Jumaat, 21 Ogos 2015

Bengkel pemantapan KBAT 1.0

Guru-guru Seri / Semi ABIM Sg Ramal telah mengikuti Bengkel Pemantapan KBAT pada pukul 2.30 petang di kelas Tingkatan 2 Ibnu Khaldun. Bengkel telah disampaikan oleh Tuan Hj. Mohamad B. Abu Daud.
Guru-guru telah didedahkan kepada peta pemikiran (i-Think) seperti peta bulatan, buih, buih berganda dan pokok.
Kemudian mereka membuat latihan peta pemikiran secara berkumpulan membincangkan tajuk pelancongan di Malaysia.
Berikut gambar menarik yang sempat dirakamkan oleh lensa sekolah

Jumaat, 7 Ogos 2015

Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri BAKA 1436H

Berikut surat jemputan ke Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri BAKA 1436H dan Borang jawapan kehadiran serta sumbangan.



Rabu, 5 Ogos 2015

Penyampaian hadiah Kelas Ceria dan Bersih

Pada perhimpunan Isnin yang lalu, majlis penyampaian hadiah Kelas Ceria dan Bersih SERI telah diadakan di dataran perhimpunan. Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar, Puan Tengku Noor Ketina.

Berikut adalah kelas yang telah memenangi hadiah Kelas Ceria dan Bersih mengikut aliran.








Selasa, 4 Ogos 2015

Memo Suntikan Imunisasi Tahun 1

Berikut Memo Suntikan Imunisasi Tahun 1 untuk tindakan ibu bapa & penjaga Tahun 1.