Isnin, 6 Januari 2014

Senarai Guru Kelas 2014


 

               1 AB        Pn Noor Mafuzah bt Nordin / Pn Noriah bt Mohd Yusoff
1 OM       Pn Nor ‘Awaathif bt Mohd Ghazali Lee / Cik Nurul Syuhada
1 UTH     Pn Norhasmira bt Kamaruzaman / Pn Nur Amalina bt Suhaimi
1 ALI       Pn Fauziah bt Ismail  / Pn Suzyana bt Hasim
1 HAM     Pn Siti Zamrinah bt Mahmud / Cik Nor Mazalina bt Kasrijal
2 AB        Pn Ani Azira bt Sa’aid @ Abd Karim
2 OM       Pn Zarina bt Ahmad
2 UTH     Pn Mashitah bt Che Mansor
2 ALI       Pn Azida bt Azmin
2 HAM     Cik Siti Halijah bt Musa
3 AB        Pn Hazurah bt Basiran
3 OM       Pn Nurazimah bt Jusoh
3 UTH     Pn Zuraida bt Ahmad
3 ALI       Pn Khatijah bt Abdul Rahman
3 HAM     Pn Nor Akmariah bt Abdullah
4 AB        Pn Nornairiah bt Adman
4 OM       Ust Mohd Suhaizie b Mohd Ismail
4 UTH     Pn Hamidah bt Jamian @ Zaminan
4 ALI       Pn Ros Haneyati bt Mohd Hanepah
4 HAM     Ust Nur Nashriq b Nasir
5 HAM     Pn Che Azizah bt Che Ismail
5 AB        Cik Zamiah bt Ismail
5 OM       Cik Bisyarani bt Othman
5 UTH     Pn Jamilah bt Abdul Rahim
5 ALI       Pn A.S Radziah bt Abdul Rahman
6 AB        Pn Norhasmiha bt Ghani
6 OM       Pn Wan Zaripah bt Wan Deraman
6 UTH     Pn Norazizan bt Nur Halim
6 ALI       Pn Zohriah bt Sueet
6 HAM     Pn Hjh Faezah bt Ismail

PENYELARAS :     Tahun 6        :  Pn Zohriah bt Sueet
                             Tahun 5        :  Pn As Radziah bt Abd Rahman
                             Tahun 4        :  En Mohd Suhaizie b Mohd Ismail
                             Tahun 3        :  Pn Hazurah bt Basiran
                             Tahun 2        :  Pn Mashitah bt Che Mansor
                             Tahun 1        :  Pn Ros Bainee bt Isa
                             PSS             :  Pn Ramlah bt Husain
                             B. Media       :  Pn Hamidah bt Jamian
                             B. Rawatan   :  Pn Zarina bt Ahmad

Rabu, 1 Januari 2014

Takwim 2014



Sila download Takwim 2014

Pamplet Dana Bangunan Sekolah



Sabtu, 28 Disember 2013

Pelbagai ragam murid-murid mewarnai Hari Suaikenal Tahun 1


Hari Suaikenal Tahun 1 telah diadakan pada 27hb Disember 2013 ( Jumaat) yang lalu.. Ibu bapa dan murid-murid tiba di sekolah seawal pukul 7.15 pagi. Pada tahun 2014, seramai 180 murid tahun 1 akan bersekolah di SERI ABIM Sungai Ramal. Mereka akan ditempatkan di 5 buah kelas (36 orang dalam 1 kelas).

Selepas pendaftaran, ibu bapa membawa anak masing-masing ke kelas. Pelbagai ragam murid-murid dapat disaksikan, ada yang sedih, ada yang gembira.

Program di dalam kelas  bermula dengan sesi ta'aruf guru kelas Tahun 1 dan murid-murid. Murid-murid dikehendaki memperkenalkan nama, tempat tinggal, hobi dan cita-cita masing-masing di hadapan kelas.


Sementara itu, ibu bapa menghadiri taklimat di surau. Taklimat telah disampaikan oleh KPP YTP, Tuan Haji Mahyuddin Shaari dan Guru Besar SERI, Puan Tengku Noor Ketina.


Antara aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan oleh murid-murid Tahun 1 ialah mereka diperkenalkan dengan tempat-tempat di kawasan sekolah (Pusat sumber, Surau, dataran perhimpunan, Bilik Guru, tandas), lagu-lagu sekolah, aktiviti origami 'Rumah' dan aktiviti psikomotor (menulis, mengira, mewarna).



