Jumaat, 5 Oktober 2012

Gambar sekitar Lawatan Pensyarah Universiti Negeri Padang.


Pada 1hb Oktober 2012 yang lalu, seramai 39 orang pegawai dan Dosen @ Pensyarah Fakulti Ilmu Pendidikan Universiti Negeri Padang,  Indonesia telah melawat SERI dan SEMI ABIM.  Mereka terdiri daripada professor-professor dan pensyarah-pensyarah di dalam Fakulti Ilmu Pendidikan, UNP. 

Mereka tiba di sekolah pada pukul 1.00 petang dan terus dibawa ke Bilik Syura, KDH untuk mendengar taklimat tentang pendidikan di SERI dan SEMI. Taklimat-taklimat telah disampaikan oleh CEO SERI SEMI, Ustaz Mohd Naim, KPP YTP, Tn Hj Mahyuddin Ashaari dan wakil KDH. Wakil rombongan juga telah berkesempatan untuk memberi ucapan.

Selain itu, dua persembahan murid iaitu bercerita dan Choral Speaking telah dipersembahkan. Berikut antara gambar-gambar menarik sepanjang lawatan tersebut.

Adik Shireen Alyssa Azmir sedang bercerita tentang "Kancil dan gergasi"
Persembahan Choral Speaking SERI.

Murid-murid Choral Speaking bergambar kenang-kenangan bersama pelawat-pelawat.

Rombongan bergambar kenang-kenangan di hadapan sekolah.   



0 comments:

Catat Ulasan