Memaparkan catatan dengan label Pengumuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengumuman. Papar semua catatan

Selasa, 10 Oktober 2017

Makluman Program sekolah pada 14hb Oktober 2017 (Sabtu) ditunda

Assalaamualaikum.
Ibu/Bapa/Penjaga murid SERI ABIM Sg Ramal Dalam, Kajang 2017.

Program Sekolah Pada Sabtu, 14 Oktober, 2017

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa semua guru dan staf SERI ABIM Sg Ramal Dalam Kajang, diwajibkan hadir ke program Ijtima' Harakiy (WADAH, ABIM dan PKPIM)

Dengan itu juga, semua program di sekolah pada hari tersebut adalah dibatalkan atau ditundakan.

Maaf diatas kesulitan.

Harap maklum.
Terima kasih.

Mohd Hanapiah bin Ardi
Guru Besar 2017.
SERI ABIM Sg Ramal Dalam, Kajang.

Rabu, 16 Ogos 2017

18hb Ogos 2017. Sekolah balik awal.


Pada 18hb Ogos 2017 (Jumaat), murid-murid SERI ABIM Sungai Ramal dibenarkan balik awal pada pukul 12.30 tengahari kerana guru-guru dan staf-staf akan mengikuti Kursus Pemberdayaan Murabbi Umat yang akan berlangsung pada 18hb hingga 20hb Ogos di Kampus UNISEL, Bestari Jaya.

Oleh itu, ibu bapa dan penjaga diminta untuk mengambil awal anak masing-masing pada hari tersebut.

Selasa, 24 Januari 2017

Cuti Tahun Baru Cina

Assalamualaikum ibubapa / penjaga.
Didahulukan dgn memohon kemaafan kerana kelewatan memaklumkan kepada ibubapa mengenai perkara ini.

Untuk makluman ibubapa murid SERI ABIM Sg Ramal Dalam akan bercuti pada:

*26-01-2017 (Khamis)*
hingga
*31-01-2017 (Selasa)*

Murid akan bersekolah semula pada:
*01-02-2017 (Rabu).*

Harap maklum.
Terima kasih.

*MOHD. HANAPIAH BIN ARDI*
Guru Besar
SERI Sg Ramal Dalam

Jumaat, 18 Disember 2015

Tarikh Jualan Buku, uniform, Bayaran Yuran dan Hari Suaikenal Tahun 1 sesi 2016



Jualan Buku dan Uniform
Tarikh:  28hb hingga 30hb Disember 2015 (Isnin - Rabu)
Tempat: Surau sekolah
Masa: 8.30 pagi - 3.00 petang

Tarikh:  31hb Disember 2015 (Khamis)
Tempat: Kedai sekolah
Masa: 8.30 pagi - 3.00 petang

Bayaran Yuran 2016
Tarikh:  28hb hingga 30hb Disember 2015 (Isnin - Rabu)
Tempat: Kelas yang telah ditetapkan
Masa:  8.30 pagi - 1.00 petang

Hari Suaikenal Tahun 1 2016
Tarikh:  31hb Disember 2015 (Khamis)
Tempat: Kelas Tahun 1 dan surau
Masa:  7.50 pagi - 12.30 tengahari

Ahad, 27 September 2015

Penangguhan SPRA akibat jerebu.

Kenyataan rasmi daripada YTP:

Assalamualaikum wbt...  setelah perbincangan bersama KPP YTP  tentang kegawatan cuaca jerebu...maka diputuskan pada hari esok Isnin 28 Sept 2015, sekolah di negeri Selangor, Wilayah, Negeri Sembilan dan Sarawak ditutup. Bagaimanapun guru-guru dan staf datang bertugas seperti biasa. 

Sekolah akan dibuka semula pada 29 Sept. sekiranya cuaca dan bacaan jerebu tidak di tahap bahaya.  Maka peperiksaan SPRA Tahun 5 akan bermula pada 29 Sept hingga 1 Okt 2015 ( Selasa-Khamis) seluruh Malaysia. 

Pelajar-pelajar diminta memakai 'mask' ke sekolah. Sekian. Harap maklum.

Daripada:   Nur Jannah Keman, Bhg. Pengurusan Sek dan Akademik, YTP.

Nota admin: pengumuman tentang peperiksaan PSRA (JAIS) tahun 6 akan dimaklumkan kemudian setelah pihak sekolah menerima pekeliling daripada JAIS.

Rabu, 7 Januari 2015

Panduan mengelakkan kesesakan lalulintas pada minggu pertama persekolahan 2015


Lalulintas di kawasan sekolah dijangka sesak sepanjang minggu pertama persekolahan 2015. Keadaan sesak ini disebabkan ramai ibu bapa yang menunggu anak di sekolah terutamanya anak-anak Tahun 1 dan sikap warga SERI / SEMI  yang meletakkan kenderaan di tepi jalan.

Berikut panduan mengelakkan kesesakan lalulintas pada minggu pertama persekolahan

- menghantar anak ke sekolah awal (7.00 pagi - 7.30 pagi)
- Selepas menghantar anak ke sekolah, ibu bapa / penjaga dinasihatkan tidak menunggu di sekolah. Jika ibu bapa yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah, sila letak kenderaan di kawasan lapang di sebelah Kedai Makan di hadapan pintu pagar utama sekolah.
- Mematuhi arahan petugas-petugas yang menjaga lalu lintas.
- Meletakkan kenderaan di tempat yang dibenarkan sahaja.
- Bersabar
- Menggunakan motosikal untuk menghantar anak.

