Khamis, 29 Januari 2015

Sambutan Maulidur Rasul s.a.w


Sambutan Maulidur Rasul s.a.w peringkat SERI ABIM Sg. Ramal akan diadakan pada 30hb Jan 2015 (Jumaat). Antara aktiviti yang dirancang adalah selawat beramai-ramai, ucapan perasmian oleh Guru Besar, persembahan nasyid, ceramah "Mencontohi perjuangan Rasulullah" oleh Ust. Halim B. Mat Jusoh (Tahap 1), ceramah "Menyelusuri Perjuangan Rasulullah" oleh Ust. Mohd Naim Mohd Noor (Tahap 2) dan tayangan.

Aktiviti-aktiviti tersebut akan diadakan di tapak perhimpunan, surau dan Dewan KDH. Murid-murid dibenarkan memakai baju melayu raya / jubah untuk lelaki dan baju kurung raya / jubah dan memakai tudung sekolah untuk perempuan. Waktu persekolah tamat seperti biasa pada pukul 12.30 tengahari.

0 comments:

Catat Ulasan