Memaparkan catatan dengan label Ytp. Papar semua catatan

Ahad, 27 September 2015

Penangguhan SPRA akibat jerebu.

Kenyataan rasmi daripada YTP:

Assalamualaikum wbt...  setelah perbincangan bersama KPP YTP  tentang kegawatan cuaca jerebu...maka diputuskan pada hari esok Isnin 28 Sept 2015, sekolah di negeri Selangor, Wilayah, Negeri Sembilan dan Sarawak ditutup. Bagaimanapun guru-guru dan staf datang bertugas seperti biasa. 

Sekolah akan dibuka semula pada 29 Sept. sekiranya cuaca dan bacaan jerebu tidak di tahap bahaya.  Maka peperiksaan SPRA Tahun 5 akan bermula pada 29 Sept hingga 1 Okt 2015 ( Selasa-Khamis) seluruh Malaysia. 

Pelajar-pelajar diminta memakai 'mask' ke sekolah. Sekian. Harap maklum.

Daripada:   Nur Jannah Keman, Bhg. Pengurusan Sek dan Akademik, YTP.

Nota admin: pengumuman tentang peperiksaan PSRA (JAIS) tahun 6 akan dimaklumkan kemudian setelah pihak sekolah menerima pekeliling daripada JAIS.

Jumaat, 21 Ogos 2015

Bengkel pemantapan KBAT 1.0

Guru-guru Seri / Semi ABIM Sg Ramal telah mengikuti Bengkel Pemantapan KBAT pada pukul 2.30 petang di kelas Tingkatan 2 Ibnu Khaldun. Bengkel telah disampaikan oleh Tuan Hj. Mohamad B. Abu Daud.
Guru-guru telah didedahkan kepada peta pemikiran (i-Think) seperti peta bulatan, buih, buih berganda dan pokok.
Kemudian mereka membuat latihan peta pemikiran secara berkumpulan membincangkan tajuk pelancongan di Malaysia.
Berikut gambar menarik yang sempat dirakamkan oleh lensa sekolah

Rabu, 15 Mei 2013

PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2013

Bismillahir Rahmannir Rahim
 
Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT, dengan taufiq dan ‘inayah-Allah kita dapat  meneruskan usaha mendidik dan mengasuh generasi muda muslim ke arah meninggikan martabat insan sebagai makhluk Allah yang bersyukur. Ucapan selawat dan salam ditujukan kepada Baginda  Nabi Muhammad SAW, dan ahli keluarga baginda, serta sahabat-sahabat baginda. Semoga mereka semua sentiasa dalam limpahan rahmat Allah SWT. 

Setiap menjelang 16 Mei kita menyambut dan merayakan Hari Guru. Hari ini guru-guru disambut dan dirai’kan dengan pelbagai acara dan program yang bertujuan untuk menghargai khidmat dan jasa para guru-guru yang kita sayangi. Kerana mereka telah mencurahkan tenaga dan usaha yang mulia kepada murid dan anak didik mereka. Yayasan Takmir Pendidikan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada guru-guru, para pendidik, kakitangan dan semua warga sekolah, yang telah dan sedang memberi khidmat kepada institusi pendidikan Jemaah; sama ada di sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Islam ABIM, dan juga di Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) serta kelas-kelas Tahfiz di seluruh negara.
Semua orang faham dan mengerti bahawa tanpa guru tiada sekolah, tiada pengajaran dan pembelajaran, tanpa guru ilmu tidak berkembang, tanpa guru yang mengajar dan mendidik manusia tidak terdidik dan mendapat ilmu. Sekiranya guru tidak menyebar dan menumpahkan ilmu, manusia tidak dapat mencipta budaya dan membina tamadun. Tugas dan tanggungjawab guru amat penting, kompleks dan mencabar. Justeru itu khidmat para guru hendaklah dihargai dan disanjungi.

Guru juga berperanan membina potensi manusia, Dr. Hassan Langgulung menegaskan, “Bahawa pendidikan sebagai pengembangan potensi, dapat diumpamakan seperti  pertumbuhan dan perkembangan bunga-bunga, di mana potensi-potensi tersembunyi yang ada pada benih, berkembang menjadi bunga yang matang dan mekar. Sebagai bandingannya, kanak-kanak itu adalah benih di mana terdapat potensi-potensi yang masih tersembunyi dan tidak nampak. Guru adalah tukang kebun yang menerusi kemesraan dan pemeliharaannya yang cermat, dapat  membuka rahsia potensi-potensi yang tersembunyi ini. Dan pendidikan adalah proses mengajar berkebun yang dengan itu kebolehan-kebolehan yang tidak nampak menjadi nampak, melalui pilihan dan penggunaan yang bijak terhadap baja yang sesuai.
Islam  memberi kedudukan yang tinggi kepada orang yang berilmu dan beriman, di mana mereka menggunakan ilmu dan kemahiran yang ada pada diri mereka untuk mendidik dan mengajar orang lain. 

