Selasa, 21 Disember 2010

Guru Seri Abim sertai Kursus Latihan Perguruan




Kursus Latihan Perguruan (KLP) SERI/SEMI/TASKI/AHFIZ anjuran Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) untuk Kump. Ke 6, Siri ke-3 sedang berjalan pada 6-10 Disember 2010 di Kompleks Dar al-Hikmah, Kajang dengan jumlah peserta seramai 53 orang dari kalangan guru SERI/SEMI/TASKI/TAHFIZ ABIM. Majlis Pembukaan diserikan oleh YBhg. Tn. Hj. Ahmad Tajuddin b. Abd. Hamid, Pengarah Kenaziran YTP. Taklimat kursus oleh Pn. Nurjannah bt Keman selaku Pengurus Bhg. Latihan dan Pentadbiran (YTP) dan Pengarah Program.

Kursus profesion keguruan diadakan selama lima hari lima malam ini seperti kuliah, bengkel, pembentangan, latihan kepimpinan, pengisan rohani dan konsep jamaah. Pensyarah yang terlibat kali ini adalah Tn. Hj. Mohamad b. Abu Daud (IPIS, Batu Pahat), bertajuk Perangkaan dan Laporan & Perkembangan Awal Kanak-kanak dan Pn. Hjh. Norhayati bt Hashim (IPG, Cheras), Tn. Hj. Ahmad Tajuddin b. Abdul Hamid (Memperkasa TASKI/TAHFIZ/SERI/SEMI, Tn. Hj. Mahyuddin b. Ashaari dan Tn. Hj. Ismail b. Che Ku Pendidikan Islam dan Literasi Komputer oleh Idwal Systems Sdn Bhd.

Galeri foto.

0 comments:

Catat Ulasan