Isnin, 17 Februari 2014

Murid-murid ceria melukis kartun Opak dan Ipit.


Program "Mari Belajar Asas Melukis Kartun bersama Kartunis Majalah Opak dan Ipit" yang mengisi slot "School of Talents" Jumaat yang lalu telah menarik minat lebih kurang 30 orang murid SERI. Beberapa orang kartunis bersama staf-staf majalah Opak dan Ipit telah menunjukkan cara melukis kartun Opak dan Ipit.

Selepas selesai melukis kartun Opak dan Ipit, dua orang kartunis Opak dan Ipit telah memilih bebarapa lukisan Opak dan Ipit yang terbaik. Murid-murid yang melukis kartun yang terbaik telah menerima cenderahati daripada Majalah Opak dan Ipit.

Akhir sekali, murid-murid berkesempatan membeli majalah Opak dan Ipit edisi terdahulu dengan harga RM1.00. Semoga murid-murid yang mengikuti program ini telah mencungkil bakat mereka dalam melukis kartun.

Sepanjang progam ini berlangsung, Puan Guru Besar bersama 2 orang guru bertugas iaitu Cikgu Hazurah dan Cikgu Juhaini telah mengawasi program ini.

Berikut beberapa gambar yang menarik yang sempat dirakam oleh lensa sekolah.

Sesi melukis Ipit

Kartunis Majalah Opak dan Ipit menunjukkan cara melukis kartun dengan betul .


Murid-murid tekun melukis kartun.








Sesi melukis Opak pula.

Kartunis sedang memilih hasil-hasil kartun yang dilukis oleh murid-murid.





Seorang murid menerima hadiah untuk hasil lukisan kartun terbaik.






Tempat pertama kategori Ipit.

Tempat kedua kategori Ipit.

Tempat ketiga kategori Ipit.

Tempat ketiga kategori Opak

Tempat kedua kategori Opak

Tempat pertama kategori Opak





Khamis, 13 Februari 2014

Mesyuarat Agung BAKA dan Pemilihan AJK BAKA 8hb Mac 2014




Badan Keluarga Ibu Bapa dan Guru (BAKA) SERI / SEMI ABIM Sungai Ramal akan mengadakan Mesyuarat Agung BAKA dan Pemilihan AJK BAKA seperti maklumat berikut

Tarikh: 8hb Mac 2014 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 1.30 petang
Tempat: Dewan Kolej Dar Hikmah

Berikut salinan notis yang telah diserahkan kepada anak-anak hari ini.




Isnin, 10 Februari 2014

Gotong-royong Perdana: Muafakat untuk lebih bersih dan ceria.

Pada 8hb Februari yang lalu, SERI telah mengadakan Gotong-royong Perdana bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Selain membersihkan dan menceriakan kelas, aktiviti gotong-royong melibatkan aktiviti membersihkan longkang surau, stor sukan, makmal sains, menghias papan kenyataan dan lain-lain lagi.

Sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru dan murid-murid yang bekerjasama membersihkan dan menceriakan sekolah.

Berikut beberapa gambar yang sempat dirakamkan sepanjang Gotong-royong Perdana tersebut.


Multitasking, seorang ibu  yang sedang mendokong anak membantu suami membalut meja.


5 S: Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

Seorang bapa palajar sedang membersihkan longkang surau.

 Kaum Adam membersihkan kipas dan kaum Hawa memasang langsir

Anak-anak juga tidak ketinggalan menceriakan kelas masing-masing.

Gotong-royong menerapkan nilai kerjasama di kalangan murid-murid.

Setelah penat bergotong-royong, berhenti seketika minum kopi susu.

Kerja empat tangan buat tugas lebih bermakna

Anak-anak memarhatikan ibu mereka sedang menghias kelas.

Murid Tahun 5 sedang bertungkus lumus membersihkan lantai kelas.

Pengalaman pertama mengecat dinding.

Berbincang bersama untuk solusi yang terbaik.

Mengaplikasikan kreativiti murid-murid untuk menceriakan kelas.

Seorang murid Tahun 6 sedang memerhati guru kelas membalut meja.

Seorang ayah sedang mengecat Pondok Ilmu.

