Rabu, 26 April 2017

Sekolah terima bantuan sekolah negeri Selangor

25hb April. Seri / Semi ABIM Sungai Ramal telah menerima Skim Bantuan Sekolah 2017 daripada kerajaan negeri Selangor.

Penyerahan bantuan tersebut telah diadakan semasa Program Ramah Mesra bersama penerima bantuan sekolah fasa 1 2017 (Zon Selatan) di Dewan Orang Ramai, Taman Mesra, Kajang.

Sekolah mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Selangor atas bantuan yang diberikan. Bantuan tersebut akan digunakan untuk membaiki prasarana sekolah yang telah uzur.

Jumaat, 21 April 2017

24hb April 2017 cuti sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15



Sekolah akan bercuti pada 24hb April 2017 (Isnin) sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.

Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada hari berikutnya 25hb April 2017.

Harap maklum.

Jumaat, 14 April 2017

Kejohanan Sukan Tahunan Ahad ini



Semua ibu bapa, penjaga dijemput hadir untuk memeriahkan Kejohanan Sukan Tahun 2017 Ahad ini di Stadium Mini UNITEN Bangi.