Isnin, 12 Januari 2015

PEMAKAIAN KASUT DAN SELIPAR

MEMO
TARIKH : 12 JANUARI 2015 / 21 RABIULAWAL 1436H
PERKARA : PEMAKAIAN KASUT DAN SELIPAR
KEPADA : IBU BAPA MURID SERI ABIM SG RAMAL

Assalamu’alaikum wbt. Sukacita pihak sekolah ingin memberi makluman bertulis tentang pemakaian kasut dan selipar sesi persekolahan 2015 seperti berikut:

1. Murid diWAJIBkan memakai kasut sekolah lengkap berstokin semasa ke sekolah, semasa berada di sekolah dan semasa pulang ke rumah.
2. Murid diWAJIBkan menyediakan sepasang selipar yang bertanda nama dan diletakkan di atas rak kasut kelas untuk kegunaan berwudhu’.
3. Tempoh penyediaan selipar adalah bermula 12 hingga 16 Januari 2015. Murid yang didapati membawa selipar ke sekolah selepas tempoh ini tanpa sebab yang wajar akan dikenakan tindakan disiplin.
4. Murid DILARANG membawa selipar ke sekolah dan pulang ke rumah. Selipar yang murid sediakan hendaklah ditinggalkan di sekolah dan dibawa pulang ke rumah pada hari terakhir persekolahan sesi 2015.
5. Murid yang didapati memakai selipar ke sekolah tanpa sebab yang wajar akan dikenakan tindakan disiplin.

Pihak sekolah amat mengharapkan kerjasama ibu bapa untuk memastikan anak-anak mematuhi peraturan-peraturan sekolah. JazakAllahu khairan kathira di atas perhatian, kerjasama dan pengorbanan yang diberikan.

Sekian, harap maklum.

WAKTU AKTIVITI PERSEKOLAHAN 2015

MEMO

TARIKH : 12 JANUARI 2015 / 21 RABIULAWAL 1436H
PERKARA : WAKTU AKTIVITI PERSEKOLAHAN
KEPADA : IBU BAPA MURID SERI ABIM SG RAMAL

Assalamu’alaikum wbt. Sukacita pihak sekolah ingin memberi makluman bertulis tentang waktu aktiviti persekolahan harian murid sesi 2015 yang dinyatakan seperti berikut:

HARI : Isnin hingga Khamis
WAKTU : 7.45pg – Perhimpunan
: 7.51pg – Ops Lewat
 Murid lewat ditahan & diambil nama
: 8.00pg – Perhimpunan Rasmi (isnin)
: 8.00pg – Sesi PdP bermula (selasa hingga khamis)
: 9.00pg – Sesi PdP bermula (isnin)
: 4.30ptg – Aktiviti persekolahan harian tamat

HARI : Jumaat
WAKTU : 7.45pg – Perhimpunan
: 7.51pg – Ops Lewat
 Murid lewat ditahan & diambil nama
: 8.00pg – Sesi PdP bermula
: 12.00tgh – Aktiviti persekolahan murid tahun 1, 2 dan 3 tamat
: 12.30tgh – Aktiviti persekolahan murid tahun 4, 5 dan 6 tamat

Pihak sekolah amat mengharapkan kerjasama ibu bapa untuk memastikan anak-anak hadir seawal 7.30 pagi ke sekolah. JazakAllahu khairan kathira di atas perhatian, kerjasama dan pengorbanan yang diberikan.

Sekian, harap maklum.

Rabu, 7 Januari 2015

Panduan mengelakkan kesesakan lalulintas pada minggu pertama persekolahan 2015


Lalulintas di kawasan sekolah dijangka sesak sepanjang minggu pertama persekolahan 2015. Keadaan sesak ini disebabkan ramai ibu bapa yang menunggu anak di sekolah terutamanya anak-anak Tahun 1 dan sikap warga SERI / SEMI  yang meletakkan kenderaan di tepi jalan.

Berikut panduan mengelakkan kesesakan lalulintas pada minggu pertama persekolahan

- menghantar anak ke sekolah awal (7.00 pagi - 7.30 pagi)
- Selepas menghantar anak ke sekolah, ibu bapa / penjaga dinasihatkan tidak menunggu di sekolah. Jika ibu bapa yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah, sila letak kenderaan di kawasan lapang di sebelah Kedai Makan di hadapan pintu pagar utama sekolah.
- Mematuhi arahan petugas-petugas yang menjaga lalu lintas.
- Meletakkan kenderaan di tempat yang dibenarkan sahaja.
- Bersabar
- Menggunakan motosikal untuk menghantar anak.

 Kawasan lapang di sebelah Kedai Makan di hadapan pintu pagar utama sekolah.

Semoga panduan ini dapat melancarkan lalulintas sepanjang minggu pertama persekolahan. Segala kerjasama warga SERI SEMI amat dihargai.

Isnin, 5 Januari 2015

Nur Aisyah Ibrahim terima anugerah Sambutan Maulidur Rasul Negeri Selangor


Tahniah kepada Nur Aisyah Ibrahim, bekas pelajar SERI ABIM Sg.Ramal (tahun 2004-2009) atas anugerah Saydina Ali sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor .


Berikut laporan therakyatpost.com mengenai beliau.