Giliran anak pula menunjukkan bakat mengecat.

Detik-detik bangunan PSS diruntuhkan.

Bangunan yang menempatkan Pusat Sumber Sekolah telah mula diruntuhkan pada 7hb Februari 2014 (Jumaat) yang lalu. Kerja-kerja meruntuhkan PSS dimulakan dengan menanggalkan bumbung PSS yang mengambil masa sehingga petang.

Pada keesokan harinya, sebuah jentolak telah meruntuhkan struktur dinding PSS yang ringgal. Kerja meruntuhkan PSS telah mencuri perhatian ibu bapa, murid-murid dan guru-guru yang sedang bergotong-royong membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah. Bekas tapak PSS tersebut akan dibina  bangunan sekolah empat tingkat yang baru.

Berikut gambar detik-detik bangunan PSS yang sedang dirobohkan.

Pekerja sedang menanggalkan struktur bumbung PSS

Sisa bumbung dimasukkan ke dalam bekas khas sebelum dibawa keluar oleh  lori ke tempat pembuangan.

Jentolak bersedia untuk menjalankan misinya, meruntuhkan PSS.

Binaan tayar tewas 'dikerjakan' oleh jentolak.
Detik-detik  PSS selepas dirobohkan

Sebahagian dinding PSS telah roboh.

Sedikit demi sedikit PSS mula menyembah bumi.


Isnin, 3 Februari 2014

Senarai Guru Pembimbing Ihtifal 2014



 Pertandingan Guru Pembimbing
Syarahan Bahasa Melayu
Cikgu Fauziah Ismail
Syarahan Bahasa Inggeris
Cikgu Bisyarani Othman
Syarahan Bahasa Arab
Ustazah Nor Asma Mustapa
Ustazah Siti Zabedah Ralib
Choral SpeakingCikgu Mariani Hj. Anas
Cikgu Hawariah Hj. Mahbar
HafazanCikgu Zamiah Ismail
SajakCikgu Wanisa Bt. Roslee
ImlakUstazah Norizan Basir
KhatUstaz Zamri Abd. Kadir
Tulisan JawiCikgu Suzyana Hasim
BerceritaCikgu Hawariah Hj. Mahbar
TilawahUstazah Faezah Ismail
KuizCikgu Mohd Syakir B. Md Yusof
Cikgu Norazizan Nurhalim
Ustazah Azian Seman
Azan dan KhutbahUstaz Mohd Suhaizie Ismail
Makna dalam solatUstazah A.S. Radziah Abd Rahman
MewarnaCikgu Norasiah Yusof
Melukis dan mewarnaCukgu Nornairiah Adman
NasyidCikgu Nurul Syuhada Abd Hamid
Cikgu Nur Azimah Jusoh

Murid-murid yang mempunyai bakat dan ingin mewakili sekolah di dalam Ihtifal Kebangsaan 2014 yang akan dijalankan di Negeri Kelantan boleh menghubungi guru-guru di atas untuk sesi uji bakat.

Pengumuman: Program Gotong-royong Sabtu ini!

SERI ABIM Sungai Ramal akan mengadakan Program Gotong-royong menceriakan kelas dan kawasan sekolah seperti maklumat berikut:

Tarikh: 8hb Februari 2014
Masa: 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat: kelas dan kawasan sekolah.

Di bawah adalah surat, tentatif dan jawapan sumbangan Program Gotong-royong. Semoga ibu bapa dan penjaga dapat menghadirkan diri ke program ini.

Klik untuk paparan lebih besar.

Klik untuk paparan lebih besar.

Pengumuman: Program Gotong-royong Sabtu ini!

SERI ABIM Sungai Ramal akan mengadakan Program Gotong-royong menceriakan kelas dan kawasan sekolah seperti maklumat berikut:

Tarikh: 8hb Februari 2014
Masa: 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat: kelas dan kawasan sekolah.

Di bawah adalah surat, tentatif dan jawapan sumbangan Program Gotong-royong. Semoga ibu bapa dan penjaga dapat menghadirkan diri ke program ini.

Klik untuk paparan lebih besar.

Klik untuk paparan lebih besar.