Isnin, 12 Januari 2015

PEMAKAIAN KASUT DAN SELIPAR

MEMO
TARIKH : 12 JANUARI 2015 / 21 RABIULAWAL 1436H
PERKARA : PEMAKAIAN KASUT DAN SELIPAR
KEPADA : IBU BAPA MURID SERI ABIM SG RAMAL

Assalamu’alaikum wbt. Sukacita pihak sekolah ingin memberi makluman bertulis tentang pemakaian kasut dan selipar sesi persekolahan 2015 seperti berikut:

1. Murid diWAJIBkan memakai kasut sekolah lengkap berstokin semasa ke sekolah, semasa berada di sekolah dan semasa pulang ke rumah.
2. Murid diWAJIBkan menyediakan sepasang selipar yang bertanda nama dan diletakkan di atas rak kasut kelas untuk kegunaan berwudhu’.
3. Tempoh penyediaan selipar adalah bermula 12 hingga 16 Januari 2015. Murid yang didapati membawa selipar ke sekolah selepas tempoh ini tanpa sebab yang wajar akan dikenakan tindakan disiplin.
4. Murid DILARANG membawa selipar ke sekolah dan pulang ke rumah. Selipar yang murid sediakan hendaklah ditinggalkan di sekolah dan dibawa pulang ke rumah pada hari terakhir persekolahan sesi 2015.
5. Murid yang didapati memakai selipar ke sekolah tanpa sebab yang wajar akan dikenakan tindakan disiplin.

Pihak sekolah amat mengharapkan kerjasama ibu bapa untuk memastikan anak-anak mematuhi peraturan-peraturan sekolah. JazakAllahu khairan kathira di atas perhatian, kerjasama dan pengorbanan yang diberikan.

Sekian, harap maklum.

1 ulasan:

  1. alhamdulillah. Baru nampak ada displin. Kalau tak, saya sendiri rimas melihat anak2 membawa selipar yang kadang2 di pegang begitu saja dgn tangan. Termasuk la yang memakai selipar dalam kawasan sekolah.

    BalasPadam