Isnin, 30 April 2012

SERI Juara Keseluruhan Jambori Amal Islami MAPPIS 2012


SERI ABIM Sungai Ramal telah menjadi Juara Keseluruhan Jambori Amal Islami 2012 yang diadakan di Kampus Induk UNISEL pada 27hb hingga 29hb April 2012 yang lalu.

Jambori Amal Islami Peringkat Sekolah Rendah telah disertai oleh 1000 orang murid mewakili 25 buah Sekolah Agama Rakyat di Selangor. Hadiah keseluruhan telah disampaikan oleh Exco Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Selangor, Dr Halimah Ali.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Futsal (lelaki sahaja), Bola Jaring, Badminton (individu & beregu), Nasyid, Tilawah, Hafazan, Azan & Iqamah, Muhawwarah, Sajak, Bercerita (BI), dan Pidato. Alhamdulillah SERI ABIM Sg Ramal telah berjaya memenangi acara-acara berikut:

Sajak perempuan; Johan
Nurul Farhana Bt Saifuddin.
Nasyid perempuan; Naib Johan
 Nurul Farhana Imran Bt Harpajan, Syahira Aina Bt Rosdi, Azleen Arisya Bt Rosli, Nur Siti Balqis Bt Mohd Zaki, Siti Aisyah Bt Samian, Ainur Syuhada Bt. Mohd Farid, Nik Nur Husna Safiah, Bt Che Mohd Yani, Zailatul Athirah Bt Zailan, Nurul Hannah Bt Zulkifli dan Nur Hazirah Bt Mohd Hanim

Pidato lelaki; Naib Johan
Raja A'taillah B. Abdullah.
Tilawah lelaki; Naib Johan
Ulya B. Adza

Bercerita (BI) lelaki; Naib Johan
Isyraf B. Hassan Hamdani.

Hafazan perempuan; ketiga
Siti Nurnasyitah Bt. Hafidzan

Badminton Beregu lelaki; Naib Juara
Amirul Afiq B. Romlan, Anas B. Mohamad Fauzi

Bola Jaring; Naib Juara
Nur Syasya Bt Shahril, Nurul Farhana Bt Imran Harpajan, Siti Noraini Bt Mohd Hakim, Nur Diyana Bt Mohd Ali Hanafiah, Azleen Arisya Bt Rosli, Nur Iffah Bt Ahmad, Nur Hazirah Bt Mohd Hanim, Nurul Hannah Bt Zulkifli 

Badminton Individu perempuan; keempat
Nurul Ain Kamaliah Bt Ahmad Azmi
Badminton Beregu perempuan; keempat
Ainun Sara Bt Nasri, Fatin Maisarah Bt Abd Rahman

Tahniah kepada kontinjen SERI ABIM Sg Ramal dan sekalung penghargaan kepada seluruh warga sekolah juga kepada ibu bapa yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung. Dengan izin Allah swt, doa, sokongan dan kerjasama semua pihak adalah antara asbab kejayaan ini mampu dibawa pulang. Takbir! Allahu Akbar!!



0 comments:

Catat Ulasan