Selasa, 26 Februari 2019

Kem Pengawas PSS dan Watikah Perlantikan 2019

Pada 2hb Februari 2019 (Sabtu) yang lalu, Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Kem Pengawas PSS dan Watikah Perlantikan di sekolah.

Seramai seramai 86 orang pengawas PSS SERI telah menyertai kem ini.

Antara aktiviti yang dijalankan Taklimat Pengarah Program, Senaman ringan, Team building, penerangan Program NILAM, latihan Ikrar, latihan dikir PSS dan penyampaian watikah pengawas PSS

Berikut antara gambar-gambar menarik yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera telefon guru-guru yang bertugas.




















Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah 2019

Pada 22hb Februari hingga 23hb Februari 2019 (Sabtu) yang lalu, Badan Pengawas Sekolah telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah 2019 di sekolah.

Seramai seramai 170 orang pengawas SERI Tahun 3, 4, 5 dan  Tahun 6 telah menyertai kem ini yang bertujuan untuk memberi maklumat dan simulasi tugasan  kepada pengawas.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat dan simulasi tugasan, kaunseling jati diri pengawas dan balutan bantuan kecemasan. Di akhir kem, program pentaulihan pengawas telah disampaikan oleh Guru Besar, Ustaz Mohd. Hanapiah Ardi di Dataran al-Hikmah

Berikut antara gambar-gambar menarik yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera telefon Unit IT dan guru-guru yang bertugas.