Pada 8hb Februari yang lalu, SERI telah mengadakan Gotong-royong Perdana bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
Selain membersihkan dan menceriakan kelas, aktiviti gotong-royong melibatkan aktiviti membersihkan longkang surau, stor sukan, makmal sains, menghias papan kenyataan dan lain-lain lagi.
Sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru dan murid-murid yang bekerjasama membersihkan dan menceriakan sekolah.
Berikut beberapa gambar yang sempat dirakamkan sepanjang Gotong-royong Perdana tersebut.
|
Multitasking, seorang ibu yang sedang mendokong anak membantu suami membalut meja. |
|
5 S: Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. |
|
Seorang bapa palajar sedang membersihkan longkang surau. |
|
Kaum Adam membersihkan kipas dan kaum Hawa memasang langsir |
|
Anak-anak juga tidak ketinggalan menceriakan kelas masing-masing. |
|
Gotong-royong menerapkan nilai kerjasama di kalangan murid-murid. |
|
Setelah penat bergotong-royong, berhenti seketika minum kopi susu. |
|
Kerja empat tangan buat tugas lebih bermakna |
|
Anak-anak memarhatikan ibu mereka sedang menghias kelas. |
|
Murid Tahun 5 sedang bertungkus lumus membersihkan lantai kelas. |
|
Pengalaman pertama mengecat dinding. |
|
Berbincang bersama untuk solusi yang terbaik. |
|
Mengaplikasikan kreativiti murid-murid untuk menceriakan kelas. |
|
Seorang murid Tahun 6 sedang memerhati guru kelas membalut meja. |
|
Seorang ayah sedang mengecat Pondok Ilmu. |
|
Giliran anak pula menunjukkan bakat mengecat. |
0 comments:
Catat Ulasan