Isnin, 23 April 2012

Gandingan Mantap Juara 4x100m

berbaju-t hijau; gandingan mantap
dari kiri: Ulya, Haris, Hafiz & Farid


SETAPAK: SERI ABIM Sg Ramal telah menerima jemputan bagi acara 4x100 meter Sukan Tahunan SERI Al-Huda pada 22 April 2012 (ahad) yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Melati, Setapak. Sekolah telah menghantar tiga orang peserta Tahun 6 iaitu Ulya bin Adhar, Abdullah Haris bin Azis dan Muhammad Hafiz bin Noor Azman serta Muhammad Farid Wajdi bin Rushdi, pelajar Tahun 5.

Gandingan pelajar-pelajar ini telah menjuarai acara tersebut setelah mengalahkan tiga buah Sekolah Rendah Islam yang lain; Sekolah Al-Amin Kuala Lumpur (tempat ke-2), SERI Al-Huda Gombak (tempat ke-3) dan Sekolah ADNI (tempat ke-4) dengan catatan masa 1 minit.

Pihak sekolah mengucapkan JazakAllahu Khairan Kathira di atas jemputan daripada SERI Al-Huda. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah kepada wakil sekolah di atas kejayaan tersebut. Semoga kejayaan ini akan membakar semangat pelajar-pelajar lain serta menjadi inspirasi warga SERI ABIM Sg Ramal.

0 comments:

Catat Ulasan