Program "Mari Belajar Asas Melukis Kartun bersama Kartunis Majalah Opak dan Ipit" yang mengisi slot "School of Talents" Jumaat yang lalu telah menarik minat lebih kurang 30 orang murid SERI. Beberapa orang kartunis bersama staf-staf majalah Opak dan Ipit telah menunjukkan cara melukis kartun Opak dan Ipit.
Selepas selesai melukis kartun Opak dan Ipit, dua orang kartunis Opak dan Ipit telah memilih bebarapa lukisan Opak dan Ipit yang terbaik. Murid-murid yang melukis kartun yang terbaik telah menerima cenderahati daripada Majalah Opak dan Ipit.
Akhir sekali, murid-murid berkesempatan membeli majalah Opak dan Ipit edisi terdahulu dengan harga RM1.00. Semoga murid-murid yang mengikuti program ini telah mencungkil bakat mereka dalam melukis kartun.
Sepanjang progam ini berlangsung, Puan Guru Besar bersama 2 orang guru bertugas iaitu Cikgu Hazurah dan Cikgu Juhaini telah mengawasi program ini.
Berikut beberapa gambar yang menarik yang sempat dirakam oleh lensa sekolah.
Sesi melukis Ipit |
Kartunis Majalah Opak dan Ipit menunjukkan cara melukis kartun dengan betul . |
Murid-murid tekun melukis kartun. |
Sesi melukis Opak pula. |
Kartunis sedang memilih hasil-hasil kartun yang dilukis oleh murid-murid. |
Seorang murid menerima hadiah untuk hasil lukisan kartun terbaik. |
Tempat pertama kategori Ipit. |
Tempat kedua kategori Ipit. |
Tempat ketiga kategori Ipit. |
Tempat ketiga kategori Opak |
Tempat kedua kategori Opak |
Tempat pertama kategori Opak |
0 comments:
Catat Ulasan