Firman Allah:
"Nescaya Allah mengangkat (darjat) orang yang beriman di antara kamu  dan orang yang diberi ilmu beberapa darajat, dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (al Mujadalah: 11)
Ayat ini menjelaskan bahawa Allah Swt. mengangkat kedudukan orang yang beriman dan yang diberi ilmu pengetahuan kepada kedudukan yang istimewa. Kerana mereka mengamal dan menggunakan ilmu yang mereka miliki untuk menyebarkannya kepada orang lain. Sebuah hadith Rasulullah Saw. menjelaskan bahawa “Sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat”.

Banyak pihak merasa bimbang, bahawa ramai anak muda lepasan sekolah tidak menyedari bahawa gurulah yang mengajar dan membebaskan mereka dari belenggu kejahilan dan kebodohan, guru menyampaikan  kepada mereka ilmu dan kemahiran, guru yang memimpin dan mencetuskan minda mereka untuk  berkarya dan berfikir, guru membina adab dan membentuk akhlak, guru menunjukkan jalan yang benar dan selamat. Tegasnya guru sangat berjasa kepada pelajar, masyarakat dan negara.  
Sesungguhnya Hari Guru ini disambut dan dirayakan pada setiap tahun, adalah bertujuan untuk memperingati dan menghargai jasa guru-guru sebagai pendidik dan pengasuh anak bangsa. Sambutan ini diharapkan dapat memberi kesedaran serta meningkatkan keinsafan kepada anak didik, khususnya para pelajar-pelajar dan masyarakat seluruhnya. Dengan  pengertian dan kefahaman bahawa guru adalah tunjang utama dalam membangun tamadun dan budaya ummat. Sejarah membuktikan bahawa  kejayaan  dan kebesaran umat Islam zaman dahulu, adalah disebabkan mereka mengambil berat terhadap perkembangan ilmu dan menghargai khidmat para guru; yang terdiri daripada para ‘alim ulamak, ahli  fikir dan ilmuan dalam semua bidang ilmu pengetahuan.

Guru menekuni tugasnya dalam menyebarkan ilmu dan kefahaman, Guru menanam benih keimanan dan akhlak mulia, guru menerapkan nilai murni kepada murid-muridnya. Guru memindahkan budaya dan peradaban bangsa dari generasi ke generasi seterusnya. Sejarah telah menunjukkan bahawa sumbangan dan khidmat kaum guru dalam pendidikan, telah memberi impak yang sangat berharga dalam membina insan berilmu dan berpendidikan. Rasulullah Saw. ada bersabda: AL‘Ulama’ warasatul anbiya’  maksudnya ulama’ adalah waris para nabi-nabi r.a.  Maksud dari hadith ini, ialah bahawa ulama berperanan menyebarkan ilmu untuk menyelamatkan umat dari segala kesesatan dan kemungkaran. Para ulama’ telah melaksanakan amanah  ini dengan penuh tanggungjawab, dimana risalah para anbiya’ dapat disampaikan kepada umat dengan berkesan. Peranan menyebarkan ilmu ini juga dipikulkan kepada guru-guru, yang merupakan sebahagian daripada tugas ulama. Justeru, guru juga adalah seorang murabbi  dan muaddib, kerana mereka telah melaksanakan tugas dakwah dan tarbiyah demi untuk kebaikan dan kebahagiaan generasi pelajar di sekolah pada hari ini.
Semua Institusi Pendidikan ABIM memikul amanah melaksanakan Pendidikan Islam. Iaitu pendidikan yang berhasrat melahirkan insan soleh dan umat terpilih, yang disebut dalam al Quran sebagai khaira ummah, iaitu umat yang mengabadikan diri kepada Allah S.W.T. Matlamat pendidikan kita berbeda dari sistem pendidikan sekular. Justeru itu para guru Institusi Pendidikan ABIM diharapkan dapat menterjemah dan menerapkan makna dan hasrat Falsafah Pendidikan Al-Hikmah, bagi merealisasikan lahirnya generasi Ulul Al-Bab.

