Memaparkan catatan dengan label Sumbangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sumbangan. Papar semua catatan

Isnin, 1 Oktober 2012

SERI SEMI terima sumbangan buku daripada Karangkraf


SERI SEMI ABIM Sg Ramal telah menerima sumbangan buku yang bernilai RM300 setiap satu di Program Jelajah Universiti dan Kolej yang diadakan di Kolej Dal Al-Hikmah pada 29hb September yang lalu.

Sumbangan telah disampaikan oleh Editor Majalah I, En. Ahmad Yani Abd Manaf kepada wakil SERI dan SEMI iaitu Puan Nurjannah Bt. Keman.

Selain SERI dan SEMI, beberapa buah sekolah di sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang turut menerima sumbangan buku daripada Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf).

Sekolah amat berterima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) kerana sumbangan tersebut. Laporan penuh mengenai berita ini boleh didapati di laman web Sinar Harian dan akhbar Sinar Harian pada 1hb Oktober 2012.

Selasa, 28 Ogos 2012

Kelab Catur SERI SEMI ABIM


Sekolah akan menubuhkan Persatuan Catur SERI SEMI ABIM Sungai Ramal. Persatuan ini terbuka kepada pelajar-pelajar yang balik lewat dan tiada kelas tambahan petang.

Aktiviti persatuan akan diadakan di surau bermula pukul 4.05 petang hingga sebelum Asar. Sekolah mengalu-alukan sumbangan peralatan catur dan khidmat kejurulatihan.

Antara peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Set Catur.
  • Bekas penyimpanan.
  • Jam catur.
  • Alat Bantuan Mengajar catur.
Sesiapa yang ingin menyumbang boleh hubungi pejabat di talian 03-8926 5341. Marilah kita menyokong usaha ini untuk kebaikan anak-anak kita.


Selasa, 14 Ogos 2012

Sumbangan untuk water cooler sekolah



Sekolah memerlukan sumbangan derma, wakaf dan infaq untuk pembelian water cooler sekolah yang telah rosak. Sekolah memerlukan beberapa buah water cooler di mana harga setiap unit water cooler adalah RM1300.

Sumbangan boleh disalurkan kepada

1207-0001849-71-8 (Bank Muamalat)
SRI/SMI ABIM

12-029-01-003762-7 (Bank Islam)
SEK. REN. ISLAM ABIM
1237-0001764-102 (CIMB)
SEKOLAH RENDAH ISLAM ABIM
SUNGAI RAMAL

562263006713  (MAYBANK)
(SEKOLAH RENDAH ISLAM SERI/SEMI ABIM PUSAT)
 
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI:
PEJABAT KEWANGAN 03-8926 5341 / EMAIL: serisgramal@gmail.com