Jumaat, 29 Jun 2012

Sesi Fotografi 2012

 

Unit Foto Majalah An-Najah 2012 akan mengadakan sesi fotografi pada 3hb hingga 5hb Julai 2012. Sesi fotografi selama 3 hari akan diadakan di tangga Kantin yang melibatkan sesi fotografi kelas, kelab dan persatuan Ko-Kurikulum, guru-guru dan staf.

Berikut jadual Sesi Fotografi 2012.

SesiFotografi

Rabu, 27 Jun 2012

Kaunter pembayaran yuran dibuka 7 pagi

Kaunter pembayaran yuran SERI/SEMI ABIM Sg. Ramal kini beroperasi mulai jam 7.00 pagi setiap hari Rabu, Khamis dan Jumaat bermula dari 27 Jun 2012. Kunjungan anda dinantikan ♥

Rabu, 20 Jun 2012

Masa ibu bapa berbincang tentang prestasi anak.


20hb Jun (Rabu): Tahun 6 SERI ABIM Sungai Ramal telah mengadakan Hari Muzakarah di surau sekolah pada hari ini. Program yang bermula pada pukul 2.45 petang dengan pengisian oleh Guru Besar.  Beliau membentangkan analisa keputusan Setara 2 UPSR dan PSRA. Selain itu beliau menyentuh tentang program yang telah dan akan diadakan untuk kecemerlangan UPSR dan PSRA.

Kemudian, ibu bapa bergilir-gilir mendapatkan buku rekod anak masing-masing dan berbincang dengan guru kelas dan guru mata pelajaran tentang prestasi akademik dan sahsiah anak masing-masing.

Alhamdulillah, kehadiran ibu bapa Tahun 6 amat menggalakkan. Di akhir program, jamuan minum petang telah diadakan. Lagi gambar menarik.

Selasa, 19 Jun 2012

Majlis Perpisahan En Suhaili

19 Jun (Selasa): SERI SEMI ABIM Sungai Ramal telah mengadakan Majlis Perpisahan En. Suhaili Husin, Pendaftar SERI SEMI ABIM Sungai Ramal hari ini. En Suhaili mula berkhidmat di sekolah pada tahun 2001 hingga 30hb Mei 2012 yang lalu.

Pada majlis tersebut, Puan Guru Besar telah menyampaikan Ucapan Penghargaan kepada En. Suhaili mewakili sekolah. Kemudian, En. Suhaili menyampaikan ucapan perpisahannya. Antara lain, beliau mengatakan bahawa beliau gembira bertugas bersama guru-guru dan staf-staf SERI SEMI ABIM Sungai Ramal. Kini En Suhaili bertugas di Yayasan Takmir Pendidikan. 

Selepas itu, KPP Yayasan Takmir Pendidikan, Tuan Haji Mahyuddin Ashaari menyampaikan cenderahati kepada En. Suhaili. 

Di dalam majlis tersebut juga, KPP Yayasan Takmir Pendidikan, Tuan Haji Mahyuddin Ashaari mengalu-alukan CEO / Pendaftar yang baru iaitu Ustaz Mohd Naim Mohd Noor. 

Di akhir majlis tersebut telah diadakan Jamuan Minum Petang di kantin sekolah. Lagi gambar menarik. 

Berikut persembahan multimedia semasa majlis tersebut.

Makluman: Tamrin SERI Tahun 4 & 5


Program Tamrin Tahun 4 dan 5 akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh: 6 -8hb Julai 2012 / 16 - 18 Syaaban 1433H
Tempat:Photon Valley Resort, Batu 19 3/4, Hulu Perdek, Hulu Langat


Surat makluman, senarai keperluan dan borang jawapan telah disampaikan kepada murid-murid Tahun 4 dan 5 semalam.

Ibu bapa yang belum mendapatkan surat-surat tersebut boleh download surat -surat tersebut di bawah.

Sila hantar borang jawapan sebelum 3hb Julai 2012.

Surat Tamrin Seri 2012 (A) Surat Tamrin Seri 2012 (B) Surat Tamrin Seri 2012 (C)

Makluman: Muzakarah 2012


SERI SEMI ABIM Sungai Ramal akan mengadakan Hari Muzakarah pada 23hb Jun 2012 / 3 Syaaban 1433H (Sabtu) bermula pukul 8.30 pagi hingga 1.00 petang.

Pada hari tersebut, ibu bapa dapat berbincang dengan guru kelas dan guru mata pelajaran tentang prestasi akademik dan sahsiah anak masing-masing di sekolah.

Hari tersebut juga merupakan hari persekolahan bagi menggantikan cuti  tambahan Hari Raya Puasa. Surat makluman mengenai Hari Muzakarah telah disampaikan kepada murid-murid pada hari Isnin.

Berikut adalah softcopy surat tersebut.


Khamis, 14 Jun 2012

An-Najah 2011 sudah terbit!

Akhirnya, majalah An-Najah Edisi 8 (2011) yang ditunggu-tunggu telah sampai ke sekolah hari ini. Majalah yang mempunyai 113 muka surat akan diedarkan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 3 sesi 2011 mulai esok. Guru kelas akan mengedarkan majalah tersebut kepada murid-murid. Setiap keluarga berhak mendapat senaskah majalah An-Najah Edisi 8.

Pelajar-pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 sesi 2011 yang tidak mempunyai adik-beradik yang masih bersekolah di SERI SEMI ABIM Sungai Ramal pada tahun ini boleh mendapatkan majalah tersebut di Pejabat SERI mulai esok (15hb Jun 2012).

Sidang Pengarang  An-Najah 8 (2011) memohon maaf atas kelewatan tersebut.

Isnin, 11 Jun 2012

Surat Perkhemahan Unit Beruniform

Surat Perkhemahan Unit Beruniform 2012 telah diedarkan kepada murid-murid tahap 2 yang berminat pada hari ini. Perkhemahan ini akan diadakan pada 15hb hingga 17hb Jun 2012 di sekolah yang melibatkan ketiga-tiga unit beruniform iaitu Briged Bakti, Puteri Islam dan Persatuan Bulan Sabit Merah.

Perkhemahan ini bertujuan untuk melatih pelajar dalam aktiviti lasak, boleh berdikari, menanam keyakinan diri dan kerjasama di dalam pasukan.

Berikut adalah surat berikut:

Surat Perkhemahan Unit Beruniform 2012

Keperluan Perkhemahan Unit Beruniform 2012

Surat Kebenaran Perkhemahan Unit Beruniform 2012


Ahad, 10 Jun 2012

Tamrin SEMI di Ulu Yam


Tamrin Pengukuhan SEMI 2012 akan diadakan pada 15hb hingga 17hb Jun 2012 di Eco-Resort Nur Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor. Tamrin yang mensasarkan kepada semua pelajar SEMI (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4) diadakan untuk
  • mendedahkan kepada pelajar tentang hakikat diri serta matlamat hidup.
  • melahirkan pelajar yang berakhlak mulia yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.
  • membentuk sifat kepimpinan di kalangan pelajar
  • membangkitkan kecintaan diri kepada agama
  • memperkukuhkan amalan fardu ain dan kerohanian.
Surat kebenaran untuk menyertai tamrin telah diserahkan kepada pelajar sebelum cuti yang lalu. Diharap pelajar dapat memberi maklum balas kepada pihak sekolah apabila kembali ke sekolah esok.