengelakkan kesesakan lalulintas pada minggu pertama persekolahan 2015


Lalulintas di kawasan sekolah dijangka sesak sepanjang minggu pertama persekolahan 2015. Keadaan sesak ini disebabkan ramai ibu bapa yang menunggu anak di sekolah terutamanya anak-anak Tahun 1 dan sikap warga SERI / SEMI  yang meletakkan kenderaan di tepi jalan.

Berikut panduan mengelakkan kesesakan lalulintas pada minggu pertama persekolahan

- menghantar anak ke sekolah awal (7.00 pagi - 7.30 pagi)
- Selepas menghantar anak ke sekolah, ibu bapa / penjaga dinasihatkan tidak menunggu di sekolah. Jika ibu bapa yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah, sila letak kenderaan di kawasan lapang di sebelah Kedai Makan di hadapan pintu pagar utama sekolah.
- Mematuhi arahan petugas-petugas yang menjaga lalu lintas.
- Meletakkan kenderaan di tempat yang dibenarkan sahaja.
- Bersabar
- Menggunakan motosikal untuk menghantar anak.

 Kawasan lapang di sebelah Kedai Makan di hadapan pintu pagar utama sekolah.

Semoga panduan ini dapat melancarkan lalulintas sepanjang minggu pertama persekolahan. Segala kerjasama warga SERI SEMI amat dihargai.

Isnin, 5 Januari 2015

Nur Aisyah Ibrahim terima anugerah Sambutan Maulidur Rasul Negeri Selangor


Tahniah kepada Nur Aisyah Ibrahim, bekas pelajar SERI ABIM Sg.Ramal (tahun 2004-2009) atas anugerah Saydina Ali sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor .


Berikut laporan therakyatpost.com mengenai beliau.


Dalam pada itu, penerima Anugerah Saidina Ali, Nur Aisyah Mohamed Ibrahim, 18, berkata, beliau tidak menyangka minatnya dalam bidang menghafaz al-Quran, pertandingan debat dan juga syarahan, membuka peluang kepadanya untuk menerima anugerah itu.
Anak kelahiran Kajang, Selangor itu berkata, beliau pernah mendapat tempat ketiga dalam Tahfiz al-Quran Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah Peringkat Zon dan Anugerah Pelajar Terbaik Subjek al-Quran di peringkat sekolah.

Beliau juga pernah menjadi johan dalam beberapa syarahan bahasa Arab, termasuk Syarahan Bahasa Arab Amal Islami dan mengharumkan nama Selangor, apabila menjuarai Debat Bahasa Arab Jemputan Nusantara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di peringkat antarabangsa.
Nur Aisyah sedang melanjutkan pengajian dalam bidang pensijilan Tahfiz al-Quran di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor.


“Saya kini dalam proses menghafaz al-Quran dan alhamdulillah, kini saya telah pun menghafaz sebanyak 15 juzuk dan masih dalam proses pembelajaran,” katanya yang juga berminat dalam misi kemanusiaan.
Nur Aisyah berkata, beliau pernah menyertai misi kemanusiaan ke Kampung Melikkol Kampot, Kemboja sebagai sukarelawan muda.

“Di sana, kami membantu mereka membina sebuah masjid dan madrasah untuk anak-anak yang kurang berkemampuan,” kata Duta Akademik di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang yang mengajar subjek-subjek yang lemah dikuasai pelajar di sekolah tersebut.


Kempen Wakaf 2015


Program Kempen Seribu Seorang untuk Pembangunan Sekolah Abim Kajang bagi tahun 2015. Hubungi kami untuk penyertaan dan pertanyaan.

Rabu, 31 Disember 2014

Tentatif Program Suai Kenal Tahun 1 2015

Pada 2hb Januari 2015 (Jumaat), SERI ABIM Sungai Ramal akan mengadakan Program Suai Kenal Tahun 1 2015 bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Berikut tentatif program tersebut.


Ibu bapa / penjaga murid-murid Tahun 1 diminta menghadiri taklimat mengenai sekolah yang akan diadakan pada pukul 8.30 pagi di surau sekolah.

Manaka berikut adalah nama guru kelas Tahun 1 sesi 2015.