Isnin, 29 September 2014

Hujan rahmat mengiringi proses menanam cerucuk sulung Bangunan Tambahan SERI (Video)


Pada petang ini, proses menanam cerucuk telah bermula di tapak bangunan tambahan SERI ABIM Sg. Ramal. Kerja-kerja pembinaan bangunan telah dilakukan oleh jentera "Hydraulic Static Pile Driver". Semasa cerucuk pertama ditanam, hujan rahmat telah membasahi bumi SERI ABIM Sungai Ramal. Semoga pembinaan bangunan tambahan SERI berjalan dengan lancar dan dirahmati oleh Allah s.w.t.

Berikut detik-detik proses menanam cerucuk sulung Bangunan Tambahan SERI.


Sabtu, 13 September 2014

Jadual PSRA (JAIS) 2014

Mulai 22hb hingga 26hb September 2014, murid-murid Tahun 6 SERI ABIM Sg. Ramal akan menduduki peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA). Sehubungan dengan itu murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 5 dibenarkan pulang awal pada pukul 12.30 tengahari.


Oleh itu ibu bapa dinasihatkan untuk mengambil anak masing-masing selepas pukul 12.30 tengahari kerana lalulintas dijangka sesak dengan bas-bas sekolah yang menghantar murid-murid Tahfiz Ummah yang menumpang peperiksaan di SERI ABIM.

Berikut jadual Jadual PSRA (JAIS) 2014.



Khamis, 11 September 2014

PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

 

KENYATAAN AKHBAR LEMBAGA PEPERIKSAAN
 
PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014
 
 
Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September 2014 telah didapati bocor. Lembaga Peperiksaan telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini adalah benar.

Sehubungan dengan ini, Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 adalah DIBATALKAN. Tarikh baharu bagi peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 adalah pada 30 September 2014 bersekali dengan Science 018, 028 dan 038.

Dengan perkembangan terbaharu ini, LP akan membuat siasatan atas semua dakwaan kebocoran kertas peperiksaan. Ini adalah bagi memastikan kepercayaan umum terhadap kesahan dan kebolehpercayaan keputusan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan tidak terjejas.  LP akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenalpasti pihak yang bertanggung jawab dan seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.

Untuk mendapatkan maklumat yang tepat berhubung peperiksaan UPSR 2014, sila layari portal Lembaga Peperiksaan di alamat www.moe.gov.my/lp


Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

11 September 2014

Sumber

Selasa, 2 September 2014

Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015: 4 wakil terbaik catur

Setelah pemilihan Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015 dijalankan pada 20hb hingga 22hb Ogos yang lalu, adik Amir Muqri Mohd Saprin, pemenang emas catur Ihtifal Sukan Kebangsaan 2013 bersama 3 orang pelajar akan mewakili sekolah untuk pertandaingan tersebut.


Berikut 4 wakil terbaik yang akan mewakli sekolah untuk pertandingan Catur.

Lelaki.
1.    Amir Muqri B. Mohd Saprin (5 Abu Bakar)
2.    Ariff Ridzuan B. Mohamad Azlan (5 Hamzah)


Perempuan.
1.    Nurul Syasya Bt. Zulkifli (5 Uthman)
2.    Nur Hannah Bt. Hamidon (4 Uthman)


Manakala berikut gambar yang menarik yang sempat dirakamkan oleh pembimbing catur, En. Mohd Syakir Md Yusof.





Pemilihan peserta Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015

Pada 20hb hingga 22hb Ogos 2014 yang lalu SERI ABIM Sungai Ramal telah  mengadakan pemilihan untuk Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015. Acara-acara yang terlibat untuk pemilihan kali ini ialah olahraga, bola jaring, badminton, bola sepak, futsal, sepak takraw, bola tampar, ping pong, catur, lompat jauh dan lontar peluru.

Pemilihan selama 3 hari bermula pukul 8.30 pagi hingga 1.30 petang dan berlangsung di kawasan sekolah. Guru-guru pembimbing dan beberapa orang jurulatih sukarelawan di kalangan ibu bapa SERI ABIM Sg. Ramal telah terlibat di dalam pemilihan kali ini.

Berikut beberapa gambar menarik yang sempat dirakam oleh lensa sekolah.