Khamis, 26 Disember 2013

Retreat: Perubahan sikap melalui hipnosis



Pada 23hb hingga 24hb Disember 2013 yang lalu, sekolah SERI dan SEMI telah mengadakan Retreat Guru dan Staf di Bilik Syura, KDH. Pengisian retreat kali ini ialah aplikasi Aurashifa dalam pembangunan insan. Pengisian telah disampaikan oleh Ustaz  Ab. Razak Aripin. Antara pengisiannya ialah 
  • Manusia sebaik-baik kejadian
  • Memahami konsep AMP (Alpha Mind Programming)
  • Aplikasi AMP dalam pendidikan dan Pengurusan
Guru-guru dan staf-staf telah didedahkan kepada cara untuk merubah sikap, sistem nilai dan kepercayaan melalui hipnosis. Proses hipnosis ialah suatu proses mengubah keadaan normal state (sedar) ke keadaan hypnosis (di bawah sedar).

Apabila minda di bawah sedar, seseorang itu akan disaranankan dengan sikap, sistem dan nilai positif. Guru-guru juga didedahkan cara untuk mengaplikasikan hipnosis untuk mengubah sikap dan nilai murid-murid.

Sebelum seseorang itu dihipnosis, seseorang perlu mengenalpasti kecenderungan sama ada visual, audio atau kinestatik.

Selain daripada slot AMP, pengisian lain di dalam retreat kali ini ialah pengisian oleh Prof Dr. Datuk Redzuan Othman yang berbicara tentang "Muhammad Al-Fateh", pengisian Datuk Dr. Ust. Siddiq Fadzil yang mengupas tentang "Membina Diri dan Generasi Berkualiti dan Puan Fadhlina Siddiq yang berkongsi pengalaman tentang pendidikan Sekolah Islam di Australia.


Prof Dr. Datuk Redzuan Othman yang berbicara tentang "Muhammad Al-Fateh"


Puan Fadhlina Siddiq sedang berkongsi pengalaman tentang pendidikan Sekolah Islam di Australia.

Bergambar kenangan selepas selesai retreat.

0 comments:

Catat Ulasan