Rabu, 25 April 2012

Jambori Amal Islami 2012: Bola Jaring Naib Juara.

UNISEL: SEMI ABIM Sungai Ramal telah menghantar pasukan seramai 42 orang pelajar dan 7 orang guru ke Jambori Amal Islami 2012 pada 20 - 22hb April 2012. Mereka berkampung di Kampus Induk UNISEL, Bestari Jaya, Selangor selama 3 hari 2 malam.

JAMBORI AMAL ISLAMI 2012 (kategori sekolah menengah) adalah anjuran Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS) dan Univerisiti Selangor dengan kerjasama Majlis Perwakilan Nuqaba' (MPN). Ia merupakan program pertandingan amal islami dan sukan yang melibatkan Sekolah Agama Rakyat yang bernaung di bawah NGO, MAPPIS.

SEMI ABIM Sungai Ramal telah menyertai semua pertandingan yang dianjurkan iaitu pertandingan nasyid, pidato, tilawah, khutbah, hafazan, bola sepak 9 sebelah, ping pong, badminton, takraw dan bola jaring. Pada hari terakhir jambori, SEMI ABIM Sungai Ramal telah mendapat naib juara untuk pertandingan bola jaring.

0 comments:

Catat Ulasan