Selasa, 9 Oktober 2012

Ustaz Awang pengerusi KGS baru.


Guru-guru dan staf-staf SERI SEMI ABIM telah mengadakan Mesyuarat Tergempar Kelab Guru dan Staf (KGS) pada 3hb Oktober 2012 yang lalu. Mesyuarat ini diadakan untuk melantik Pengerusi dan ahli jawatankuasa KGS kerana jawatan Pengerusi KGS akan dikosongkan. Jawatan Pengerusi KGS dari April hingga Oktober 2012 disandang oleh Sir Samsudin Musa.

Setelah pengiraan undi dilakukan, Ustaz Awang telah dipilih sebagai Pengerusi KGS. Selain itu, barisan AJK KGS yang dipilih ialah Cikgu Roshaneyati (Setiausaha), Puan Roslili (Bendahari), Cikgu Zarina Ahmad, Cikgu Norkamaliah, Ustazah Azian, Ustazah A.S. Radziah dan Cikgu Anis.
  
Pengerusi KGS, Sir Samsuddin Musa sedang mempengerusikan mesyuarat.

Selain melantik AJK KGS, agenda mesyuarat ialah pembentangan minit mesyuarat Agung KGS yang diadakan pada April 2012, pembentangan laporan kewangan dan cadangan usul. Sebelum mesyuarat ditangguhkan, CEO SERI SEMI ABIM Sg Ramal, Ustaz Mohd Naim telah memberi sedikit ucapan.

Akhir sekali, jasa-jasa barisan KGS April-Oktober 2012 tidak akan dilupakan dan selamat berkhidmat untuk barisan KGS Oktober 2012 - 2013.
 


0 comments:

Catat Ulasan