Dalam usaha menyebarkan ilmu, menanam nilai dan membentuk akhlak murid, terlalu banyak elemen yang boleh mengelirukan dan menyesatkan pelajar dan angkatan muda. Pengaruh negatif yang datang dalam pelbagai bentuk ini, telah mengganggu minda dan emosi pelajar dalam menekuni pengajian mereka di sekolah. Pelajar-pelajar sentiasa terdedah dengan hiburan melampau, muzik dan nyanyian yang mengkhayalkan, filem-filem yang mempamerkan kisah-kisah ganas, lucah, bebas nilai, hidup tanpa agama, pergaulan tanpa batas, arak, dadah dan sebagainya.  Apa pun yang terjadi, tugas dan peranan guru tetap sama, iaitu mendidik, memimpin, melatih, memberi dorongan, menunjuk contoh kepada pelajar, agar hasrat murni dari proses pendidikan ini dapat dicapai dengan jayanya. Guru harus mampu menghadapi segala macam karenah pelajar yang hidup di zaman yang sentiasa berubah. Guru yang berilmu, berkemahiran dan beriltizam dengan kerjayanya, tentunya guru yang berkualiti tinggi, yang sentiasa prihatin dengan setiap perubahan dan perkembangan yang berlaku.  

Semua kaum guru menyedari bahawa tanggung jawab mendidik dan membina pelajar, adalah merupakan amanah yang berat dan sukar.  Semoga dengan semangat jihad dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh para ulama’ dan pendidik ummah pada masa lalu, dapat mendorong kita untuk meneruskan usaha yang mulia ini, demi  menyelamatkan umat  dari kemusnahan dan kehancuran. Pada masa yang sama usaha membina dan membangun generasi pelajar dengan roh keimanan dan ketaqwaan, Insya-Allah anda dan kita semua akan tersenarai sebagai generasi khaira ummah yang berperanan menegakkan amar maaruf dan nahi mungkar.

Sesungguhnya Yayasan Takmir Pendidikan sangat berbangga dan amat berbesar hati, atas  kesungguhan saudara dan saudari, yang berkhidmat sebagai guru di semua Institusi Pendidikan ABIM dalam tempoh sekian lama, sebenarnya guru-guru telah menunjukkan hasil yang membanggakan. Ibubapa  pelajar telah menyatakan penghargaan mereka kapada sekolah dan guru-guru, bahawa SERI dan SEMI ABIM berjaya melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, taat mengerjakan solat, mampu dalam berkomunikasi, mempunyai daya memimpin yang baik, serta berdaya kreatif  dan seterusnya  mempunyai daya tahan dalam menempuh cabaran zaman ini. Semoga Allah SWT., merestui dan meredhai perjuangan  ini sebagai amal soleh, yang menjadi rebutan dan pilihan para syuhada’ dan mutaqin. Selamat hari guru. Wabillahitaufiq 

Walhidayah.Wasssalamualaikum wbt.

Salam hormat daripada,
Mahyuddin  Haji Shaari
KPP Yayasan Takmir Pendidikan
Kajang 14 Mei 2013

Khamis, 3 Januari 2013

Gambar menarik hari kedua Program Perkembangan Pelajar (Pidato Nusantara)

Program Perkembangan Pelajar (Pidato Nusantara) diteruskan pada hari kedua hari ini. Program bermula seawal pukul 9.00 pagi di kelas-kelas Tahun 2 hingga 6 dan SEMI.

Hampir 40 orang pensyarah daripada Akademi Nusantara telah mengendalikan kuliah Pidato Nusantara. Jadual rehat pagi, makan tengahari dan solat zuhur berjalan seperti biasa. Berikut beberapa gambar menarik sepanjang hari ini.

Lagi gambar-gambar

Rabu, 19 September 2012

Lawatan Guru Besar dari Kota Sabang, Indonesia.

Seramai 32 orang Guru Besar Sekolah Dasar di Kota Sabang, Banda Aceh telah mengadakan lawatan "Study Banding" ke SERI SEMI ABIM Sungai Ramal hari ini. Kota Sabang adalah sebuah kepulauan di utara Banda Aceh.

Setibanya mereka di perkarangan sekolah seawal pukul 8.30 pagi, mereka telah dibawa melawat ke SERI oleh Guru Besar SERI dan Pengetua SEMI. Mereka melihat persekitaran kelas, bilik guru, surau dan Pusat Sumber Sekolah.

