Memaparkan catatan dengan label retreat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label retreat. Papar semua catatan

Khamis, 26 Disember 2013

Kursus peningkatan Profesionalisme guru bersama Pelajar Sarjana Pentadbiran Pendidikan UKM.



Pada hari ini berakhirnya Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru yang diadakan selama 2 hari iaitu pada 20hb Dis dan 26hb Disember 2013.

Kursus anjuran bersama pelajar-pelajar Sarjana Pentadbiran Pendidikan UKM bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru SERI dan SEMI tentang perkara-perkara yang menjadi  keperluan utama dalam merealisasikan  aktiviti harian sebagai seorang pendidik.

Antara topik-topik yang disampaikan ialah,
  • Pengurusan Aset
  • Pendekatan PDP
  • Pengurusan Fail Panitia
  • Protokol
  • Penerapan Nilai
  • Pengawalan kelas
  • Pengurusan Ko-Kurikulum
  • ICT (Powerpoint & Movie Maker)
  •  Kemahiran Komunikasi
  • NKRA LINUS & PLC - Lesson Plan
  • Tatacara Saringan LINUS
  • Pendekatan PDP - Didik Hibur
  • Protokol - Majlis Rasmi Sekolah
  • Pendekatan PDP - Program I-Think
  • Ketrampilan guru.
Sekolah mengucapkan terima kasih kepada 21 orang pelajar Sarjana Pentadbiran Pendidikan yang diselia oleh Prof. Madya Dr. Mohd Izham b. Hj. Mohd  Hamzah kerana menganjurkan kursus yang amat berfaedah ini.

Berikut gambar-gambar menarik yang sempat dirakam.

Guru-guru fokus dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah.
Guru-guru sedang menjalankan aktiviti semasa kursus.

Salah seorang penceramah sedang menyampaikan ceramah tentang ketrampilan guru.


Berikut videoklip yang sempat disediakan.

Sabtu, 21 Disember 2013

Retreat Guru dan Staf 2014


Guru-guru SERI dan SEMI serta staf akan mengikuti Retreat 2014 bermula 23hb hingga 24hb Disember 2013 bertempat di Dewan KDH.

Program bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 11.00 malam pada hari pertama dan pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari kedua..

Berikut tentatif program tersebut.


23 Disember 2013 (Isnin)
Masa Tentatif
7.30 pagi Pendaftaran dan sarapan pagi
8.15 pagi Taklimat
9.00 pagi Slot 1 : Pemecah Bendungan
10.30 - 11.00 pagi Minum pagi
11.00 - 12.30 tgh Slot 2 : Pembentukan Jiwa Gerakan  
12.30tgh - 1.30 ptg Makan Tengahari Dan Solat  Zohor
1.30 - 4.00 ptg Slot 3 : Kuasai Minda Anda
4.00 - 5.00 ptg Minum Petang & Solat Asar
5.00 - 6.30 ptg Slot 4 :  Latihan 1 - Aplikasi AMP Untuk Guru
6.30 - 9.00 mlm Makan Malam & Solat Maghrib
  Kuliah Maghrib
9.00 - 11.00 mlm Slot 5 : Latihan 2 - Aplikasi AMP Untuk Murid
11.00 mlm Minum Malam & Bersurai   


24 Disember 2013 (Selasa)
Masa Tentatif
7.30 pagi Sarapan Pagi
8.15 - 10.30 pagi Slot 6 : Membina Diri Dan Generasi Berkualiti
10.30 - 11.00 pagi Minum pagi
11.00 - 12.30 tgh Slot 7 : Latihan 3 - Aplikasi AMP Untuk Pengurusan
12.30tgh - 1.30 ptg Makan Tengahari Dan Solat  Zohor
1.30 - 4.00 ptg Slot 8 : Muhasabah Dan Resolusi
4.00 - 4.30 ptg  Sesi Bergambar
4.30 ptg Minum Petang & Bersurai