 Kawasan lapang di sebelah Kedai Makan di hadapan pintu pagar utama sekolah.

Semoga panduan ini dapat melancarkan lalulintas sepanjang minggu pertama persekolahan. Segala kerjasama warga SERI SEMI amat dihargai.

Selasa, 30 Disember 2014

Sesi persekolahan SERI SEMI bermula 12hb Jan 2015


Berikutan pengumuman Menteri Pendidikan Malaysia pada 29hb Disember 2014 yang lalu  mengenai penangguhan tarikh bermula sesi persekolahan 2015 akibat banjir, SERI SEMI ABIM Sungai Ramal akan memulakan sesi persekolahan pada 12hb Januari 2015 (Isnin).

Walau bagaimanapun, Pejabat Sekolah dan Kedai Sekolah akan  beroperasi seperti biasa. Hari Suaikenal Tahun 1 yang dijadualkan pada  2hb Jan 2015 akan berlangsung mengikut jadual.

Pejabat Sekolah dan Kedai Sekolah akan ditutup pada 1hb Januari 2015, Khamis (Cuti Tahun Baru 2015) dan 3hb Jan 2015, Sabtu (Cuti Maulidur Rasul).

Sekian, harap maklum.




Khamis, 24 Julai 2014

Makluman Cuti Aidilfitri


Dimaklumkan bahawa SERI / SEMI ABIM Sungai Ramal akan bercuti Hari Raya Aidilfitri bermula 25hb Julai (Jumaat) hingga 3hb Ogos 2014 (Ahad). Sekolah akan dibuka semula pada 4hb Ogos 2014 (Isnin).

Admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua warga SERI dan SEMI ABIM.

Selasa, 25 Februari 2014

Penyerahan Wang Khas RM100

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan membuat Penyerahan Wang Khas RM100 kepada ibu bapa / penjaga murid-murid seperti maklumat berikut:

Tarikh: 27hb - 28hb Februari 2014 (Khamis - Jumaat)
Masa: 9.00 pagi hingga 12 tengahari
Tempat: Surau sekolah.

oleh itu ibu bapa / penjaga dinta mengambil wang tersebut mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Berikut surat makluman yang akan diberikan melalui anak-anak hari ini.



Isnin, 3 Februari 2014

Pengumuman: Program Gotong-royong Sabtu ini!

SERI ABIM Sungai Ramal akan mengadakan Program Gotong-royong menceriakan kelas dan kawasan sekolah seperti maklumat berikut:

Tarikh: 8hb Februari 2014
Masa: 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat: kelas dan kawasan sekolah.

Di bawah adalah surat, tentatif dan jawapan sumbangan Program Gotong-royong. Semoga ibu bapa dan penjaga dapat menghadirkan diri ke program ini.

Klik untuk paparan lebih besar.

Klik untuk paparan lebih besar.

Pengumuman: Program Gotong-royong Sabtu ini!

SERI ABIM Sungai Ramal akan mengadakan Program Gotong-royong menceriakan kelas dan kawasan sekolah seperti maklumat berikut:

Tarikh: 8hb Februari 2014
Masa: 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat: kelas dan kawasan sekolah.

Di bawah adalah surat, tentatif dan jawapan sumbangan Program Gotong-royong. Semoga ibu bapa dan penjaga dapat menghadirkan diri ke program ini.

Klik untuk paparan lebih besar.

Klik untuk paparan lebih besar.

Rabu, 22 Januari 2014

Pelawaan untuk aktiviti "School of Talents"


Sekolah menjemput ibu bapa, penjaga atau orang perseorangan untuk mengadakan aktiviti yang kreatif atau apa-apa aktiviti yang berfaedah untuk slot "School of Talents" pada setiap hari Jumaat bermula pukul 2.30 petang hingga 4.00 petang.

Mereka yang berminat boleh berjumpa dengan pihak sekolah untuk keterangan lanjut. Semoga dengan aktiviti-aktiviti tersebut, anak-anak kita boleh mencungkil bakat dan menambahkan kemahiran mereka.

Pelawaan untuk aktiviti "School of Talents"


Sekolah menjemput ibu bapa, penjaga atau orang perseorangan untuk mengadakan aktiviti yang kreatif atau apa-apa aktiviti yang berfaedah untuk slot "School of Talents" pada setiap hari Jumaat bermula pukul 2.30 petang hingga 4.00 petang.

Mereka yang berminat boleh berjumpa dengan pihak sekolah untuk keterangan lanjut. Semoga dengan aktiviti-aktiviti tersebut, anak-anak kita boleh mencungkil bakat dan menambahkan kemahiran mereka.

Sabtu, 21 Disember 2013

PENGUMUMAN: PENUTUPAN PEJABAT SEKOLAH DAN PEJABAT KEWANGAN PADA 23-24 DIS 2013 (ISNIN - SELASA)


Dimaklumkan bahawa Pejabat Sekolah dan Pejabat Kewangan akan ditutup pada 23-24hb Disember (Isnin - Selasa) kerana sekolah mengadakan retreat guru dan staf pada hari tersebut.

Walau bagaimanapun, urusan pembayaran yuran boleh dilakukan secara bank-in online. Pejabat Sekolah dan Pejabat Kewangan akan dibuka semula pada 26hb Disember (Khamis).

Segala kesulitan amat kami dikesali.

Harap maklum.