Jumaat, 21 Ogos 2015

Bengkel pemantapan KBAT 1.0

Guru-guru Seri / Semi ABIM Sg Ramal telah mengikuti Bengkel Pemantapan KBAT pada pukul 2.30 petang di kelas Tingkatan 2 Ibnu Khaldun. Bengkel telah disampaikan oleh Tuan Hj. Mohamad B. Abu Daud.
Guru-guru telah didedahkan kepada peta pemikiran (i-Think) seperti peta bulatan, buih, buih berganda dan pokok.
Kemudian mereka membuat latihan peta pemikiran secara berkumpulan membincangkan tajuk pelancongan di Malaysia.
Berikut gambar menarik yang sempat dirakamkan oleh lensa sekolah

0 comments:

Catat Ulasan