Isnin, 5 Januari 2015

Nur Aisyah Ibrahim terima anugerah Sambutan Maulidur Rasul Negeri Selangor


Tahniah kepada Nur Aisyah Ibrahim, bekas pelajar SERI ABIM Sg.Ramal (tahun 2004-2009) atas anugerah Saydina Ali sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor .


Berikut laporan therakyatpost.com mengenai beliau.


Dalam pada itu, penerima Anugerah Saidina Ali, Nur Aisyah Mohamed Ibrahim, 18, berkata, beliau tidak menyangka minatnya dalam bidang menghafaz al-Quran, pertandingan debat dan juga syarahan, membuka peluang kepadanya untuk menerima anugerah itu.
Anak kelahiran Kajang, Selangor itu berkata, beliau pernah mendapat tempat ketiga dalam Tahfiz al-Quran Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah Peringkat Zon dan Anugerah Pelajar Terbaik Subjek al-Quran di peringkat sekolah.

Beliau juga pernah menjadi johan dalam beberapa syarahan bahasa Arab, termasuk Syarahan Bahasa Arab Amal Islami dan mengharumkan nama Selangor, apabila menjuarai Debat Bahasa Arab Jemputan Nusantara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di peringkat antarabangsa.
Nur Aisyah sedang melanjutkan pengajian dalam bidang pensijilan Tahfiz al-Quran di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor.


“Saya kini dalam proses menghafaz al-Quran dan alhamdulillah, kini saya telah pun menghafaz sebanyak 15 juzuk dan masih dalam proses pembelajaran,” katanya yang juga berminat dalam misi kemanusiaan.
Nur Aisyah berkata, beliau pernah menyertai misi kemanusiaan ke Kampung Melikkol Kampot, Kemboja sebagai sukarelawan muda.

“Di sana, kami membantu mereka membina sebuah masjid dan madrasah untuk anak-anak yang kurang berkemampuan,” kata Duta Akademik di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang yang mengajar subjek-subjek yang lemah dikuasai pelajar di sekolah tersebut.


0 comments:

Catat Ulasan