Semoga selepas program ini, murid-murid dapat membiasakan diri dengan persekitaran sekolah dan dapat datang ke sekolah pada 2hb Jan 2014 dengan ceria dan bersemangat.

Program berakhir pada pukul 12,30 tengahari.

Khamis, 26 Disember 2013

Kursus peningkatan Profesionalisme guru bersama Pelajar Sarjana Pentadbiran Pendidikan UKM.



Pada hari ini berakhirnya Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru yang diadakan selama 2 hari iaitu pada 20hb Dis dan 26hb Disember 2013.

Kursus anjuran bersama pelajar-pelajar Sarjana Pentadbiran Pendidikan UKM bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru SERI dan SEMI tentang perkara-perkara yang menjadi  keperluan utama dalam merealisasikan  aktiviti harian sebagai seorang pendidik.

Antara topik-topik yang disampaikan ialah,
  • Pengurusan Aset
  • Pendekatan PDP
  • Pengurusan Fail Panitia
  • Protokol
  • Penerapan Nilai
  • Pengawalan kelas
  • Pengurusan Ko-Kurikulum
  • ICT (Powerpoint & Movie Maker)
  •  Kemahiran Komunikasi
  • NKRA LINUS & PLC - Lesson Plan
  • Tatacara Saringan LINUS
  • Pendekatan PDP - Didik Hibur
  • Protokol - Majlis Rasmi Sekolah
  • Pendekatan PDP - Program I-Think
  • Ketrampilan guru.
Sekolah mengucapkan terima kasih kepada 21 orang pelajar Sarjana Pentadbiran Pendidikan yang diselia oleh Prof. Madya Dr. Mohd Izham b. Hj. Mohd  Hamzah kerana menganjurkan kursus yang amat berfaedah ini.

Berikut gambar-gambar menarik yang sempat dirakam.

Guru-guru fokus dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah.
Guru-guru sedang menjalankan aktiviti semasa kursus.

Salah seorang penceramah sedang menyampaikan ceramah tentang ketrampilan guru.


Berikut videoklip yang sempat disediakan.

Retreat: Perubahan sikap melalui hipnosis



Pada 23hb hingga 24hb Disember 2013 yang lalu, sekolah SERI dan SEMI telah mengadakan Retreat Guru dan Staf di Bilik Syura, KDH. Pengisian retreat kali ini ialah aplikasi Aurashifa dalam pembangunan insan. Pengisian telah disampaikan oleh Ustaz  Ab. Razak Aripin. Antara pengisiannya ialah 
  • Manusia sebaik-baik kejadian
  • Memahami konsep AMP (Alpha Mind Programming)
  • Aplikasi AMP dalam pendidikan dan Pengurusan
Guru-guru dan staf-staf telah didedahkan kepada cara untuk merubah sikap, sistem nilai dan kepercayaan melalui hipnosis. Proses hipnosis ialah suatu proses mengubah keadaan normal state (sedar) ke keadaan hypnosis (di bawah sedar).

Apabila minda di bawah sedar, seseorang itu akan disaranankan dengan sikap, sistem dan nilai positif. Guru-guru juga didedahkan cara untuk mengaplikasikan hipnosis untuk mengubah sikap dan nilai murid-murid.

Sebelum seseorang itu dihipnosis, seseorang perlu mengenalpasti kecenderungan sama ada visual, audio atau kinestatik.

Selain daripada slot AMP, pengisian lain di dalam retreat kali ini ialah pengisian oleh Prof Dr. Datuk Redzuan Othman yang berbicara tentang "Muhammad Al-Fateh", pengisian Datuk Dr. Ust. Siddiq Fadzil yang mengupas tentang "Membina Diri dan Generasi Berkualiti dan Puan Fadhlina Siddiq yang berkongsi pengalaman tentang pendidikan Sekolah Islam di Australia.


Prof Dr. Datuk Redzuan Othman yang berbicara tentang "Muhammad Al-Fateh"


Puan Fadhlina Siddiq sedang berkongsi pengalaman tentang pendidikan Sekolah Islam di Australia.

Bergambar kenangan selepas selesai retreat.