Dalam pada itu, penerima Anugerah Saidina Ali, Nur Aisyah Mohamed Ibrahim, 18, berkata, beliau tidak menyangka minatnya dalam bidang menghafaz al-Quran, pertandingan debat dan juga syarahan, membuka peluang kepadanya untuk menerima anugerah itu.
Anak kelahiran Kajang, Selangor itu berkata, beliau pernah mendapat tempat ketiga dalam Tahfiz al-Quran Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah Peringkat Zon dan Anugerah Pelajar Terbaik Subjek al-Quran di peringkat sekolah.

Beliau juga pernah menjadi johan dalam beberapa syarahan bahasa Arab, termasuk Syarahan Bahasa Arab Amal Islami dan mengharumkan nama Selangor, apabila menjuarai Debat Bahasa Arab Jemputan Nusantara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di peringkat antarabangsa.
Nur Aisyah sedang melanjutkan pengajian dalam bidang pensijilan Tahfiz al-Quran di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor.


“Saya kini dalam proses menghafaz al-Quran dan alhamdulillah, kini saya telah pun menghafaz sebanyak 15 juzuk dan masih dalam proses pembelajaran,” katanya yang juga berminat dalam misi kemanusiaan.
Nur Aisyah berkata, beliau pernah menyertai misi kemanusiaan ke Kampung Melikkol Kampot, Kemboja sebagai sukarelawan muda.

“Di sana, kami membantu mereka membina sebuah masjid dan madrasah untuk anak-anak yang kurang berkemampuan,” kata Duta Akademik di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang yang mengajar subjek-subjek yang lemah dikuasai pelajar di sekolah tersebut.


Kempen Wakaf 2015


Program Kempen Seribu Seorang untuk Pembangunan Sekolah Abim Kajang bagi tahun 2015. Hubungi kami untuk penyertaan dan pertanyaan.

Rabu, 31 Disember 2014

Tentatif Program Suai Kenal Tahun 1 2015

Pada 2hb Januari 2015 (Jumaat), SERI ABIM Sungai Ramal akan mengadakan Program Suai Kenal Tahun 1 2015 bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Berikut tentatif program tersebut.


Ibu bapa / penjaga murid-murid Tahun 1 diminta menghadiri taklimat mengenai sekolah yang akan diadakan pada pukul 8.30 pagi di surau sekolah.

Manaka berikut adalah nama guru kelas Tahun 1 sesi 2015.



Selasa, 30 Disember 2014

Wajah blog sekolah 2015


Sempena tahun 2015, admin blog sekolah telah menukar paparan blog dengan wajah baharu yang lebih ringkas dan menarik.

Semoga para pemgunjung blog lebih kerap melayari blog ini untuk mendapatkan info tentang sekolah.

Wajah 2015

Sesi persekolahan SERI SEMI bermula 12hb Jan 2015


Berikutan pengumuman Menteri Pendidikan Malaysia pada 29hb Disember 2014 yang lalu  mengenai penangguhan tarikh bermula sesi persekolahan 2015 akibat banjir, SERI SEMI ABIM Sungai Ramal akan memulakan sesi persekolahan pada 12hb Januari 2015 (Isnin).

Walau bagaimanapun, Pejabat Sekolah dan Kedai Sekolah akan  beroperasi seperti biasa. Hari Suaikenal Tahun 1 yang dijadualkan pada  2hb Jan 2015 akan berlangsung mengikut jadual.

Pejabat Sekolah dan Kedai Sekolah akan ditutup pada 1hb Januari 2015, Khamis (Cuti Tahun Baru 2015) dan 3hb Jan 2015, Sabtu (Cuti Maulidur Rasul).

Sekian, harap maklum.




Jumaat, 26 Disember 2014

Rayuan permohonan ke S.A.M Batu 10 Cheras (SAM10)

Sila dapatkan borang rayuan di  Pejabat Agama Bah. Pendidikan JAIS Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.
Tarikh rayuan dibuka pada 30/12/2014 - 16/1/2015.
Sertakan dokumen berikut yang telah disahkan.
- borang rayuan (2 salinan),
- 1 salinan keputusan Upsr, Psra,
- 1 salinan sijil kelahiran,
- 1 salinan kad pengenalan ibu bapa,
- 1 sampul surat putih beralamat sendiri (saiz 4.5' x 9.5') serta setem 80 sen

Selasa, 16 Disember 2014

Retreat Guru dan Staf: Operasi Pejabat Sekolah ditutup


Bermula 17hb hingga 20hb Disember 2014 (Rabu hingga Sabtu), operasi pejabat sekolah (Bahagian Akademik, Kewangan, Yuran) SERI SEMI ABIM Sg Ramal akan ditutup kerana guru-guru dan staf-staf akan mengikuti Retreat 2015 di Bagan Lalang. Segala kesulitan amat dikesali.

Walaubagaimanapun Kedai Kita (Kedai sekolah SERI SEMI) akan dibuka seperti biasa.

Pejabat sekolah akan dibuka semula pada 22hb Disember 2014 (Isnin). Untuk maklumat ibu bapa dan penjaga, bermula 22hb hingga 24hb Disember 2014 (Isnin hingga Rabu) adalah Pendaftaran murid-murid Tahun 2 hingga 6 dan SEMI untuk sesi 2015. Kaunter pendaftaran akan dibuka pada pukul 8.30 pagi hingga pukul 1 petang di kelas-kelas yang akan ditentukan.