Memaparkan catatan dengan label Am. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Am. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Februari 2014

Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan 10 tahun dan 20 tahun


Seramai 4 orang guru menerima anugerah Jaizah Takrim (Perkhidmatan 10 Tahun) dan 2 orang guru menerima anugerah Jaizah Tasyrif ( Perkhidmat 20 Tahun ) di Multaqa Petugas Jemaah dan Agensi  WADAH / ABIM / PKPIM 2014 yang diadakan di Dewan Toh Puan Norashikin, Kompleks Darul Puteri, KL pagi ini.

Berikut nama guru yang menerima anugerah.

Jaizah Takrim (Perkhidmatan 10 Tahun)
  •  Cikgu Wan Zaripah Wan Deraman
  • Cikgu Nor Asiah Yusof
  • Cikgu Roshaneyati Mohd Hanepah
  • Ustazah Nazli Hanim Mohd Juhari

Jaizah Tasyrif ( Perkhidmatan 20 Tahun )
  •  Cikgu Zohriah Sueet
  • Ustazah Faezah Ismail
 Kami warga SERI / SEMI ABIM Sungai Ramal mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang setia berkhidmat mengajar anak-anak SERI / SEMI ABIM Sungai Ramal.

Isnin, 10 Februari 2014

Detik-detik bangunan PSS diruntuhkan.

Bangunan yang menempatkan Pusat Sumber Sekolah telah mula diruntuhkan pada 7hb Februari 2014 (Jumaat) yang lalu. Kerja-kerja meruntuhkan PSS dimulakan dengan menanggalkan bumbung PSS yang mengambil masa sehingga petang.

Pada keesokan harinya, sebuah jentolak telah meruntuhkan struktur dinding PSS yang ringgal. Kerja meruntuhkan PSS telah mencuri perhatian ibu bapa, murid-murid dan guru-guru yang sedang bergotong-royong membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah. Bekas tapak PSS tersebut akan dibina  bangunan sekolah empat tingkat yang baru.

Berikut gambar detik-detik bangunan PSS yang sedang dirobohkan.

Pekerja sedang menanggalkan struktur bumbung PSS

Sisa bumbung dimasukkan ke dalam bekas khas sebelum dibawa keluar oleh  lori ke tempat pembuangan.

Jentolak bersedia untuk menjalankan misinya, meruntuhkan PSS.

Binaan tayar tewas 'dikerjakan' oleh jentolak.
Detik-detik  PSS selepas dirobohkan

Sebahagian dinding PSS telah roboh.

Sedikit demi sedikit PSS mula menyembah bumi.