Isnin, 1 Oktober 2012

SERI SEMI terima sumbangan buku daripada Karangkraf


SERI SEMI ABIM Sg Ramal telah menerima sumbangan buku yang bernilai RM300 setiap satu di Program Jelajah Universiti dan Kolej yang diadakan di Kolej Dal Al-Hikmah pada 29hb September yang lalu.

Sumbangan telah disampaikan oleh Editor Majalah I, En. Ahmad Yani Abd Manaf kepada wakil SERI dan SEMI iaitu Puan Nurjannah Bt. Keman.

Selain SERI dan SEMI, beberapa buah sekolah di sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang turut menerima sumbangan buku daripada Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf).

Sekolah amat berterima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) kerana sumbangan tersebut. Laporan penuh mengenai berita ini boleh didapati di laman web Sinar Harian dan akhbar Sinar Harian pada 1hb Oktober 2012.

0 comments:

Catat Ulasan