Berikut surat program gotong-royong menceriakan kelas dan kawasan sekolah.
Tarikh :
12 Januari 2015
Rujukan :
SERI ABIM/03/CERIA/01/15
Kepada
Ibu bapa/penjaga
SER1 ABIM Sg. Ramal
Tuan,
PROGRAM GOTONG-ROYONG MENCERIAKAN KELAS DAN
KAWASAN SEKOLAH
Didoakan
semoga tuan dan sesi keluarga berada dalam perlindungan Allah S.W.T. Merujuk
perkara di atas, sekolah akan mengadakan aktiviti gotong-royong menceriakan
kelas dan beberapa kawasan sekolah yang
terpilih. Program ini diujudkan adalah bertujuan untuk;
1.
Menambah baikkan
kebersihan dan keceriaan kelas dengan pelbagai idea untuk keselesaan pelajar
dalam kelas
2.
Mengeratkan hubungan dan
Kenal mengenal antara guru dan ibu bapa.
3.
Melahirkan sikap
kerjasama antara guru, murid dan ibu bapa.
Sehubungan dengan itu besarlah harapan kami
untuk menjemput tuan puan menghadirkan diri ke sekolah pada,
Tarikh : 24 Januari 2015 ( Sabtu )
Masa : 08.00 pg – 12.30 tgh
Tempat : Kelas thn 1 hingga thn 6
Tentatif : Sila rujuk lampiran belakang
Aktiviti
yang dijalankan dalam program ini seperti menceriakan kelas dengan susun-atur
peralatan kelas, susunan bahan bantu mengajar, mengemop lantai, menyediakan
langsir yang seragam, menyediakan rak kasut dan rak buku yang mencukupi. Bagi
memenuhi keperluan tersebut pihak sekolah mengalu-galukan sumbangan berupa wang
bagi menampung program berkenaan serta sumbangan tenaga mahir dalam keceriaan
kelas, tandas dan surau.
Segala
kerjasama yang diberikan terlebih dahulu diucapkan terima kasih dan semoga
mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Kami berharap tuan puan dapat mengisi
borang maklum balas di bawah ini dan memulangkan semula slip jawapan berserta
sumbangan dengan segera kepada guru kelas anak tuan puan.
Sekian dan terima kasih
Yang Benar
TG NOOR KETINA BT TG ABDULLAH
Guru Besar SERI/ABIM
Sk,
Pendaftar
GPK Ko-Kurikulum
Fail
TENTATIF PROGRAM KECERIAAN KELAS ( SEKOLAH KU SYURGA
KU )
08-00 pg Pendaftaran
ibubapa mengikut pilihan kelas anak masing-masing
08.30 pg Aktiviti gotong-royong di kelas
yang telah di tentukan
10.30 pg Rehat
dan jamuan
11.00 pg
Aktiviti gotong-royong disambung semula
12.30tgh
Bersurai
Sumbangan yang diperlukan
Bil
|
Bentuk sumbangan
|
Jenis sumbangan /jumlah
|
|
1.
|
Wang
|
RM
|
|
2.
|
Tenaga /pekerja
|
||
3.
|
Peralatan
|
-cat kelas
|
|
-penyapu / tong sampah
|
|||
-mop lantai
|
|||
-carta matapelajaran
|
|||
-alas meja
|
|||
-bunga-bungaan
|
|||
-Sejadah yang panjang
|
|||
-Buku cerita yang sesuai dgn tahap
pelajar
|
|||
-penaja bahan langsir utk semua kelas
yg seragam
|
0 comments:
Catat Ulasan