Rabu, 16 Februari 2011

Rumah Biru berjaya memintas Rumah Hijau.



16hb Feb: Pertandingan Merentas Desa Sekolah Rendah dan Menengah Abim Sg Ramal telah diadakan pada hari ini. Pertandingan ini bermula pada pukul 9.30 pagi telah dilepaskan oleh Pengetua / Guru Besar, Puan Tengku Noor Ketina.

Laluan pelajar lelaki tahap 2 dan semi ialah Jalan Abim, Jalan Sg Ramal hingga Taman Surada dan melalui Jalan Abim semula sebelum sampai ke sekolah.

Manakala pelajar perempuan Tahap 2 dan Semi melalui Jalan Abim hingga Taman Surada serta berpatah balik ke Jalam Abim semula sebelum sampai ke sekolah.

Pada pukul 10.30 pagi, murid-murid Tahap 1 telah mengadakan Pertandingan Sukaneka acara bawa bola ping-pong dalam sudu.

Selepas pertandingan tersebut telah diadakan majlis penyampaian hadiah untuk acara sukan dan sukaneka yang telah diadakan. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Puan Pengetua dan GPK Ko-Kurikulum, Puan Nurnisah.

Setelah beberapa bertandingan, Rumah Biru berjaya memintas Rumah Hijau dengan kelebihan 5 mata. Acara balapan dan acara sukaneka yang lain akan diadakan di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi pada hari Ahad, 20hb Februari 2011.

Pungutan Markah setakat 16hb Feb 2011.
Biru - 416
Hijau - 411
Merah - 322
Kuning - 281

0 comments:

Catat Ulasan