Jumaat, 16 Mei 2014

Mari bersenam dengan diiringi Nasyid "Demi Matahari"

 Pada penghujung bulan April yang lalu, slot bersenam dengan diiringi nasyid "Demi Matahari" telah dijalankan pada waktu perhimpunan pagi setiap hari. Senaman ini telah diketuai oleh pengawas-pengawas PSS SERI.

Berikut gambar-gambar menarik yang sempat dirakam oleh lensa kamera sekolah.





Usrah BAKA dapat sambutan hangat!

Hampir kesemua kerusi di Dewan Besar Kolej Dar-Al Hikmah yang boleh menampung 300 orang peserta telah diduduki oleh ibu bapa dan guru yang menghadiri Program Usrah BAKA yang telah dijalankan pada 11hb Mei 2014 (Ahad) yang lalu.

Usrah BAKA yang julung-julung kali diadakan telah membawa tema "Anakku Permata Qurrata'ain: Inspirasi perjuangan Ahmad Ammar" yang disampaikan oleh ibu bapa Ahmad Ammar iaitu Tuan Haji Ahmad Azam dan  Puan Nur Azlina.

Sebelum itu, program ice breaking yang dikendalikan oleh mantan pengerusi BAKA yang lalu,  En. Romli Ishak. Kemudian program diikuti dengan pra pelancaran Sistem Maklumat Murid yang disampaikan oleh Dr. Izzura, pensyarah UPM.

Semoga program ini akan menambahkan ukhuwah antara ibu bapa dan guru sambil menambah input tentang mendidik anak-anak kepada semua yang menghadiri usrah.

Berikut gambar-gambar menarik yang sempat dirakam.
























Kem pengawas PSS SERI

Pada 21hb Mac hingga 22hb Mac (Jumaat & Sabtu) yang lalu, Kem pengawas PSS SERI telah diadakan di sekolah. Kem ini telah dikendalikan oleh guru-guru PSS yang diketuai oleh Guru Penyelaras PSS iaitu Cikgu Ramlah Husain.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah ice breaking, ldk pemprosesan buku, merekod buku baru, explorace jejaki PSS dan simulasi pengurusan PSS.

Berikut  gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang kem tersebut.










Khamis, 8 Mei 2014

Amir Ghaazi Johan Kejohanan Catur Terbuka Selangor 2014



Tahniah kepada pelajar tingkatan satu SEMI ABIM Sg. Ramal, Adik Amir Ghaazi Mohd Saprin, Kerana berjaya Merangkul Gelaran Johan Kejohanan Catur Terbuka Selangor 2014 di bawah 18 Tahun.