Sabtu, 21 Disember 2013

SUMAYYAH BT DR HJ MOHD NA’IM, TOKOH PELAJAR (PEREMPUAN) TAHUN 6



Pada Majlis Graduasi SERI / SEMI kali ke-5 yang diadakan pada 16hb November 2013 di Auditorium Abu Zarim, ILSAS, adik Sumayyah Bt Mohd Naim telah menerima Anugerah Tokoh Pelajar (Perempuan) Tahun 6.

Beliau mendapat 5A di dalam UPSR dan Mumtaz di dalam PSRA dengan kelulusan 98.6%. 

Beliau menjawat jawatan sebagai Penolong Ketua Pengawas Sekolah 2013 serta aktif di dalam sukan badminton, Choral Speaking, Tilawah & Hafazan, Sajak dan nasyid. Akhir sekali, beliau bercita-cita menjadi seorang doktor.


Retreat Guru dan Staf 2014


Guru-guru SERI dan SEMI serta staf akan mengikuti Retreat 2014 bermula 23hb hingga 24hb Disember 2013 bertempat di Dewan KDH.

Program bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 11.00 malam pada hari pertama dan pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari kedua..

Berikut tentatif program tersebut.


23 Disember 2013 (Isnin)
Masa Tentatif
7.30 pagi Pendaftaran dan sarapan pagi
8.15 pagi Taklimat
9.00 pagi Slot 1 : Pemecah Bendungan
10.30 - 11.00 pagi Minum pagi
11.00 - 12.30 tgh Slot 2 : Pembentukan Jiwa Gerakan  
12.30tgh - 1.30 ptg Makan Tengahari Dan Solat  Zohor
1.30 - 4.00 ptg Slot 3 : Kuasai Minda Anda
4.00 - 5.00 ptg Minum Petang & Solat Asar
5.00 - 6.30 ptg Slot 4 :  Latihan 1 - Aplikasi AMP Untuk Guru
6.30 - 9.00 mlm Makan Malam & Solat Maghrib
  Kuliah Maghrib
9.00 - 11.00 mlm Slot 5 : Latihan 2 - Aplikasi AMP Untuk Murid
11.00 mlm Minum Malam & Bersurai   


24 Disember 2013 (Selasa)
Masa Tentatif
7.30 pagi Sarapan Pagi
8.15 - 10.30 pagi Slot 6 : Membina Diri Dan Generasi Berkualiti
10.30 - 11.00 pagi Minum pagi
11.00 - 12.30 tgh Slot 7 : Latihan 3 - Aplikasi AMP Untuk Pengurusan
12.30tgh - 1.30 ptg Makan Tengahari Dan Solat  Zohor
1.30 - 4.00 ptg Slot 8 : Muhasabah Dan Resolusi
4.00 - 4.30 ptg  Sesi Bergambar
4.30 ptg Minum Petang & Bersurai


PMR 2013: Muhammad Omar Farouk B Muhadzir, pelajar cemerlang 9A. Tahniah

Majlis penyampaian slip keputusan PMR telah diadakan di kelas Tingkatan 1 dan disampaikan oleh GPK SEMI, Ustaz Nazzil Saifuddin pada hari Khamis yang lalu.


Pelajar, Muhammad Omar Farouk B Muhadzir telah mendapat keputusan cemerlang dengan memperolehi 9A. Tahniah. Manakala GPS (Gred Purata Sekolah) ialah 2.19. Untuk rekod, seramai 36 orang pelajar SEMI yang menduduki PMR 2013.

Mereka menduduki peperiksaan untuk 9 mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Geografi, Sejarah Kemahiran Hidup Pilihan 4, Pendidikan Islam dan Sains  . 
 
Berikut analisa PMR 2013.


Berikut analisa pelajar yang mendapat gred A.




Berikut graf analisa PMR 2013.



PENGUMUMAN: PENUTUPAN PEJABAT SEKOLAH DAN PEJABAT KEWANGAN PADA 23-24 DIS 2013 (ISNIN - SELASA)


Dimaklumkan bahawa Pejabat Sekolah dan Pejabat Kewangan akan ditutup pada 23-24hb Disember (Isnin - Selasa) kerana sekolah mengadakan retreat guru dan staf pada hari tersebut.

Walau bagaimanapun, urusan pembayaran yuran boleh dilakukan secara bank-in online. Pejabat Sekolah dan Pejabat Kewangan akan dibuka semula pada 26hb Disember (Khamis).

Segala kesulitan amat kami dikesali.

Harap maklum.