Khamis, 24 Februari 2011

Portal berwajah baru

Portal sekolah www.serisgramal.net berwajah baru. Penampilan keempat ini dilakukan kerana masalah hosting dan joomla portal sekolah sebelum ini.

Majalah An-Najah sudah diterbitkan

Majalah An-Najah, majalah sekolah Seri Semi Abim Sg Ramal telah diterbitkan di dalam bulan ini. Majalah edisi 6 ini yang mempunyai muka depan tentang Anugerah Kecemerlangan 2010 diterbitkan oleh sidang redaksi Unit Majalah yang diketuai oleh GPK Sahsiah, Ustaz Nazzil Saifuddin Abd Rahim.

Pelajar-pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 Tahun 2010 boleh mendapatkan majalah ini di Pejabat Pentadbiran Sekolah.

Rabu, 23 Februari 2011

Biru Juara!

Kejohanan Sukan Sekolah Seri Semi Abim Sg Ramal Tahun 2011 telah diadakan di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, Seksyen 15 pada hari Ahad 20hb Februari 2011.

Kejohanan bermula dengan perbarisan Unit Beruniform (Briged Bakti, PBSM, Puteri Islam) dan kontigen Rumah Sukan.

Selepas ucapan Puan Pengetua dan ucapan Perasmian, kejohanan sukan telah dimeriahkan dengan pertunjukan Kawad Formasi oleh Unit Beruniform dan pertunjukan senamrobik oleh pasukan sorak sekolah yang terdiri daripada murid-murid tahun 4 & 5.

Acara sukan yang diadakan pada hari tersebut ialah acara balapan 80M, 100M, 200M, 4x100M dan lompat jauh. Manakala acara sukaneka ialah Tarik Bola untuk Tahap 1 dan acara Cek Mek Molek untuk Tahap 2 perempuan.

Setelah semua acara berakhir, Rumah Biru mendapat tempat pertama, kedua Rumah Hijau, ketiga Rumah Merah dan keempat Rumah Kuning.

Rabu, 16 Februari 2011

Rumah Biru berjaya memintas Rumah Hijau.

16hb Feb: Pertandingan Merentas Desa Sekolah Rendah dan Menengah Abim Sg Ramal telah diadakan pada hari ini. Pertandingan ini bermula pada pukul 9.30 pagi telah dilepaskan oleh Pengetua / Guru Besar, Puan Tengku Noor Ketina.

Laluan pelajar lelaki tahap 2 dan semi ialah Jalan Abim, Jalan Sg Ramal hingga Taman Surada dan melalui Jalan Abim semula sebelum sampai ke sekolah.

Manakala pelajar perempuan Tahap 2 dan Semi melalui Jalan Abim hingga Taman Surada serta berpatah balik ke Jalam Abim semula sebelum sampai ke sekolah.

Pada pukul 10.30 pagi, murid-murid Tahap 1 telah mengadakan Pertandingan Sukaneka acara bawa bola ping-pong dalam sudu.

Selepas pertandingan tersebut telah diadakan majlis penyampaian hadiah untuk acara sukan dan sukaneka yang telah diadakan. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Puan Pengetua dan GPK Ko-Kurikulum, Puan Nurnisah.

Setelah beberapa bertandingan, Rumah Biru berjaya memintas Rumah Hijau dengan kelebihan 5 mata. Acara balapan dan acara sukaneka yang lain akan diadakan di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi pada hari Ahad, 20hb Februari 2011.

Pungutan Markah setakat 16hb Feb 2011.
Biru - 416
Hijau - 411
Merah - 322
Kuning - 281

Selasa, 8 Februari 2011

Sukaneka Sukan Tahunan bermula

Pagi ini diadakan sukaneka Sukan Tahunan 2011 di dataran perhimpunan sekolah. Acara sukaneka yang diadakan ialah gelek rim dan boling takraw murid perempuan Tahap 2 dan Semi.

Manakala pelajar lelaki tahap 2 dan Semi mengadakan pertandingan sukaneka gelek rim dan tarik tali. Selain itu diadakan pertandingan balapan untuk pelajar Semi perempuan yang diadakan di padang Tasik Cempaka.

BERIKUT PUNGUTAN MATA SUKAN TAHUNAN 2011 SETAKAT 8HB FEB 2011

Hijau- 195

Biru - 156

Kuning - 125

Merah - 119

Lagi gambar menarik.

Isnin, 7 Februari 2011

Persediaan awal UPSR

Murid-murid Tahun 6 Seri Abim Sg Ramal telah mengadakan persediaan awal untuk menghadapi UPSR dengan mengikuti Program Permata Gemilang (PPG) bermula 28hb hingga 29hb Januari 2011 yang lalu.

Antar perisian Program PPG 2011 siri 1 yang diadakan di sekolah ialah bengkel menjawab soalan UPSR untuk mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan slot Motivasi.

Guru-guru yang mengendalikan bengkel-bengkel tersebut terdiri daripada guru-guru penyemak kertas jawapan UPSR dari sekolah-sekolah sekitar Bandar Baru Bangi. Manakala slot motivasi disampaikan oleh Cikgu Mohd Fuad dari SBPI Gombak.

Seramai 120 murid Tahun 6 yang diawasi oleh 6 orang guru bertugas tinggal di sekolah selama satu malam. Selain bengkel UPSR, murid-murid mengadakan solat sunat malam yang dikendalikan oleh Ustaz Shairul Azri pada pukul 5.00 pagi.

Ibu bapa juga dilibatkan di dalam PPG dengan menghadiri Taklimat Ibu bapa yang disampaikan oleh Puan Pengetua. Selepas taklimat, para ibu bapa mengadakan perbincangan dengan guru-guru Tahun 6. Selepas itu, para ibu bapa menghadiri slot Motivasi bersama anak masing-masing di surau.

PPG berakhir pada pukul 6.30 petang.