Isnin, 29 April 2019

Pemenang Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas (Januari - April) 2019



Senarai pemenang Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas (Januari - April) 2019
SERI ABIM Sungai Ramal

🌏 Tahun 1

🏷Tempat pertama: 1 Abu Bakar
🏷Tempat kedua: 1 Ali
🏷 Tempat ketiga : 1 Hamzah

🔮 Tahun 2

🏷Tempat Pertama : 2 Abu Bakar
🏷Tempat kedua : 2 Zaid
🏷Tempat ketiga : 2 omar

🔮 Tahun 3

🏷Tempat Pertama : 3 Hamzah
🏷Tempat kedua : 3 Ali
🏷Tempat ketiga : 3 uthman

🔮 Tahun 4

🏷Tempat Pertama : 4 omar
🏷Tempat kedua : 4 Ali
🏷Tempat ketiga : 4 hamzah

🔮 Tahun 5

🏷Tempat Pertama : 5 Abu Bakar
🏷Tempat kedua : 5 Omar
🏷Tempat ketiga : 5 Uthman

🔮 Tahun 6

🏷Tempat Pertama : 6 Hamzah
🏷Tempat kedua : 6 omar
🏷Tempat ketiga : 6 Ali


Lagi gambar menarik

Belajar Gogok gigi di Menara Gading.



Murid-murid 1 Uthman seramai 32 orang telah mengikuti program ""GIGI BERSIH HIDUP CERIA"" pada 23 April 2019 (Selasa) yang lalu yang diadakan sempena  Islamic Festival (ISFEST)  2019 yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Program ini diadakan bermula pukul 8.00 pagi hingga 10.30 pagi dan dianjurkan oleh Daie Production dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah mewarna  dan praktikal cara memberus gigi.

Semoga murid-murid 1 Uthman dapat menjaga gigi masing-masing dengan sempurna.








Selasa, 23 April 2019

Pencapaian SERI di KAMIL Daerah Hulu Langat 2019

Berikut pencapaian peserta SERI ABIM yang telah menyertai Kemahiran Amal Islami(KAMIL) daerah Hulu Langat yang telah diadakan pada 20hb April 2019 (Sabtu) yang lalu.


Tahap 1
1) Akif Nidal (Bercerita AQ Lelaki) Ketiga

2) Nur Illiya bt Mohd. Hanapiah (Bercerita AQ Perempuan) Kedua


Tahap 2
1) Fatnin (Khat Perempuan) Kedua.

Tahniah!!
 





Isnin, 22 April 2019

Pelajar SERI TOP 10 Catur MSSD Hulu Langat 2019



Buat pertama kalinya SERI ABIM Sungai Ramal telah menghantar peserta Catur di MSSD Hulu Langat pada tahun ini. Sekolah telah menghantar 2 orang peserta ( seorang lelaki dan seorang perempuan) ke Kejohanan Catur MSSD Hulu Langat pada 18hb April 2019 (Khamis) yang diadakan di Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah.

Berikut merupakan pencapaian peserta SERI

1) Tun Muhd Syukri Bin Tun Abdul Karim (6 Hamzah)mendapat nombor 8 daripada 173 orang peserta.
2) Nur Ain Qaisarah Binti Muhammad Fahmi (6 Hamzah) mendapat nombor 51 daripada 161 orang peserta.

Tun Muhd Syukri terpilih mengikuti kem MSSD pada bulan Julai untuk pemilihan wakil Daerah Hulu Langat ke Peringkat Negeri Selangor.

Kejohanan melibatkan 47 buah sekolah rendah di Daerah Hulu Langat.
Tahniah kepada anak-anak SERI.



Selasa, 16 April 2019

Pelancaran Minggu Bahasa Melayu 2019


Panitia Bahasa Melayu sedang mengadakan Minggu Bahasa Melayu bermula 15hb. April 2019 hingga 19hb. April 2019. Majlis perasmian Minggu Bahasa Melayu telah disempurnakan oleh Guru Besar, En. Mohd Hanapiah B. Ardi semasa perhimpunan Isnin, 15hb April 2019 di Dataran al-Hikmah.

Minggu Bahasa yang mensasarkan kepada semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 bertujuan untuk mencungkil bakat murid, mengasah bakat murid untuk persiapan Ihtifal Kebangsaan 2020 dan mendedahkan murid dengan kosa kata baru.

Acara yang dipertandingkan ialah syarahan (Tahun 3 - 6), deklamasi sajak (Tahun 3 - 6) dan permainan Shibba (Tahun 1 - 6)


BAHASA JIWA BANGSA


Persembahan syarahan sempena pelancaran Minggu Bahasa Melayu

Isnin, 15 April 2019

Seronoknya ENGLISH CAMP YEAR 4 2019

Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan ENGLISH CAMP YEAR 4 2019 pada 13hb April  2019 pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Dataran Al-Hikmah.

Seramai 119 orang murid Tahun 4 dan 13 orang guru telah terlibat di dalam kem ini.

Kem ini bertujuan untuk menarik minat murid belajar Bahasa Inggeris dengan pelbagai cara dan aktiviti.

Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan ialah:
1. Crazy Sentences
2. Spot It Right
3. Scavenger Hunt

Berikut antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh guru-guru yang bertugas.











3 pelajar SERI layak ke MSS Peringkat Negeri Selangor (acara Taekwondo)

SERI ABIM Sungai Ramal telah menyertai Kejohanan Taekwondo Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Langat yang diadakan di SJKC Batu 11 Cheras pada14 April 2019 (Ahad) yang lalu.

Seramai 9 orang peserta daripada SERI telah menyertai kejohanan ini iaitu:

1. Faiz Iman (4 Abu Bakar) - Gangsa (Bantam 9 -12 yrs) 
2. Ahmad Arfan ( 6 Hamzah) - Emas (Feather 9 - 12 yrs) 
3. Nur Sarah Irdina (5 Zaid) - Gangsa (Light Middle 9 - 12 yrs) 
4. Mufid Jauhary (Tahun 6 ) 
5. Adib Aydin (Tahun 5 ) 
6. Mohd Hazeeq Hadzryul (3 Zaid) 
7. Nur Hazimah Amani (Tahun 6 ) 
8. Afrina Damia (Tahun 4 ) 
9. Nur Haziqah Amani (Tahun 6 )

3 org peserta SERI ABIM layak ke MSS Peringkat Negeri Selangor yg akan diadakan pada 28 April 2019  iaitu
1. Faiz Iman (4 Abu Bakar)

2. Ahmad Arfan (6 Hamzah )
3. Nur Sarah Irdina (5 Zaid)

Tahniah !

 Nur Sarah Irdina (5 Zaid) - Gangsa (Light Middle 9 - 12 yrs) 

Faiz Iman (4 Abu Bakar) - Gangsa (Bantam 9 -12 yrs)

Ahmad Arfan ( 6 Hamzah) - Emas (Feather 9 - 12 yrs)