Kemudian mereka telah dibawa ke Bilik Syura, KDH untuk mendengar taklimat mengenai sekolah dan YTP. Taklimat-taklimat telah disampikan oleh CEO SERI SEMI, Ustaz Mohd Naim, KPP YTP, Tn Hj Mahyuddin Ashaari dan Pengarah Pengurusan Sekolah YTP, Tn. Hj. Ahmad Tajuddin.

Tidak lupa juga ketua rombongan menyampaikan ucapan untuk menyatakan penghargaan kepada YTP dan sekolah kerana sudi menerima kunjungan mereka. Akhir sekali, pihak YTP dan ketua rombongan bertukar-tukar menyampaikan cenderahati.

Selasa, 8 Mei 2012

Bengkel Pelaksanaan KSSR

Penceramah jemputan sedang menyampaikan ceramahnya.

Yayasan Takmir - Pendidikan (YTP) telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan KSSR untuk guru-guru Tahun 1 hingga 4 pada 5hb Mei 2012 / 13 Jamadil Akhir  1433H (Sabtu) yang lalu.

Bengkel yang diadakan di Bilik Syura, Kolej Dar Al-Hikmah disampaikan oleh dua orang Juru Latih Kebangsaan KSSR iaitu Cikgu Hajjah Mariam Bt Hj Mohd Yassin dan Cikgu Dalilah Saparon.

Bengkel KSSR kali kedua ini bertujuan untuk memberi lebih kefahaman kepada guru-guru untuk melaksanakan KSSR. Bengkel ini selesai pada pukul 12.30 tengahari.

Guru-guru khusyuk mendengar penerangan mengenai pelaksanaan KSSR.

(Lagi gambar menarik)

Khamis, 29 Mac 2012

Pemenang Syarahan BI Ihtifal Kebangsaan

Pemenang Syarahan BI Ihtifal Kebangsaan

Selasa, 21 Disember 2010

Guru Seri Abim sertai Kursus Latihan Perguruan

Kursus Latihan Perguruan (KLP) SERI/SEMI/TASKI/AHFIZ anjuran Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) untuk Kump. Ke 6, Siri ke-3 sedang berjalan pada 6-10 Disember 2010 di Kompleks Dar al-Hikmah, Kajang dengan jumlah peserta seramai 53 orang dari kalangan guru SERI/SEMI/TASKI/TAHFIZ ABIM. Majlis Pembukaan diserikan oleh YBhg. Tn. Hj. Ahmad Tajuddin b. Abd. Hamid, Pengarah Kenaziran YTP. Taklimat kursus oleh Pn. Nurjannah bt Keman selaku Pengurus Bhg. Latihan dan Pentadbiran (YTP) dan Pengarah Program.

Kursus profesion keguruan diadakan selama lima hari lima malam ini seperti kuliah, bengkel, pembentangan, latihan kepimpinan, pengisan rohani dan konsep jamaah. Pensyarah yang terlibat kali ini adalah Tn. Hj. Mohamad b. Abu Daud (IPIS, Batu Pahat), bertajuk Perangkaan dan Laporan & Perkembangan Awal Kanak-kanak dan Pn. Hjh. Norhayati bt Hashim (IPG, Cheras), Tn. Hj. Ahmad Tajuddin b. Abdul Hamid (Memperkasa TASKI/TAHFIZ/SERI/SEMI, Tn. Hj. Mahyuddin b. Ashaari dan Tn. Hj. Ismail b. Che Ku Pendidikan Islam dan Literasi Komputer oleh Idwal Systems Sdn Bhd.

Galeri foto.

Guru Seri Abim Tamat Kursus Latihan Perguruan

Majlis Konvokesyen guru-guru SERI/SEMI/TASKI/AHFIZ ABIM Kali Ke-5 telah diadakan pada 6 November 2010 yang lalu di Dewan Besar Kolej Dar Al-Hikmah. Ia merupakan guru-guru Kump. 5 yang telah tamat mengikuti Kursus Latihan Perguruan SERI/SEMI/TASKI/TAHFIZ ABIM dimana seramai 33 orang graduan. Para Pengetua, Guru Besar, KSE dan Pendaftar turut hadir meraikan dan majlis Konvokesyen ini dirasmikan oleh YBhg. Tn. Hj. Ahmad Azam b. Abd Rahman, Naib Presiden WADAH.