Pada 8hb Februari yang lalu, SERI telah mengadakan Gotong-royong Perdana bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
Selain membersihkan dan menceriakan kelas, aktiviti gotong-royong melibatkan aktiviti membersihkan longkang surau, stor sukan, makmal sains, menghias papan kenyataan dan lain-lain lagi.
Sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru dan murid-murid yang bekerjasama membersihkan dan menceriakan sekolah.
Berikut beberapa gambar yang sempat dirakamkan sepanjang Gotong-royong Perdana tersebut.
 |
| Multitasking, seorang ibu yang sedang mendokong anak membantu suami membalut meja. |
 |
| 5 S: Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. |
 |
| Seorang bapa palajar sedang membersihkan longkang surau. |
 |
| Kaum Adam membersihkan kipas dan kaum Hawa memasang langsir |
 |
| Anak-anak juga tidak ketinggalan menceriakan kelas masing-masing. |
 |
| Gotong-royong menerapkan nilai kerjasama di kalangan murid-murid. |
 |
| Setelah penat bergotong-royong, berhenti seketika minum kopi susu. |
 |
| Kerja empat tangan buat tugas lebih bermakna |
 |
| Anak-anak memarhatikan ibu mereka sedang menghias kelas. |
 |
| Murid Tahun 5 sedang bertungkus lumus membersihkan lantai kelas. |
 |
| Pengalaman pertama mengecat dinding. |
 |
| Berbincang bersama untuk solusi yang terbaik. |
 |
| Mengaplikasikan kreativiti murid-murid untuk menceriakan kelas. |
 |
| Seorang murid Tahun 6 sedang memerhati guru kelas membalut meja. |
 |
| Seorang ayah sedang mengecat Pondok Ilmu. |
 |
| Giliran anak pula menunjukkan bakat mengecat. |
0 comments:
Catat Ulasan