Jumaat, 28 Februari 2014

Suntikan Imunisasi Murid Tahun 1 (2014)



Insyaa Allah semua murid Tahun 1 Seri ABIM Sg Ramal akan mendapat suntikan imunisasi yang dijadualkan pada bulan April ini. Sehubungan itu, ibu bapa / penjaga hendaklah mengisi borang keizinan yang terdapat di dalam buku Rekod Kesihatan Murid dan menyerahkan buku tersebut kepada guru kelas anak masing-masing sebelum atau pada 12 Mac 2014 (rabu).

Bagi ibu bapa / penjaga murid Tahun 1 (2014) yang belum menerima buku Rekod Kesihatan Murid dan berhajat menerima suntikan imunisasi tersebut, sila berhubung terus dengan guru kelas anak masing-masing melalui buku komunikasi untuk mendapatkannya.

Pihak sekolah mengucapkan jazakAllahu khairan kathira di atas perhatian yang diberikan.
Sekian, harap maklum.

0 comments:

Catat Ulasan